Saturday 13 February 2016

Isteri Netanyahu bersalah dera pembantu rumah


BENJAMIN Netanyahu bersama isternya Sara Netanyahu. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu, disabitkan kesalahan mendera pembantu rumahnya oleh Mahkamah Buruh negara itu.
Mahkamah di Baitulmaqdis itu juga mendapati persekitaran kediaman pemimpin Israel itu tidak memberi keselesaan kepada pembantu rumah disebabkan sikap dan tindakan Sara terhadap mereka.
Menurut mahkamah, Wanita Pertama Israel itu suka menuntut perkara tidak masuk akal, menghina, memalukan dan panas baran.
Pekerja di kediaman Perdana Menteri, Meni Naftali, memfailkan saman terhadap Sara kerana penderaan yang dialami.
Pada sidang akhbar, Naftali mendakwa beliau pernah dihubungi Sara pada jam 3.00 pagi waktu tempatan untuk memarahinya kerana membeli susu dalam beg plastik, bukan dalam kotak.
Beliau juga menegaskan dalam satu kes lagi, Sara menghempas pasu berisi bunga ke lantai, memarahinya kerana ia tidak lagi segar.
Sara juga kerap mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Naftali menerima pampasan berjumlah AS$42,000 (RM174,000).
Pasangan Netanyahu tidak membuat sebarang ulasan mengenai sabitan itu tetapi pejabat Perdana Menteri sebelum ini menolak dakwaan Naftali.
Sara kerap menjadi bahan berita dan dikenali dengan gaya hidup mewah.
Beliau mula terkenal pada lewat 1990-an apabila suaminya, Benjamin Netanyahu menjadi Perdana Menteri.
Beliau dikritik kerana mendera seorang pengasuh selain campur tangan dalam hal ehwal negara.
Laporan juga menyebut, seorang lagi pembantu rumah menuduh Sara suka memaki hamun dan memaksa beliau mandi beberapa kali sehari untuk memastikan persekitaran bersih. - Agensi

Warga Arab Israel desak pembebasan wartawan Palestin

DUNIA SABTU, 13 FEBRUARI 2016 @ 10:03 AM


TEL AVIV: Penduduk Arab Israel mengadakan tunjuk perasaan menyokong wartawan Palestin yang melancarkan mogok lapar selama 80 hari dan menuntut beliau dibebaskan segera daripada penahanan tanpa perbicaraan itu.

Wartawan AFP di bandar Afula di utara Israel berkata, ulama lantang, Raed Salah, menyampaikan khutbah Jumaat kepada ratusan jemaah solat yang diadakan di luar hospital, lokasi Mohammed al-Qiq ditahan dengan pengawasan.

 "Berdoalah untuk kemenangan tahanan yang ditawan sebagai tebusan, ditindas dan ditahan tanpa sebab," kata Salah yang juga menantikan keputusan rayuan terhadap hukuman 11 bulan penjara atas tuduhan mencetuskan keganasan terhadap Israel.

 Qiq, 33, wartawan rangkaian Almajd TV Arab Saudi, ditangkap di rumahnya di Ramallah pada 21 November lalu dan diletakkan dalam tahanan pentadbiran, prosedur di Israel yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara tanpa had.

Beliau melancarkan mogok lapar sejak 25 November lalu bagi membantah penderaan dan layanan buruk yang diterima ketika soal siasat, menurut pertubuhan hak Palestin, Addameer.

 Pada 4 Februari, Mahkamah Agung Israel menarik balik arahan penahanan pentadbiran tetapi beliau tidak boleh meninggalkan hospital. Qiq membalas dengan menegaskan beliau akan terus mengadakan mogok lapar sehingga dibebaskan. - AFP  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123964

Friday 12 February 2016

Mengapa Israel Takut dengan Penghafal Al-Quran?



“Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat.” (HR. Tirmidzi)
SEPERTI yang telah kita ketahui bersama bahwa perang antara Israel-Palestina (HAMAS) tidak akan ada hentinya entah sampai kapan. Israel  terus menerus melakukan pembantaian-pembantaian terhadap warga Palestina, entah dengan cara sadis ataupun menggunakan siasat licik yang lemah lembut.
Perlu diketahui bahwa dari sekian ribu jiwa korban keganasan perang Israel, 75% diantara mereka adalah anak-anak dan wanita. Berbagai alasan disampaikan oleh Israel mengenai korban tersebut, inilah, itulah bahkan sebagian besar alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali dan terkesan mengada-ada. Lebih parahnya lagi Negara-negara dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk negara-negara arab sendiri.
Banyak dari kita yang mempertanyakan kenapa Israel tega menghabisi nyawa anak-anak Palestina? Ada yang bilang memang tabiat Israel yang kejam dan biadab, ada juga yang bilang Israel takut akan pertumbuhan anak-anak Palestina. Karena anak-anak yang terlahir adalah generasi masa datang yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.
Berikut ini akan dijelaskan mengapa Israel menjadikan anak-anak Palestina sebagai target operasi mereka selain kelompok HAMAS tentunya.
Pada penyerangan Israel terhadap Palestina pada Desember 2008 yang bertepatan dengan bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik sekitar 3500 anak-anak Palestina yang telah hafal Al-Qur’an. Dan ternyata anak-anak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.
“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” Demikian pemikiran yang berkembang di dalam pikiran orang-orang Yahudi.
Tidak heran jika-anak Palestina menjadi para penghafal Al-Quran. Kondisi Gaza yang diblokade dari segala arah oleh Israel, menjadikan mereka terus intens berinteraksi dengan Al-Qur’an. Tidak ada main Play Station atau gamebagi mereka.
Namun kondisi tersebut memacu mereka untuk menjadi para penghafal Al-Quran yang masih begitu belia. Dan pada saat itu, karena ketakutan Zionis Yahudi, sekitar 500 bocah penghafal Quran itu telah syahid.
Itulah sebagian alasan mengapa HAMAS memberlakukan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota mereka, diantaranya Hafidz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan shalat fardhu terutama shalat subuh.
Teringat sejarah emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Dan rahasia besar yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadits Rasulullah saw menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadits Rasulullah Saw. pernah bersabda.
“Telah kutinggalkan untuk kalian dua hal. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat, yaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya” (HR. Malik).
Perang panjang dengan Yahudi akan berlanjut entah sampai berapa generasi lagi. Ini cuma masalah giliran. Sekarang Palestina dan besok bisa jadi Indonesia. Apa yang telah dilakukan pemerintah Indonesia untuk membina generasi penerus bangsa?
Belajarlah dari Palestina, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat, setiap menit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak menyurutkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.
Israel memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan perlengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestina memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka, anak cucu mereka. Mendapat syahid dengan janji bertemu Rabb dengan leluasa tanpa tabir apapun. [hf/islampos/kazuki011.wp]

Palestin, PBB merayu bantuan RM2.4 bilion


SEORANG wanita berdiri berhampiran rumahnya yang telah dimusnahkan oleh Israel di sebuah kampung di Jeftlek, Tebing Barat kelmarin. - AGENSI


NEW YORK – Pihak berkuasa Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat satu kenyataan bersama kelmarin untuk memohon bantuan dana ketika ketegangan antara Palestin dan Israel memuncak sehingga mencetuskan keganasan yang mengorbankan kira-kira 200 orang sejak beberapa bulan lalu.
Rayuan dana pada tahun ini adalah bagi mengumpulkan AS$571 juta (RM2.4 bilion) untuk mengurangkan penderitaan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat daripada belenggu kemiskinan.
Sebahagian besar daripada dana tersebut akan digunakan untuk bantuan makanan kepada 1.6 juta orang atau sekitar satu pertiga rakyat Palestin, kata PBB dan Kementerian Perancangan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin.
Jumlah penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel pada penghujung 2015 adalah seramai 4.75 juta orang, jelas seorang jurucakap PBB memetik perincian daripada Biro Statistik Palestin.
Rayuan itu menyusul selepas pertempuran sejak Oktober lalu telah meragut nyawa 156 penduduk Palestin, 27 warga Israel dan seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).
Antara punca pertumpahan darah termasuk kekecewaan penduduk Palestin terhadap rundingan damai yang telah lama terbengkalai dan pencerobohan orang Yahudi di pekarangan Majid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Kekurangan penderma bagaimanapun boleh menjejaskan kutipan dana tersebut susulan krisis pelarian global dengan 6.6 juta orang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan lebih 4.6 juta lagi menjadi pelarian akibat perang di Syria. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3zvJCkxq2 
Hakcipta terpelihara 

