Sunday, 5 October 2014
Kegembiraan, keceriaan dan kebahagiaan tetap terpancar pada keluarga Gaza ini di hari pertama 'Idul Adha.
Kegembiraan, keceriaan dan kebahagiaan tetap terpancar pada keluarga Gaza ini di hari pertama 'Idul Adha.
Di saat kita meraikan Hari Raya Korban di tempat sendiri, luangkanlah masa walau sebentar cuma untuk menghayati pengorbanan besar rakyat Palestin dan Gaza dalam mempertahankan bumi yang diberkati ini.
Marilah kita tumpahkan segenap rasa penghargaan dan kasihsayang kita kepada mereka.
Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan impian, harapan dan cita-cita mereka berjaya dikecapi dalam sebuah negara Palestin yang berdaulat, merdeka dan bebas untuk menentukan masa depan sendiri.
Itu seharusnya menjadi ikrar dan lafaz cinta kita kepada mereka!

Pembangunan semula Gaza perlu AS$4 bilion
GAZA CITY 4 Okt - Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan Gaza memerlukan perbelanjaan AS$4 bilion (RM13 bilion) untuk pembangunan semula, berikutan peperangan yang berlangsung selama 50 hari di antara Israel dan Hamas baru-baru ini.
Negara penyumbang kini sedang menimbangkan untuk menyampaikan bantuan kepada Gaza pada 12 Oktober ini.
Pegawai Palestin berkata, lebih 60,000 rumah dan lebih 5,000 perniagaan dan kilang musnah atau rosak. Nilai kerosakan dan permohonan bantuan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk pembangunan semula yang dikemukakan oleh kerajaan Abbas. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141004/lu_13/Pembangunan-semula-Gaza-perlu-AS4-bilion#ixzz3FDSVH2CC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sweden iktiraf negara Palestin
STEFAN LOFVEN |
STOCKHOLM 4 Okt. - Perdana Menteri baharu Sweden semalam mengumumkan bahawa negara ini mengiktiraf kewujudan Palestin, sekali gus menjadi negara pertama di barat Eropah berbuat demikian.
Pemimpin Parti Sosial Demokrat, Stefan Loefven yang memenangi pilihan raya umum lalu berkata, Sweden menyokong supaya konflik antara Palestin dan Israel ditamatkan segera.
"Penyelesaian konflik antara Palestin dan Israel memerlukan pengiktirafan secara bersama dan kemahuan daripada kedua-dua belah pihak untuk mewujudkan keamanan.
"Perkara seperti ini perlu dilakukan bagi menghormati tuntutan rakyat Palestin dan Israel yang berhak menentukan nasib dan keselamatan mereka," jelas Loefven ketika berucap di Parlimen.
Tindakan Sweden mendapat reaksi negatif daripada Washington yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak matang, manakala Palestin menyifatkan pendirian Sweden sebaga satu tindakan berani dan menggesa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain mengikut jejak langkah Sweden itu.
"Kami percaya pengiktirafan daripada negara-negara dunia ke atas Palestin merupakan satu tindakan tidak matang. Pengiktirafan diberikan melalui rundingan, resolusi isu-isu dan pengiktirafan bersama oleh kedua-dua pihak," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki.
Sebanyak tujuh negara EU di timur Eropah dan negara-negara Mediterranean sudah mengiktiraf Palestin termasuk Bulgaria, Cyprus, Hungary, Malta, Poland and Romania.
Sementara itu, Menteri Luar Sweden, Margot Wallstroem berkata, negara berkenaan tidak berseorangan dalam isu ini kerana hampir 130 buah negara sudah mengiktiraf kewujudan Palestin. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141005/lu_02/Sweden-iktiraf-negara-Palestin#ixzz3FDQjK24K
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)