Ban Ki-moon
Bagaimanapun, dalam ringkasan tentang laporan inkuiri serangan itu yang didedahkan badan dunia tersebut, kumpulan-kumpulan pejuang Pa­lestin turut didakwa menyembunyikan senjata di bangunan sekolah PBB dan melancarkan serangan daripada beberapa sekolah tersebut yang kosong.
“Saya kesal tentang hakikat ba­hawa sekurang-kurangnya 44 penduduk Palestin terkorban akibat tindakan Israel dan sekurang-kurangnya 227 lagi cedera di premis PBB yang digunakan sebagai pusat perlindungan kecemasan.
“Saya juga kecewa bahawa kumpulan pejuang Palestin mele­takkan sekolah-sekolah PBB dalam bahaya dengan menggunakan premis itu untuk menyembunyikan senjata mereka,’’ kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam sepucuk surat tentang ringkasan siasatan itu.
Lebih 2,000 penduduk Palestin dengan kebanyakannya orang awam terbunuh dalam konflik Gaza antara Julai dan Ogos lalu, manakala 67 tentera dan enam orang awam Israel di wilayah itu maut akibat bedilan roket serta serangan oleh pergerakan Hamas dan kumpulan pejuang lain.
Jurucakap pergerakan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, kumpulan itu akan meneliti laporan PBB dan tidak mempunyai maklumat tentang senjata yang disembunyikan di sekolah-sekolah PBB. – REUTERS
Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahson dalam satu kenyataan berkata, semua insiden dalam laporan itu yang membabitkan Israel ‘tertakluk kepada pemeriksaan teliti dan siasasatan jenayah dibuat dengan kes yang bersesuaian’. – REUTERS