Palestin perlu RM2.3b


Rayuan kemanusiaan untuk 4.75 juta penduduk dibelenggu keganasan Israel Pembangunan semula di wilayah-wilayah Palestin masih gagal dilaksanakan sepenuhnya, mengakibatkan jutaan penduduk hidup serba kekurangan. ­ REUTERS

NEW YORK 11 Feb. - Pihak berkuasa Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam me­mohon sumbangan pembiayaan tahunan sebanyak AS$571 juta (RM2.3 bilion) bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin yang dibelenggu keganasan tentera Israel di Genting Gaza dan Tebing Barat.
PBB dan Kementerian Perancangan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin memaklumkan, sebahagian besar wang itu diperlukan bagi menyalurkan bantuan makanan kepada 1.6 juta orang atau satu pertiga daripada ke­seluruhan 4.75 juta penduduk di wilayah Palestin.
Rayuan terhadap bantuan kemanusiaan itu hadir berikutan gelombang serangan hampir setiap hari di Israel sejak Oktober tahun lalu yang mengorbankan 156 penduduk Palestin, 27 dari Israel, dan seorang warga Amerika Syarikat (AS).
Namun, bekas Duta AS, Phil Wilcox berpendapat, ledakan ke­ganasan dan krisis pelarian global mampu menjejaskan rayuan pembiayaan yang dibuat oleh PBB dan pihak berkuasa Palestin itu.
“Dana yang ada semakin berkurangan. Itu akan menjadi faktor penghalang walaupun tidak akan ada pengurangan dalam dana yang direka khusus untuk penduduk Palestin,” kata Wilcox dalam satu temu bual telefon.
Timbalan Setiausaha Agung PBB, Robert Piper ketika membuat rayuan kepada penderma turut menekankan tempoh 48 tahun pendudukan Israel di wilayah Palestin telah menyebabkan ramai penduduk Palestin sengsara.
“Selepas tempoh tekanan dan kejutan yang begitu panjang te­rutama kepada penduduk Gaza, keupayaan penduduk Palestin untuk bertahan bagi meneruskan kehidupan kini semakin sukar,” katanya.
Menurut PBB, sebanyak 92,000 orang masih menjadi pelarian di Genting Gaza akibat serangan Israel selama hampir 50 hari di kawasan itu dua tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-perlu-rm2-3b-1.189309#sthash.lNKg2f3k.dpuf

Thursday 11 February 2016

Perancangan Musuh Islam Untuk Melemahkan Islam


Rancangan Yahudi Melemahkan Tasawwuf dan Tarekat lantas Membawa Kepada Kemusnahan Islam- 

Pada perang salib dahulu, mereka musuh-musuh Islam memperoleh kekalahan yang cukup besar, dengan Kehebatan Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tenteranya yang menimbulkan rasa gerun pihak Musuh.

Oleh kerana kekalahan yang besar itu, Maka mereka orang-orang Yahudi pun berkumpul bermensyuarat untuk mengkaji apakah yang menyebabkan Ummat Islam ketika itu kuat. Setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan, kajian demi kajian dijalankan, Maka mereka sepakat untuk memisahkan 4 perkara daripada diri Ummat Islam supaya kelak Ummat Islam akan berada dibawah kaki mereka. 

Yang pertamanya mereka memutuskan untuk memisahkan Dzikir daripada Ummat Islam supaya Ummat Islam hari ini berjuang tanpa dzikir dan sudah semestinya perkara yang tidak disertai dengan dzikir itu adalah perkara yang sia-sia. 

