Bank Leumi tersebut didakwa membantu pembayar cukai AS lari daripada melaksanakan tanggungjawab mereka
Bank Leumi tersebut didakwa membantu pembayar cukai AS lari daripada melaksanakan tanggungjawab mereka
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT.  Sebuah bank di Isreal didenda AS$400 juta (RM1.4 bilion) kerana membantu pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) lari daripada melaksanakan tanggungjawab mereka.

Bank Leumi, bank kedua terbesar Israel diarah membayar AS$270 juta (RM944 juta) kepada Washington dan AS$130 juta (RM455 juta) kepada Jabatan Negara AS.

Pengarah Perkhidmatan Jabatan Kewangan New York (DFS), Benjamin Lawsky berkata, kakitangan Bank Leumi didakwa terlibat dalam beberapa penipuan termasuk menipu pengaturan pinjaman yang membantu pembayar cukai terlepas daripada tanggungjawab tersebut.

Menurut Jabatan Kehakiman AS, bank terbabit turut membantu pembayar cukai Amerika menyembunyikan aset mereka di Israel, Switzerland dan Luxembourg pada tahun 2000 hingga 2011. - Press TV