Thursday, 13 November 2014

Penduduk Israel bakar masjid


Penduduk Palestin menunjukkan kesan kebakaran yang dilakukan penduduk Israel
Penduduk Palestin menunjukkan kesan kebakaran yang dilakukan penduduk Israel
RAMALLAH -PALESTIN. Sebuah masjid berhampiran Ramallah di Tebing Barat dibakar penduduk Israel, semalam, menurut pegawai keselamatan Palestin.

"Mereka membakar keseluruhan tingkat satu masjid berkenaan yang terletak di perkampungan al-Mughayir tidak jauh dari penempatan Israel di Shilo,"katanya dipetik Press TV

Dalam perkembangan lain, Israel merancang untuk menambah bajet projek perluasan penempatan haram Yahudi sebanyak dua kali ganda pada 2015 walaupun berdepan kecaman masyarakat antarabangsa.

Kerajaan Tel Aviv didakwa telah memperuntukkan hampir AS$35 juta (RM117 juta) untuk organisasi yang mengendalikan projek haram tersebut di wilayah Palestin.

Difahamkan, bajet yang diperuntukkan pada tahun ini didakwa meningkat sebanyak 600 peratus dengan jumlah kira-kira AS$15 juta (RM50 juta).

Ketika ini, lebih setengah juta pendatang Yahudi tinggal di 120 penempatan haram yang dibina sejak pendudukan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur pada 1967.

Penceroboh Israel bakar masjid di Ramallah

RAMALLAH: Penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin malam tadi membakar sebuah masjid berhampiran Ramallah di Tebing Barat, kata pegawai keselamatan Palestin.
"Golongan pendudukan itu membakar keseluruhan tingkat satu masjid berkenaan di kawasan Al-Mughayir dekat kawasan penempatan Shilo," kata seorang pegawai keselamatan.
Sebuah masjid lain di kawasan sama juga dibakar pada 2012.
Semalam, askar rejim Zionis itu menembak mati seorang penunjuk perasaan Palestin dalam pertempuran di Tebing Barat.
Sejak keganasan terbaru ini bermula lima bulan lalu, sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing Barat. - AFP

Pendatang Yahudi serang masjid

Ramallah: Pendatang Yahudi semalam menyerang sebuah masjid di sini, menyebabkan tingkat pertama bangunan berkenaan terbakar.
Serangan itu dilakukan sebelum Subuh di Kampung Mugahyer, utara Ramallah, kata ketua kampung, Faraj al-Naasan.
Menurutnya, penduduk dan perkhidmatan bomba Palestin berjaya mengawal api dan menyelamatkan tingkat dua masjid berkenaan.
Faraj berkata, dia yakin pendatang haram Yahudi bertanggungjawab melakukannya dan ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian.
Dua tahun lalu, sebuah masjid lain di kawasan berkenaan musnah dalam satu serangan kumpulan itu.
“Hanya pendatang Yahudi saja yang akan melakukan seperti ini,” kata ketua kampung berkenaan.
Kejadian itu sudah pasti meningkatkan lagi ketegangan di Tebing Barat yang bermula selepas rejim Israel membenarkan penduduk Yahudi memasuki pekarangan Masjidilharam dengan alasan untuk beribadah dan tindakannya meluluskan pembinaan penempatan baru Yahudi di timur Baitulmaqdis.
Presiden Palestin semalam berkata, lawatan penganut Yahudi ke Masjid al-Aqsa menjadi punca ketegangan itu dan mendakwa tindak-tanduk Israel itu sebagai cubaan untuk mencetuskan perang agama. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:04 AM


SEORANG lelaki Palestin menunjukkan kitab suci al-Quran yang terbakar selepas pendatang haram Yahudi menyerang sebuah masjid di Ramallah, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8675#sthash.bTiXNggv.dpuf

Masjid dibakar di Ramallah


Kejadian didalangi peneroka haram Yahudi
13 November 2014 1:57 AM


ANTARA kerosakan yang dikesan selepas sebuah masjid dibakar peneroka haram Yahudi di Al Mueir, utara Ramallah, Tebing Barat, semalam. – AGENSI

