Sunday, 27 November 2016

Militan mengaku bertanggungjawab kebakaran di Israel


27 NOVEMBER 2016
Militan Palestin mengaku bertanggungjawab


Militan Palestin mengaku bertanggungjawab Israel turut mendapat bantuan daripada Palestin dalam usaha memadamkan kebakaran di Haifa.
HAIFA - ISRAEL. Sebuah kumpulan militan Palestin yang bersekutu dengan al-Qaeda mendakwa mereka bertanggungjawab di atas kebakaran di negeri tersebut yang memaksa lebih 80,000 rakyatnya meninggalkan rumah mereka lapor Dailymail.

Kumpulan Salafi Palestin Ma’sadat al-Mujahideen mengakui terlibat dengan kebakaran di bandar ketiga terbesar Israel. Polis menahan 12 orang yang mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Setakat ini kebakaran adalah terkawal namun polis memberi amaran meminta agar rakyat bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Wakil Yayasan Jamestown yang mengawasi pengganas memberitahu The Independent mengatakan dakwaan kumpulan Ma’sadat al-Mujahideen itu turut mengundang persoalan.

“Walaupun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut menimbulkan persoalan, bagaimanapun, daripada rekod sedia ada menunjukkan mereka sering menggunakan api sebagai senjata jihad.

“Terdapat satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Gabungan Belia Intifada turut mengaku bertanggungjawab terhadap kebakaran ini pada Khamis lalu,” katanya.

Pada masa ini, penduduk yang dipindahkan dari rumah mereka tidak dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka.

Sementara itu, Perdana Menteri Isreal, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat dan mendakwa orang-orang terlibat adalah bersifat pengganas.

Beberapa orang rakyat Palestin ditahan dalam cubaan menyalakan api berhampiran penempatan Israe di Kochav Yaakov di Tebing Barat manakala seorang lagi lelaki ditangkap di bawah tuduhan menghasut selepas menyiarkan mesej hasutan di laman Facebook.

Polis Palestin bongkar rangkaian seludup tengkorak manusia

DUNIA AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 10:12 AM



RAMALLAH: Perkhidmatan Keselamatan Palestin (PPS) membongkar rangkaian jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan mengerikan di Tebing Barat. PPS menangkap empat anggota rangkaian itu yang pakar dalam mengorek semula mayat dan kemudian menjual tengkorak kepada kumpulan lain untuk kegunaan menghasilkan dadah. Anggota kumpulan dari Hebron dan Jericho itu memiliki tujuh tengkorak manusia ketika ditangkap. Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPS, maklumat diterima mengenai sekumpulan lelaki berusia antara 20 dan 35 tahun, dan selepas itu pegawai ditugaskan menyiasat kes itu dan menangkap suspek.

 Kenyataan berkata, pada awalnya pegawai menahan seorang lelaki yang digambarkan paling lemah dalam kumpulan itu, suspek dari Hebron yang kemudian memberi keterangan mengenai rakan subahatnya. Keseluruhan anggota kumpulan ditahan dan disoal siasat, dan mengaku melakukan jenayah itu. Pegawai kanan keselamatan memberitahu kumpulan itu menjual tengkorak yang dapat dikorek dari kubur kepada rangkaian lain untuk digunakan dalam penghasilan heroin.

Beliau berkata, siasatan insentif masih dibuat untuk memburu dan menangkap anggota lain kumpulan itu dalam kes berkenaan. Siri jenayah itu menyebabkan penduduk Palestin di wilayah berkenaan bimbang dengan apa yang mungkin berlaku kepada mayat keluarga dan rakan mereka. Pengguna media sosial juga berkongsi kebimbangan selepas kenyataan dikeluarkan, dan penduduk menuntut anggota rangkaian itu dikenakan hukuman paling berat. Menurut suspek, tengkorak manusia dijual pada harga 15,000 shekel (RM17,313), dengan harga lebih tinggi bagi tengkorak lama. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217336

Netanyahu ucap terima kasih kepada Abbas atas bantuan

AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 12:08 PM
PASUKAN Bomba Palestin bersama pasukan keselematan Israel ketika dalam operasi memadamkan kebakaran. - Foto AFP  

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghubungi Presiden Mahmoud Abbas pada Sabtu untuk menyatakan penghargaan kerana menghantar pasukan bomba bagi membantu memadamkan kebakaran hutan di wilayah Yahudi itu.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) menghantar lapan kereta bomba dan berpuluh anggota untuk tujuan itu. "Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, petang ini menghubungi Pengerusi PA, Abu Mazen, dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menghantar pasukan bomba untuk membantu memadamkan api.

