Thursday 5 November 2015

Lagi rumah penduduk Palestin dirobohkan


Lagi rumah penduduk Palestin dirobohkan

5 NOVEMBER 2015
Lagi rumah penduduk Palestin dirobohkan Keadaan rumah milik penduduk Palestin selepas dirobohkan oleh tentera Israel.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel terus bertindak kejam apabila membakar dan merobohkan beberapa rumah milik rakyat Palestin di kawasan kejiranan Beit Hanina di Timur al-Quds, menurut laporan agensi berita Ma’an Palestin.

Saksi memberitahu, pasukan keselamatan Israel menggunakan jentolak untuk merobohkan kompleks perumahan yang mengandungi tiga pangsapuri, termasuk semua barangan milik penghuni selepas memaksa mereka keluar dari rumah.

Runtuhan turut memotong bekalan air dan elektrik ke rumah berhampiran selain mengganggu beberapa kemudahan lain di sekitar kawasan kejiranan tersebut.

Penduduk tempatan juga memaklumkan, rejim Zionis tetap meneruskan perobohan itu walaupun mereka telah memperoleh perintah dari mahkamah Israel untuk menghentikan rancangan berkenaan. - Press TV