RAMALLAH 12 Nov. - Sebuah masjid di Tebing Ba­rat diserang sebelum dibakar dalam satu kejadian yang di­percayai dilakukan peneroka haram Yahudi, di sini, awal pagi ini.
Datuk Bandar Ramallah, Faraj al-Naasan berkata, kejadian sebelum Subuh itu memusnahkan tingkat bawah masjid berkenaan yang terletak di bandar Al Mueir, utara Ramallah.
“Hanya peneroka haram Yahudi yang akan melakukan serangan ini,’’ katanya sambil merujuk kepada serangan penduduk Yahudi sebelum ini ke atas sebuah masjid lain di bandar sama dua tahun lalu serta serangan secara kerap kumpulan tersebut ke atas kenderaan dan kebun zaitun di kawasan berkenaan.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, polis dikerahkan ke luar kawasan masjid namun ‘kekacauan’ yang sedang berlaku di bandar itu menghalang siasatan dijalankan.
Dalam perkembangan berasingan, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuduh Israel mencetuskan ‘perang agama’ dengan membenarkan penganut Yahudi melawat Baitulmaqdis.
Bercakap pada sebuah majlis bagi memperingati kematian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat, Mahmoud berkata, lawatan oleh penganut Yahudi itu merupakan provokasi dan umat Islam Palestin akan mempertahankan kawasan berkenaan.
“Penduduk Palestin akan mempertahankan al-Aqsa daripada pe­neroka dan pelampau Yahudi,’’ ka­ta Mahmoud sebagaimana lapor portal berita Al-Jazera.
Mahmoud pada masa sama mengulangi hasratnya untuk menghantar draf resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hujung bulan ini bagi menggesa penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin dihentikan pada November 2016.
Beliau turut berikrar, Palestin akan memohon untuk menyertai pelbagai organisasi antarabangsa sekiranya resolusi itu disekat oleh kuasa veto Amerika Syarikat (AS).
“Kita tidak akan bertolak ansur kepada sebarang tekanan,’’ kata Mahmoud merujuk usaha AS untuk menghalang Palestin daripada mendekati Majlis Keselamatan PBB. – AP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-dibakar-di-ramallah-1.24008#sthash.bALJtNhF.dpuf

palestin

Add caption



Kanak-kanak di bandar Rafah, Gaza mengambil air daripada tong bekalan yang disediakan.
Sumber: Shehab News Agency

Kolumnis hina penduduk Palestin


LOS ANGELES 12 Nov. – Bekas peserta rancangan realiti televisyen The Apprentice dan kolumnis akhbar The Sun, Katie Hopkins memuat naik beberapa status berbaur anti-Islam di laman sosial Twitternya, antaranya menggelarkan penduduk Palestin sebagai ‘tikus pengotor’.
KATIE HOPKINS
Tindakannya itu mendatangkan kritikan ramai pihak yang menggesa dia ditahan atas kesalahan menghasut kebencian kaum.
Laman web mirror.co.uk mela­porkan, Hopkins memuat naik status berkenaan selepas dia menerima berita tentang kejadian dua penduduk Israel ditikam oleh seorang lelaki Arab di Tel Aviv.
Dalam status di Twit­ternya Hopkins ber­kata: ‘Penduduk Palestin sibuk menikam penduduk Israel. Satu tindakan bodoh. Tikus pengotor sedang menggali lubang di Israel. Tiba masanya untuk mulakan semula kempen mengebom’.
Ibu kepada tiga orang anak itu turut memuat naik beberapa status anti-Islam lain di Twitternya yang mempunyai pengikut seramai 244,000 orang antaranya: ‘Bapa memukul anaknya dengan seterika. Namun dia seorang Islam yang baik, bersembahyang di dalam penjara dan berada di masjid. Itu semua adalah hari-hari yang indah.’
Pengguna laman sosial Twitter yang kurang senang dengan tindakan Hopkins itu menggesa perbuatan tersebut dilaporkan kepada polis atas kesalahan menghasut.
“Tidak kira apa pendirian anda tentang krisis yang berlaku di antara Israel dan Palestin, Hopkins harus dikenakan tindakan kerana menghasut,” kata seorang pengguna Twitter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kolumnis-hina-penduduk-palestin-1.23988#sthash.sfHKwSjx.dpuf

Israel lulus pelan pembangunan 200 penempatan


BAITULMAQDIS 13 Nov. – Jawatankuasa perancangan Israel semalam meluluskan pelan untuk membangunkan 200 buah rumah di penempatan Ramot, di sini.
Bagaimana pun, ahli majlis bandar di Baitulmaqdis, Yosef Pepe Alalu berkata, pelan itu bakal memburukkan keadaan sedia ada.
“Ini merupakan pelan pembangunan baharu yang masih berada pada tahap permulaan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap pemerhati badan Peace Now, Lior Amihai mengutuk tindakan Israel itu yang dikhuatiri akan mencetuskan ketegangan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-lulus-pelan-pembangunan-200-penempatan-1.24111#sthash.U27mTk18.dpuf