"Netanyahu juga menghargai jasa baik penduduk Arab dan Yahudi yang memberi perlindungan kepada mangsa kebakaran," menurut kenyataan, merujuk Abbas dengan nama panggilannya.

 Pasukan bomba Israel bergelut mengawal kebakaran yang sudah merebak ke seluruh bandar raya ketiga wilayah itu, Haifa, dan memaksa puluhan ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing hari keempat berturut-turut.

Pasukan bomba yang dibantu pesawat khas, yang disediakan beberapa negara termasuk Russia, berusaha mengawal kebakaran besar di banyak wilayah, termasuk berhampiran Baitulmaqdis, yang bermula sejak 22 November lalu.

Menurut laporan, anggaran 748 hektar hutan dan kawasan pedalaman musnah dalam kebakaran hutan itu di seluruh wilayah dan puluhan terpaksa dipindahkan dari Haifa. Sekurang-kurangnya 132 penduduk bandar raya itu dirawat di hospital dengan kecederaan disebabkan bencana itu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217363

Kebakaran di Israel dapat dikawal selepas lima hari

DUNIA AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 8:50 PM


ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Hadera, Israel. - Foto AP

BAITULMAQDIS: Anggota bomba dapat memadam kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Israel dan di Tebing Barat sejak lima hari lalu.

Kebakaran yang didakwa pihak berkuasa berpunca perbuatan khianat menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Tiada kematian namun 122 orang dirawat kerana cedera, terutama menyedut asap, kata pegawai perubatan.

Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah ketika kebakaran yang diburukkan lagi angin kencang dan cuaca kering. Pesawat bomba daripada sejumlah negara dilihat menyembur bertan-tan air dan bahan kalis api di kawasan bukit dan jajahan Tebing Barat. Pada satu ketika minggu lalu, api marak di kawasan berhampiran bandar ini dan penduduk hanya mampu melihat rumah dan premis perniagaan rentung.

"Tiada lagi kawasan kebakaran aktif yang tertinggal. Sejak malam semalam, suasana agak tenang. Tiada aktiviti baharu," kata jurucakap perkhidmatan bomba dan penyelamat Yoram Levy. Menurut Levy, anggota bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, dengan 20 daripadanya kebakaran besar.

Pihak berkuasa Israel mengesyaki, sesetengah kebakaran dimulakan dengan sengaja dan dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin. Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, hari ini dilaporkan berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat dikenal pasti perbuatan khianat, tanpa memberi butiran lanjut. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217476

Warga Arab gembira Israel terbakar






AGENSI - IMAM Kuwait, Mishary Rashid al-Afasy turut memuat naik status di Twitter mengenai kebakaran di Israel.

RAMALLAH – Golo­ngan netizen di bumi Arab bergembira dengan bencana kebakaran belukar yang me­nimpa Israel apabila laman sosial rantau itu dipenuhi hashtag seperti #Israelisburning (Israel terbakar), #theZionistentityisburning (entiti Zionis terbakar) dan #TelAviv_IsBurning (Tel Aviv Terbakar), lapor portal berita IBT semalam.

Hashtag #Israelisbur­ning juga muncul sebagai yang ketiga popular di internet sejak 24 jam lalu.

Masyarakat Arab terutamanya penduduk Pa­lestin percaya tragedi di Israel itu sebagai balasan di atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Malah, sesetengah mereka turut mendoakan kemusnahan yang lebih teruk di seluruh bumi Israel.

Portal Ynetnews memetik seorang pengguna Twitter sebagai berkata: “Semua jiran Israel harus membantu - saya cadangkan mereka menghantar pesawat yang dipenuhi dengan minyak petrol dan menyimbahnya ke kawasan kebakaran.”

Seorang lagi pengguna menulis: “Tuhan, tambah lebih api kepada mereka sehingga pengakhirannya.”

Ketua Keselamatan Awam di Dubai, Dhahi Khalfan Tamim menulis di Twitter: “Israel mengharamkan laungan azan dan dibalas dengan api.”