Keduanya mereka memutuskan untuk memisahkan Ilmu Tassawuf/ Tarekat daripada diri Ummat Islam kerana mereka mendapati Raja dan tentera-tentera yang hebat-hebat daripada kalangan Ummat Islam dahulu semuanya adalah daripada golongan Sufi/Tarekat, antaranya Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengambil tarekat Naqshbandi daripada gurunya Shaykh Shamsuddin Al-Wali, Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi pahlawan-pahlawan Islam yang merupakan Ahli Sufi.

Ketiganya, mereka memutuskan untuk memisahkan Qasidah-qasidah/ Syair-syair yang memuji Allah dan Baginda Rasulullah saw daripada diri ummat Islam. Hal ini kerana tentera-tentera Islam dahulu sebelum pergi berperang mereka akan mendendangkan qasidah-qasidah serta syair-syair yang yang menaut hati mereka kepada Allah, menaut hati mereka kepada Rasulullah saw, dan membangkit semangat Juang didalam diri mereka yang menyebabkan mereka menjadi seperti Singa yang Gagah apabila dimedan perang. 

Keempatnya pula mereka memutuskan untuk memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam, hal ini kerana kesemua pejuang-pejuang Islam dahulu itu berjuang kerana Rasulullah saw, bahkan tidak pernah walau sedetik sekalipun mereka berpisah daripada Rasulullah saw(melupakan Rasulullah saw). Dengan memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka mereka akan memperoleh kemenangan yang paling besar. 

Umumnya diketahui bahawa Rasulullah saw itu merupakan Qudwatul Hasanah(Contoh yang agung lagi terbaik). Apabila terpisahnya Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka Ummat Islam akan menjadi terhuyung-hayang tanpa arah tuju, tanpa contoh atau ikutan. Hal ini telah terbukti dizaman ini, Ummat Islam hari ini lebih mencontohi tokoh-tokoh barat daripada Baginda Rasulullah saw, Ummat Islam lebih mencontohi artis-artis, pelakon-pelakon, dan penyanyi-penyanyi daripada mencontohi Baginda Rasulullah saw. 

Maka sekarang telah berjayalah keempat-empat perancangan mereka ini untuk meletakkan Ummat Islam dibawah telapak kaki mereka, cuba lihat di Institusi pengajian seperti sekolah-sekolah atau universiti-universiti yang ada kini, Fakulti Pengajian Usuluddin ada, Fakulti Pengajian Syariah ada, tapi Fakulti Pengajian Tasawuf tiada. Kemanakah hilangnya? Sedangkan Iman, Islam dan Ihsan itu adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan. 

Kini telah terlaksana keempat-empat perkara ini, dan dan Ummat Islam hari ini tersangat-sangatlah lemah.

` TUAN GURU USTAZ MUSTADA KAMAL.. BATU BUROK TERENGGANU. 

YAHUDI ANGGAP ORANG LAIN BINATANG.



YAHUDI ANGGAP ORANG LAIN BINATANG.

Bagi kaum yahudi,orang selain dari bangsa mereka adalah binatang dan tidak layak menjadi manusia.Mereka berpegang kepada kitab Talmud..Ini beberapa petikan dari Talmud:-

“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” 
(Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)

“Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.”
(Zohar II, 4b)

“Orang-orang non-Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

“Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang non-Yahudi.”
(Talmud IV/8/4a)

“Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) dating, mereka akan menjadi pangeran raja-raja.” (Sanhedrin 104a)

“Terhadap seorang non Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Bisa terkena hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lainnya, yaitu isteri seorang Yahudi. Isteri non-Yahudi tidak termasuk.”
(Talmud IV/4/52b)

“Tidak ada isteri bagi non-Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya.”
(Talmud IV/4/81 dan 82ab)

“Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipudaya orang-orang non-Yahudi.”
(Zohar I, 168a)

