Jutawan selebriti itu berkata demikian sebelum beliau berucap di hadapan kumpulan pelobi pro-Israel, AIPAC, di sini, semalam meskipun Trump sebelum ini menyatakan akan le­bih neutral dalam konflik Israel-Palestin.
“Tidak ada individu yang lebih pro-Israel berbanding saya. Kita perlu melindungi Israel, Israel sangat penting buat kami,’’ katanya.
Israel menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, namun kebanyakan negara termasuk AS enggan memin­dahkan kedutaan mereka di wilayah itu ketika status dan kawasan sempadannya masih dipertikaikan.
Palestin juga melihat bandar itu sebagai ibu negara dan sebarang perjanjian damai yang bakal dicapai perlu mengiktiraf perkara berkenaan.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke sana, Trump berkata; ‘Ya, saya akan lakukannya.’’
“Hakikatnya saya mahu kedutaan itu dipindahkan, saya mahu melihatnya di Baitulmaqdis,’’ katanya.
Palestin menganggap ban­dar yang turut dianggap suci kepada penganut Islam, Kristian, dan Yahudi sebagai ibu negara mereka dan sebarang perjanjian damai antara kumpulan berkenaan perlu memasukkan satu perjanjian tentang kedaulatan Baitulmaqdis.
Semasa perang 1967, tentera ­Israel menawan kawasan Baitulmaqdis Timur dan memaksa pe­ngunduran tentera Jordan serta menguasai beberapa kawasan dihuni penduduk Arab. – AFP