Imam dari Kuwait, Mishary Rashid al-Afasy turut menulis: “Selamat berjaya kepada api yang membakar.”

Namun, beberapa penyokong Israel turut menggunakan medium yang sama untuk melahirkan rasa marah mereka terhadap mesej kebencian itu.

Seorang pengguna menulis: “Sebagai seorang yang beragama Islam, saya malu apabila melihat orang Islam bergembira dengan hashtag sebegini. Kuatkan semangat Israel dan moga anda dapat mengatasi masalah ini #israelisburning. – Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4RBYvKHHy
Hakcipta terpelihara 

Beratus kediaman rosak



Agensi
am@hmetro.com.my


Baitulmaqdis: Pihak berkuasa Palestin, hari ini, menawarkan pasukan bombanya untuk membantu Israel yang terbakar, terutama di bandar ketiga terbesarnya, Haifa.

Sehingga ini, rejim itu masih bertarung untuk mengekang lebih 12 kebakaran lain di seluruh negara itu, pada hari keempat berturut-turut.

Sehingga petang ini, kira-kira 60,000 penduduk masih belum kembali ke rumah masing-masing selepas menyelamatkan diri daripada kebakaran besar di Haifa itu.


Polis dan bomba masih berada di sekitar bandar berkenaan kerana bimbang kebakaran merebak semula memandangkan cuaca kering dan berangin.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, puluhan penduduk dimasukkan ke hospital kerana terhidu asap manakala beratus kediaman rosak.

Dalam langkah yang dianggap pelik, rejim Zionis itu mengerahkan pasukan simpanan tentera menyertai polis dan tentera serta menggunakan beberapa pesawat yang dihantar beberapa negara untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, sebuah kampung kecil Yahudi di kawasan hutan berhampiran Baitulmaqdis dipindahkan, pagi ini, apabila beberapa rumah terbakar.


Menurutnya, 12 penduduk ditangkap kerana didakwa memulakan kebakaran dengan sengaja.

Pemimpin rejim Israel berkata, ada kemungkinan penyerang Arab sengaja mencetuskan kebakaran itu.

Ketua Polis Israel, Roni Alsheich memberitahu wartawan, siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat dan ‘bermotifkan politik’.

Ia bermula tiga hari lalu di Neve Shalom, berhampiran Baitulmaqdis, disusuli dengan kebakaran di Zichron Yaakov, utara Israel dan kawasan lain berhampiran Baitulmaqdis sebelum merebak ke Haifa.

Beberapa negara, termasuk Russia, Perancis, Cyprus, Turki, Croatia, Greece dan Itali menghantar bantuan memerangi kebakaran itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 6:47 PM

Kebakaran merebak ke Tebing Barat



SEBUAH restoran di Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis musnah dalam kebakaran. - AFP
Agensi
Baitulmaqdis: Kebakaran di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis memaksa ratusan pendatang meninggalkan kediaman masing masing selepas pemindahan besar-besaran di kawasan lain di Israel.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Zionis berkata, lebih 12 orang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran besar yang berlaku sejak Khamis lalu.

Bomba Israel dan Palestin dengan dibantu pesawat asing berusaha memadamkan puluhan kebakaran liar yang diburukkan dengan musim kering dan angin kencang.

Dalam kebakaran terbaru, 1,000 penduduk penempatan Yahudi di Halamaish berhampiran Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 rumah rosak atau musnah akibat terbakar, kata jurucakap polis rejim berkenaan.

Kebakaran juga berlaku berhampiran penempatan Yahudi di Dolev, Alfei Menashe dan Karnei Shomron, semuanya di Tebing Barat.

Bagaimanapun, belum ada pemindahan berlaku di kawasan itu.

Pesawat memerangi kebakaran dari beberapa negara, termasuk Russia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada digunakan untuk menggugurkan air di kawasan kebakaran, termasuk Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis.

Sebuah pesawat Supertanker dari Amerika Syarikat, pesawat bomba terbesar di dunia yang baru tiba, turut menyertai operasi itu semalam.

Polis berkata, mereka menangkap 14 orang yang disyaki menyebabkan kebakaran itu secara sengaja atau tidak.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Di Haifa, bandar ketiga terbesar Israel, puluhan ribu penduduk yang dipindahkan Khamis lalu, mula kembali ke rumah masing-masing untuk menilai kerosakan.