“Jika dua orang Yahudi menipu orang non-Yahudi, mereka harus membagi keuntungannya.” (Choschen Ham 183, 7)

“Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang non-Yahudi, jika mereka harus membayar uang untuk itu.”
(Abhodah Zarah 2a T)

“Tanah orang non-Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)

“Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang non-Yahudi kepada kejatuhan.”
(Babha Kama 113a)




Pegawai Penyiasat
Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.
(Al-A’raf)

Fatah, Hamas setuju bentuk kerajaan perpaduan


11 Februari 2016 12:10 AM


RAMALLAH 10 Feb – Kerajaan Palestin bersedia untuk dibubarkan bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan perpaduan, selepas pergerakan Fatah dan Hamas bersetuju mewujudkan perdamaian.
Perdana Menteri, Rami Hamdallah sudah ‘bersiap sedia untuk meletakkan jawatan bagi menyokong pembentukan sebuah kerajaan perpaduan dan untuk melaksanakan semua usaha bagi mencapai perdamaian sebenar”, kata satu kenyataan.
Anggota Kabinet kerajaan perpaduan dianggotai teknokrat bebas daripada kerajaan pimpinan Fatah di Tebing Barat dan Hamas yang memerintah Gaza yang dipersetujui pada 2014 ketika kedua-dua pihak mengumumkan perdamaian.
Namun, kerajaan perpaduan itu tidak bertahan lama dan tidak dibenarkan beroperasi di Gaza, dengan hubungan Presiden Mahmoud Abbas daripada Fatah dan pergerakan Hamas terus tegang.
Pengisytiharan yang dibuat oleh kerajaan Palestin hari ini bersedia untuk dibubarkan, dibuat dua hari selepas rundingan antara Fatah dan Hamas di Doha ibu negara Qatar, yang merupakan kali pertama langkah seum­pama itu dibuat.
Hamas juga berkata, ia bersedia “membentuk kerajaan baharu perpaduan tanpa sebarang syarat”, dan menggesa “kerajaan baharu itu menyelesaikan semua masalah berbangkit”.
Hamas menuduh Fatah menghalang kerajaan membayar gaji 50,000 kakita­ngan yang bertugas sejak Hamas meme­rintah Gaza pada 2007.
Fatah pula menuduh Hamas mengekalkan kerajaan penentang dan enggan melepaskan kawalan ke atas sempadan Gaza.
Kali terakhir pilihan raya Pa­lestin diadakan ialah 10 tahun lalu. 
– AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/fatah-hamas-setuju-bentuk-kerajaan-perpaduan-1.188865#sthash.rj55Yw1P.dpuf

Wednesday 10 February 2016

Mahu adakan konsert di Israel, Jennifer Lopez dapat kecaman


LOS ANGELES 9 Feb. – Penyanyi, Jennifer Lopez dikecam di media sosial berhubung rancangannya untuk mengadakan persembahan pertama di Tel Aviv pada musim panas ini.
JENNIFER LOPEZ
Mail Online melaporkan, kebanyakan kritikan tersebut memberi fokus kepada penderitaan penduduk Palestin yang tinggal di Gaza dan mempersoalkan tindakan Lopez bagi mengadakan persembahan untuk ‘menghiburkan pembunuh kanak-kanak’.
Media Israel pada minggu lepas melaporkan Lopez bersetuju untuk mengadakan persembahan di Taman Yakorn, Tel Aviv.
Laporan tersebut menimbulkan kemarahan daripada aktivis pro-­Palestin dan penyokong gerakan memulaukan Israel.
Akaun rasmi Twitter milik Lopez dipenuhi reaksi tersebut termasuk seorang pengguna menyatakan ‘Tidak kepada aparteid’.
Seorang lagi pengguna Twitter yang menyokong pembatalan persembahan itu menyiarkan dua gambar di akaun penyanyi tersebut iaitu seorang lelaki memikul seorang kanak-kanak yang cedera di mukanya dan foto Lopez mengadakan pertunjukan memakai pakaian berwarna merah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mahu-adakan-konsert-di-israel-jennifer-lopez-dapat-kecaman-1.188501#sthash.kLlaYrnc.dpuf

Tuesday 9 February 2016

Israel tambah 30,000 permit kerja rakyat Palestin, langkah kurangkan serangan

DUNIA ISNIN, 8 FEBRUARI 2016 @ 11:53 PM




PENDUDUK Palestin beratur di pos kawalan Israel di Tebing Barat.


