• Kerosakan di Al Shejaeiya, ketika operasi ketenteraan Israel di Bandar Gaza. - Foto EPAKerosakan di Al Shejaeiya, ketika operasi ketenteraan Israel di Bandar Gaza. - Foto EPA

GENTING GAZA - PALESTIN. Gaza terus berdarah hari ini apabila kereta kebal dan pesawat Israel terus membedil tanpa belas, menyaksikan angka korban terus meningkat.

Dilaporkan pada hari ke 16 konflik, 718 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam menjadi korban rejim zalim.

AP melaporkan, Israel pula kehilangan 32 askar sejak 17 Julai apabila ia memperluaskan serangan udara kepada serangan darat ke atas Gaza.

Dua orang awam Israel dan seorang pekerja Thailand turut terbunuh. Tentera Laut Israel dikatakan melepaskan lebih 100 tembakan ke bandaraya Gaza dan utara Gaza.

Pasukan penyelamat dihalang daripada beroperasi di kawasan itu kerana tembakan masih belum reda.