Pemimpin Zionis berkata, mereka mengesyaki kebakaran itu sengaja dilakukan penduduk Arab Israel atau Palestin.

Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Arab Israel menyangkal dakwaan itu dengan berkata, penduduk keturunan Arab yang mewakili 17.5 peratus populasi Israel juga terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Pihak berkuasa Palestin turut menyertai usaha memadamkan kebakaran dengan menghantar 41 anggota bomba dan lapan trak ke Haifa, tempat kira-kira 200 keluarga hilang tempat tinggal.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 9:46 AM

Peduduk Yahudi lari, kebakaran belukar merebak ke Tebing Barat




SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Nataf, dekat Baitulmuqaddis kelmarin. - REUTERS


BAITULMUQADDIS – Kebakaran belukar berdekatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah Israel memaksa beratus-ratus orang meninggalkan kediaman mereka, kata polis semalam.
Situasi itu berlaku ketika anggota bomba Israel dan Palestin dengan dibantu sebilangan pesawat asing, bertungkus-lumus memadamkan kebakaran belukar yang tersebar akibat cuaca kering dan angin kencang.
Sebelum ini, lebih 80,000 orang di bandar ketiga terbesar di Israel, Haifa dan beberapa kawasan lain telah berpindah.
Sekitar 1,000 penduduk di penempatan Halamish dekat Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 kediaman musnah atau rosak dalam kebakaran itu.
Kebakaran juga dilaporkan berlaku berdekatan penempatan ha­ram Doleve dan Karnei Shomron dekat Tebing Barat.
Sejumlah pesawat pemadam api adalah dari Israel dan negara-negara seperti Rusia, Turki, Greece, Perancis dan Kanada terus menggugurkan bertan-tan air di beberapa lokasi termasuk Kampung Nataf dekat Baitulmuqaddis.
Sementara itu, polis Israel mengumumkan telah menangkap 14 orang kerana disyaki cuai atau mencetuskan kebakaran dengan sengaja tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut tentang identiti mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RBQ6riaT 
Hakcipta terpelihara 

Kebakaran merebak ke Tebing Barat




SEBUAH restoran di Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis musnah dalam kebakaran. - AFP



Agensi
Baitulmaqdis: Kebakaran di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis memaksa ratusan pendatang meninggalkan kediaman masing masing selepas pemindahan besar-besaran di kawasan lain di Israel.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Zionis berkata, lebih 12 orang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran besar yang berlaku sejak Khamis lalu.

Bomba Israel dan Palestin dengan dibantu pesawat asing berusaha memadamkan puluhan kebakaran liar yang diburukkan dengan musim kering dan angin kencang.

Dalam kebakaran terbaru, 1,000 penduduk penempatan Yahudi di Halamaish berhampiran Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 rumah rosak atau musnah akibat terbakar, kata jurucakap polis rejim berkenaan.

Kebakaran juga berlaku berhampiran penempatan Yahudi di Dolev, Alfei Menashe dan Karnei Shomron, semuanya di Tebing Barat.

Bagaimanapun, belum ada pemindahan berlaku di kawasan itu.

Pesawat memerangi kebakaran dari beberapa negara, termasuk Russia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada digunakan untuk menggugurkan air di kawasan kebakaran, termasuk Kampung Nataf berhampiran Baitulmaqdis.

Sebuah pesawat Supertanker dari Amerika Syarikat, pesawat bomba terbesar di dunia yang baru tiba, turut menyertai operasi itu semalam.

Polis berkata, mereka menangkap 14 orang yang disyaki menyebabkan kebakaran itu secara sengaja atau tidak.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Di Haifa, bandar ketiga terbesar Israel, puluhan ribu penduduk yang dipindahkan Khamis lalu, mula kembali ke rumah masing-masing untuk menilai kerosakan.

Pemimpin Zionis berkata, mereka mengesyaki kebakaran itu sengaja dilakukan penduduk Arab Israel atau Palestin.

Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Arab Israel menyangkal dakwaan itu dengan berkata, penduduk keturunan Arab yang mewakili 17.5 peratus populasi Israel juga terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Pihak berkuasa Palestin turut menyertai usaha memadamkan kebakaran dengan menghantar 41 anggota bomba dan lapan trak ke Haifa, tempat kira-kira 200 keluarga hilang tempat tinggal.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 9:46 AM