 BAITULMAQDIS: Israel bercadang untuk menambah jumlah permit masuk kepada pekerja Palestin sebagai usaha mengurangkan beban ekonomi yang menyumbang kepada peningkatan gelombang serangan rakyat di wilayah terkepung itu. Secara terbuka, kerajaan Israel menuduh pemimpin Palestin, termasuk Presiden Mahmoud Abbas dan pemimpin puak Islam bertanggungjawab mencetuskan keganasan. Namun, pihak berkuasa keselamatan Israel juga mengaitkan situasi itu dengan keadaan terdesak dalam kalangan belia Palestin yang melihat masa depan kelam dari sudut ekonomi di jajahan terkepung di Tebing Barat. Seorang pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan laporan dalam akhbar Haaretz hari ini, yang menyebut Israel akan menambah 30,000 jumlah permit kerja untuk rakyat Palestin. "Beberapa perancangan sedang diteliti," kata seorang pegawai Israel lain. Bank Israel melaporkan, ketika ini, 55,000 rakyat Palestin mempunyai permit untuk bekerja di Israel, kebanyakannya dalam sektor binaan dan pertanian. Mereka perlu melepasi pemeriksaan keselamatan Israel sebelum dokumen dikeluarkan. Tambahan 30,000 buruh Palestin tanpa permit turut memasuki Israel setiap hari. Perancangan baharu itu akan meningkatkan jumlah pekerja Israel yang disekat pihak berkuasa keselamatan negara Zionis itu. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122542

Friday 5 February 2016

Keganasan terbaharu

Keganasan terbaharu

5 FEBRUARI 2016

 Polis Israel bertindak kasar menolak seorang wanita Palestin di pintu masuk utama Baitulmaqdis, kelmarin. - Foto AFP

 RAMALLAH - PALESTIN. Tentera Israel bertindak menyerbu perkampungan di utara Tebing Barat dan mengenakan sekatan di bawah tindakan keganasan terbaharu yang turut menyaksikan lebih 100 pelampau mencemari kesucian Masjid al-Aqsa.
Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin turut cedera dalam serbuan di Qabatiya berhampiran Jenin, semalam.
Menurut saksi, beberapa penduduk juga ditahan susulan insiden pembunuhan seorang anggota keselamatan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap tentera rejim Zionis mendakwa tiga lelaki dari Qabatiya dipercayai menyerang pihak berkuasa dengan pelbagai senjata termasuk pisau di luar kota lama, Baitulmaqdis hingga menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.
Susulan insiden itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan untuk memperhebat tindakan kekerasan di Tebing Barat.
Dalam kejadian berasingan, kira-kira 130 pelampau Yahudi diiringi pasukan keselamatan Israel bertindak biadab melakukan tindakan provokasi terancang dengan menceroboh pekarangan al-Aqsa.
Media tempatan melaporkan pihak berkuasa turut mendirikan pos pemeriksaan di pagar utama bagi menghalang penduduk Palestin daripada memasuki kawasan masjid ketiga paling suci bagi orang Islam itu, lapor Press TV.

