Gaza: Mohamed Taha, antara pengasas kumpulan Hamas Palestin, meninggal dunia kelmarin selepas sekian lama sakit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8943#sthash.1C9caEf8.dpuf
Menurut keluarganya, Mohamed Taha, 77, sempat dibawa ke hospital dari kediamannya di kem pelarian Buriej di tengah Semenanjung Gaza sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Beliau ialah antara orang yang bertanggungjawab mengasaskan Hamas selain Sheikh Ahmed Yassin dan pemimpin lain, termasuk Abdel Aziz Rantisi, Mahmoud Zahar, Ibrahim Yazouri, Mohammed Shamah, Abdel-Fattah Dakhan, Issa Nashar, Salah Shehadeh dan Mohammed Deif.
Mereka menubuhkan pergerakan yang mencetuskan kebimbangan dan kemarahan Israel pada 1987.
Mohamed Taha menjadi guru selama 32 tahun selain khatib di sekitar kediamannya dan pernah diusir oleh rejim Zionis ke Murj Zuhur di selatan Lubnan pada 1992 bersama-sama anaknya, Ayman.
Seorang lagi anaknya, Yasser, dibunuh tentera Israel pada 2013.
Kediaman keluarga mereka juga pernah dimusnahkan oleh rejim Zionis itu pada tahun sama.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:06 AM