Monday 4 August 2014

Tesco nafi salur laba untuk keganasan


Kuala Lumpur: Tesco Malaysia menegaskan syarikat itu tidak menyalurkan hasil jualan atau keuntungannya daripada mana-mana cawangan pasarayanya untuk menyokong sebarang kempen bersifat politik, keganasan dan penindasan.

Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Azlam Shah Alias berkata, dakwaan kononnya Tesco menyalurkan hasil keuntungan mereka kepada negara tertentu dalam menyokong kempen keganasan adalah tidak benar sama sekali.


“Kami menolak sekeras-kerasnya dakwaan Tesco menyumbang keuntungan kepada Israel. Sebagai sebuah syarikat yang disenarai awam, kami patuh kepada polisi iaitu tidak membuat sebarang tajaan berbentuk politik.



“Dakwaan dibuat di laman sosial tidak benar dan dianggap fitnah. Tesco PLC yang berpangkalan di United Kingdom sebuah syarikat yang disenarai awam dan mempunyai pemegang saham dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, semalam.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas terdapat dakwaan di laman sosial kononnya syarikat berkenaan menyalurkan hasil keuntungan mereka kepada Israel.


Azlam Shah dalam kenyataan itu berkata, pihaknya sentiasa menyokong program berfaedah seperti membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/04

No comments:

Post a Comment