Israel kepung kampung Palestin


BAITULMAQDIS – Tentera Israel mengepung sebuah kampung di utara Tebing Barat semalam kerana mendakwa lokasi itu menjadi tempat tinggal kepada penyerang Palestin yang melakukan sera­ngan di sini, kata beberapa pegawai.
Tiga lelaki dari Kampung Qabatiya dekat Jenin menyerang polis menggunakan senjata api dan pisau di Bandar Lama di sini kelmarin. Mereka membunuh seorang anggota polis wanita dan mencederakan beberapa orang sebelum ketiga-tiganya ditembak mati.
Menurut polis, tiga pe­nyerang itu didapati memiliki bahan letupan.
Susulan serangan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu me­ngadakan mesyuarat de­ngan barisan pegawai ke­selamatan ter­tinggi Israel. Mereka memutuskan untuk mening­katkan bilangan polis dan askar rejim Zionis di utara Tebing Barat.
Serangan itu disifatkan media Israel sebagai semakin buruk selepas lebih empat bulan rejim Zionis berdepan serangan pisau, senjata api dan rempuhan kereta oleh penduduk Pa­lestin.
“Tanpa diragui niat utama penyerang yang menggunakan senjata api adalah untuk melakukan serangan le­bih besar,” kata Pesuruhjaya Polis Israel, Roni Al­sheich. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3zFLqkIb8 
Hakcipta terpelihara 

Thursday 4 February 2016

Israel roboh bangunan Palestin

Baitulmaqdis: Tentera Israel memusnahkan 24 bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat kelmarin, termasuk 10 yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU), atas alasan ia dibina secara haram.
Tindakan itu menyebabkan beberapa keluarga yang sudah sekian lama menetap di situ hilang tempat tinggal.
Persatuan Hak Asasi Awam di Israel berkata, kekejaman itu dilakukan di dalam dan sekitar Khirbet Jenbah di selatan Hebron.
Seorang jurucakap EU mengecam tindakan itu dan berkata, 10 daripada bangunan berkenaan didirikan dengan dana agensi kemanusiaan kesatuan itu.
Ketua majlis tempatan kampung bersebelahan, Nidal Younes berkata, 12 keluarga kehilangan tempat tinggal akibat tindakan rejim Zionis itu.
“Secara keseluruhan, rumah yang didiami kira-kira 80 penduduk dimusnahkan,” katanya.
Kumpulan hak asasi manusia berulang kali mencabar tuntutan Israel terhadap kawasan itu dengan mendakwa, tindakan rejim itu mewujudkan zon tentera di wilayah yang dijajahnya adalah haram, kata Sarit Michaeli dari kumpulan hak asasi Israel B’Tselem.
Penduduk berkata, nenek moyang mereka mendiami kawasan itu lama sebelum Israel menjajah Tebing Barat pada 1967. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 9:09 AM


PENDUDUK kampung Jimba di selatan Hebron, Tebing Barat memindahkan barangan milik mereka selepas rumah mereka diroboh tentera Israel, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112379#sthash.8rb3hSYj.dpuf

Israel robohkan 24 rumah penduduk Palestin

Sebuah keluarga Palestin berpanas selepas rumah mereka dirobohkan

Sebuah keluarga Palestin berpanas selepas rumah mereka dirobohkan tentera Israel di bandar Hebron, Tebing Barat, kelmarin. AFP
BAITULMAQDIS 3 Feb. – Kira-kira 80 penduduk Palestin hilang tempat tinggal selepas pihak berkuasa Israel memusnahkan 24 buah bangunan terma­suk rumah di sebuah zon tentera yang menjadi pertikaian di Tebing Barat, semalam.
Pegawai pihak berkuasa tempatan, Nidal Younes berkata, anggota tentera Israel tiba di lokasi tersebut kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan untuk merobohkan bangunan-bangunan termasuk kediaman yang dibina tanpa permit.
“Sebanyak 12 keluarga terjejas,” katanya.
Penduduk di kawasan itu sebelum ini terlibat dalam rundingan dengan pihak berkuasa Israel berhubung status pemilikan tanah di lokasi tersebut, namun dialog terbabit gagal beberapa hari lalu.
Pihak berkuasa Israel mendakwa, rundingan gagal selepas pemilik bangunan terlibat enggan memberi kerjasama.
Secara keseluruhan, sebanyak 1,000 penduduk bakal terjejas jika 10 kampung lain di kawasan berhampiran turut dirobohkan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-robohkan-24-rumah-penduduk-palestin-1.186678#sthash.89z53lu0.dpuf

