Monday 10 June 2013

Israel tolak negara Palestin


Baitulmaqdis: Seorang anggota kanan parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyhu semalam berkata, rejim Zionis itu tidak akan menerima negara Palestin dengan sempadan sebelum Perang 1967 yang dipersetujui masyarakat antarabangsa.

“Kami kerajaan nasionalis dan bukan kerajaan yang akan mewujudkan negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum Perang 1967,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Danny Danon.
Dalam kenyataannya kepada akhbar Times of Israel pula, dia berkata, kumpulan yang menyokong untuk berperang dalam kerajaan campuran Netanyahu tidak sekali-kali membenarkan kewujudan negara Palestin.

Kenyataannya itu sudah pasti menjejaskan usaha Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry untuk melancarkan semula rundingan damai Asia Barat.


Sementara itu, pegawai di pejabat Netanyahu berkata, kenyataan Danon pendapat peribadinya dan ia tidak menggambarkan pendapat kerajaan.


Bercakap kepada Kabinetnya, Netanyahu berkata, rejim itu itu mesti sekata jika mahu rundingan damai dilancarkan semula.

Rakyat Palestin mahukan sebuah negara merdeka di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza, kawasan yang ditakluk Israel dalam Perang 1967.

Perunding kanan Palestin dengan Israel, Saeb Erakat ketika mengulas kenyataan itu berkata, pendirian Danon menggambarkan dasar Israel.

“Saya percaya kerajaan yang terus degil membina penempatan Yahudi dan menolak rundingan tidak berminat mewujudkan keamanan,” katanya. - AFP

Keadaan Palestin Pada Tahun 1900 Sebelum Dijajah Israel

Beginilah keadaan Palestin  pada tahun 1900 jauh sebelum penjajahan Israel. Dalam gambar-gambar di bawah ini terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dll. Selain itu turut kelihatan keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu direnggut oleh kebiadaban Zionis dan sekutunya.
Sekarang ini….
sumber: billyinfo.blogspot.com