Saturday 30 November 2013

Tentera Zionis culik dua kanak-kanak

Tentera Zionis culik dua kanak-kanak
 Kanak-kanak terus menjadi mangsa culik Zionis. 
30 November 2013

BAITULMUQADDIS -  PALESTIN . Tiga orang termasuk dua kanak-kanak diculik tentera Zionis di sini, semalam.

Media tempatan melaporkan, kejadian tercetus selepas askar menyerang penunjuk perasaan susulan membantah kematian tiga rakyat Palestin yang ditembak mati di Hebron.

Saksi berkata, tentera menculik Rami Dandees dan Majdi Al-Hadra, masing-masing ,14, dan Bashar Al-Mashny berusia 27 tahun.

“Mereka semua digari dan ditutup mata, sebelum dibawa ke lokasi soal siasat di Salah Ed-Deen,” katanya dipetik dari laporan PIC.

Sementara itu, tentera terus bertindak ganas selepas menyerang puluhan rakyat Palestin di Al-Ezariyya dan Abu Dis.

Pada kejadian itu, askar melepaskan bom gas, peluru logam bersalut getah dan peluru hidup.