Wednesday 3 February 2016

Pengurus Masjid al-Aqsa dilarang memasuki masjid

Najah Bacirat

Najah Bacirat
BAITULMAQDIS 2 Feb. – Polis Israel, semalam mengeluarkan perintah larangan ke atas pengurus Masjid al-Aqsa, Najah Bacirat daripada memasuki premis itu dengan memberi alasan atas faktor keselamatan.
Dalam perintah yang berkuatkuasa selama enam bulan itu, polis Baitulmaqdis melarang Najah daripada ‘masuk, tinggal atau ditemukan’ di perkarangan masjid berkenaan dan di kawasan sekitarnya.
Menurut perintah yang ditandatangani oleh Timbalan Komander Daerah Baitulmaqdis, Avshalom Peled itu, langkah berkenaan ‘adalah perlu bagi mengelak kemudaratan serius kepada orang ramai dan hartanah di situ’.
Peled, bagaimanapun tidak menyatakan sebab khusus larangan berkenaan dikeluarkan.
Larangan kontroversi itu dibuat ketika Mufti Besar Baitul-maqdis, Sheikh Mohammed Hussein mengecam keputusan Israel untuk membina sebuah kawasan ibadat baharu penganut Yahudi di Tembok Ratapan.
Hussein berkata, kawasan itu merupakan ‘tanah waqaf Islam yang diambil semasa penjajahan Israel pada 1967’, lapor Jerusalem Post, semalam.
Kawasan ibadat baharu itu dibina berikutan satu keputusan oleh rejim zionis Israel untuk membenarkan buat pertama kali satu ruang bebas (egalitarian) di mana lelaki dan wanita boleh bersembahyang bersama-sama.
Tembok Ratapan terletak di bawah perkarangan Masjid al-Aqsa, sebuah kawasan yang dikenali penduduk Islam sebagai Haram al-Sharif, sebuah kawasan yang agak sensitif kepada penganut Islam dan Yahudi. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pengurus-masjid-al-aqsa-dilarang-memasuki-masjid-1.186240#sthash.f5I2IU88.dpuf

Tuesday 2 February 2016

Ban larang Israel tembak rakyat Palestin

SELASA, 2 FEBRUARI 2016 @ 7:10 AM




Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon. -Foto REUTERS


PBB: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon memberitahu Israel supaya "jangan tembak penyampai" (rakyat Palestin) ketika beliau memperbaharui kritikan berhubung penjajahan "memalukan" Israel ke atas wilayah Palestin. Ban dalam satu ruangan pendapat diterbitkan akhbar New York Times, berkata Israel tidak boleh terus "mengecam setiap kritikan berniat baik" mengenai dasarnya dan beliau "hanya bercakap perkara yang benar." "Rakyat Palestin, terutama golongan muda, semakin hilang harapan dalam apa yang mereka lihat sebagai penjajahan kejam, memalukan dan tiada henti," katanya dalam ruangan editorial ditulis di laman web akhbar itu lewat kelmarin. Katanya, pada masa sama, Israel sedang pulih daripada serangan hampir setiap hari dan "hilang arah" untuk mengadakan satu perjanjian damai. "Masanya sudah tiba untuk rakyat Israel, Palestin dan masyarakat antarabangsa membaca tulisan pada dinding: status quo tidak dapat dipertahankan," tulisnya. Tulisan itu adalah pandangan terbaru daripada Ketua PBB itu mengenai proses damai Israel-Palestin, yang menemui jalan buntu sejak misi damai dibantu Amerika Syarikat yang runtuh pada April 2014. Diplomat PBB berkata, secara peribadi, Ban meningkatkan tekanan untuk cuba menghidupkan semula rundingan damai sebelum berundur daripada jawatannya akhir tahun ini. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu minggu lalu menuduh Ban "menggalakkan keganasan" selepas mengatakan beliau memahami mengapa rakyat Palestin menentang pemerintahan tentera Israel. Ban berkata, beliau "bimbang bahawa kita mencapai satu titik di mana penyelesaian dua negara tidak akan berlaku" dan "terganggu". - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120320