Sunday, 28 August 2016

Zionis terus ceroboh Masjid al-Aqsa

BEIRUT 24 Ogos - Israel didakwa terus men­ceroboh Masjid al-Aqsa dengan me­lakukan 63 kerja-kerja penggalian di sekitar kawasan masjid serta di bawah premis itu, dedah laporan tahunan Institusi Antarabangsa Al-Quds.
Pengarah Institusi Antarabangsa Al-Quds, Yassin Hammoud berkata, Israel juga me­lakukan langkah drastik ke arah menghubungkan setiap terowong itu supaya menjadi bahagian penting ‘Bandar Yahudi’ yang dibina Israel di bawah dan di sekitar masjid berkenaan.
Menurutnya, Israel merancang untuk membangunkan dan meluluskan projek mega yang bertujuan mengubah ‘sifat’ Islam dan Arab pada Masjid al-Aqsa.
Laporan bertajuk Eye on al-Aqsa itu memantau dan merekodkan penjajahan Israel di Masjid al-Aqsa pada tahun lalu selain serangan ke atas 10,766 peneroka dan tentera al-Aqsa manakala 2,260 tahanan penduduk Baitulmaqdis.
Selain itu, laporan itu me­nyentuh isu bandar Baitulmaqdis dan pemindahan penduduknya serta tindak balas daripada pihak utama yang prihatin dengan keadaan Masjid al-Aqsa.
Laporan tersebut me­nambah, rakyat Palestin merangkumi 37 peratus daripada penduduk Baitulmaqdis, dan bilangan penganut Kristian di bandar tersebut didapati berkurang daripada 60,000 orang pada 1967 kepada 12,400 orang pada 2014.
Dalam perkembangan ber­asi­ngan, Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya yang berada di Gaza supaya me­ninggalkan wilayah itu secepat mungkin ekoran kemungkinan pengeboman seterusnya oleh rejim Zionis di kawasan tersebut.
Jabatan Negara AS berkata, keadaan keselamatan di Gaza serta sempadannya agak bahaya dan mereka diminta keluar secepat mungkin semasa pintu sempadan dibuka.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/zionis-terus-ceroboh-masjid-al-aqsa-1.374424#sthash.HMW8ipco.dpuf

Palestin minta ICC percepat siasatan jenayah perang Israel - Luar Negara - Utusan Online

Palestin minta ICC percepat siasatan jenayah perang Israel - Luar Negara - Utusan Online:

GAMBAR bertarikh 6 Ogos 2014 menunjukkan seorang pemuda memerhatikan


GAMBAR bertarikh 6 Ogos 2014 menunjukkan seorang pemuda memerhatikan kemusnahan akibat serangan tentera Zionis di kawasan perumahan al-Tufah, Gaza City. AFP
RAMALLAH 26 Ogos - Pihak Berkuasa Palestin (PA) meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempercepatkan siasatan berhubung kes penganiayaan dan jenayah perang yang dilakukan Israel semasa serangan selama 50 hari di Genting Gaza pada 2014.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, pihaknya tidak me­ngharapkan Israel akan berbuat apa-apa selain mewajarkan jenayah perang yang mereka lakukan dalam serangan di Gaza itu.
“Malah Israel sama sekali tidak akan bertanggungjawab selepas siasatan oleh dijalankan tentera rejim itu memutuskan tenteranya tidak melakukan sebarang kesalahan ketika melancarkan serangan ke atas Gaza,” kata Saeb kelmarin yang dipetik portal PressTV.
Tentera Israel kelmarin menutup fail berhubung kes serangan udara di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa serangan 2014 yang menyebabkan 10 penduduk Palestin temasuk wanita dan kanak-kanak maut.
Dalam laporan setebal 21 muka surat itu, tentera rejim Zionis mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh anggotanya dalam serangan di bandar Rafah itu.
Sekolah PBB menjadi pusat perlindungan kepada lebih 3,000 daripada kekejaman Tel Aviv.
Jelas Saeb, PA telah pun menyerahkan maklumat tentang jenayah perang Israel kepada ICC yang berpangkalan di The Hague.
Kenyataan Saeb itu dibuat pada hari yang sama tentera Israel menu­tup sebanyak tujuh fail tentang pembunuhan orang awam semasa perang Gaza yang bermula pada awal Julai 2014.
Perang selama 50 hari itu yang berakhir pada 26 Ogos 2014 meragut hampir 2,200 nyawa penduduk Palestin termasuk 577 orang kanak-kanak, manakala lebih 11,100 lagi cedera. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-minta-icc-percepat-siasatan-jenayah-perang-israel-1.375065#sthash.wVLiZ1Pb.dpuf

'via Blog this'