Sunday 14 June 2015

Sempadan Rafah dibuka

Sempadan Rafah dibuka
Warga Palestin berkumpul di pintu sempadan Rafah bagi menanti kebenaran memasuki Mesir.

GAZA CITY - PALESTIN. Kerajaan Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza untuk tempoh tiga hari.

Menurut laporan Reuters, laluan di pintu Rafah adalah satu-satunya akses ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.

Pengarah Urusan Sempadan pergerakan Hamas, Maher Abu Sabha berkata, laluan itu mula dibuka awal pagi semalam bagi membolehkan kira-kira 15,000 orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin.

"Mereka yang sakit dan perlu mendapatkan rawatan serta kes-kes kecemasan akan diberi keutamaan menggunakan laluan itu,” katanya.

Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan. 

Mesir buka sempadan Rafah


RAFAH 13 Jun – Kerajaan Mesir hari ini membuka pintu sempadan negara itu dengan Semenanjung Gaza, hari ini buat pertama kali selepas ditutup beberapa bulan.
Ketua Sempadan Gaza, Maher Abu Sabha berkata, pintu sempadan Rafah akan dibuka selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan kira-kira 15,000 penduduk Palestin menggunakan laluan tersebut.
Rafah merupakan satu-satunya pintu sempadan menghubungkan penduduk Palestin dengan dunia luar, yang tidak dikuasai oleh Israel.
Bagaimanapun, Mesir sering menutup pintu sempadan berkenaan semenjak pergerakan Hamas berjaya menawan kawasan-kawasan di bahagian Semenanjung Gaza pada 2007.
Sekatan semakin diperhebatkan terutamanya selepas bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi digulingkan pada 2013.
Sepanjang tahun ini, Mesir hanya membuka pintu sempadan berkenaan selama lima hari. – AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-buka-sempadan-rafah-1.102598#sthash.QQA7MUkR.dpuf