Saturday 30 January 2016

Israel musnahkan masjid

Israel musnahkan masjid

30 JANUARI 2016 

Jentolak Israel merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di al-Dirat.

 BAITULMAQDIS - PALESTIN . Tentera Israel bertindak biadab apabila memusnahkan sebuah masjid di perkampungan Palestin di Gurun Negev untuk kali kedua, bulan ini.
Diiringi jentolak, tentera Zionis merobohkan masjid berkenaan yang terletak di kampung Rakhama pada Khamis.
Awal bulan ini, tentera Yahudi merobohkan masjid sama namun ia dibina semula oleh penduduk tempatan.
"Amat menyedihkan melihat sebuah masjid dimusnahkan.
"Mereka (tentera Israel) yang merobohkan masjid ini sudah tentu tidak mempunyai masalah memusnahkan rumah anak-akan saya kelak," kata seorang penduduk kampung.
Minggu lalu, pihak berkuasa Israel bertindak memusnahkan sebuah perkampungan tradisional puak Badwi di wilayah al-Araqib.
Difahamkan, perkampungan tersebut telah dimusnahkan lebih 90 kali sejak 2010 namun ia dibina semula oleh penduduk Palestin.
Pihak rejim mengklasifikasikan hampir 40 kampung di Gurun Negev sebagai tidak diiktiraf dan perlu dimusnahkan. - Press TV