Israel mahu roboh kampung Palestin
Penduduk Susya hidup dalam keadaan serba daif akibat sekatan Israel.
RAMALLAH - PALESTIN .Pihak berkuasa Israel mahu meneruskan rancangan jahat mereka untuk merobohkan perkampungan purba Palestin di selatan Tebing Barat kononnya untuk melakukan kerja penggalian di kawasan tersebut

Semalam, media tempatan melaporkan Tel Aviv cuba untuk memohon kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk merobohkan seluruh perkampungan Susya tersebut.
Selain itu, mereka juga merancang untuk memindahkan kesemua penduduk berkenaan ke bandar berhampiran di Yatta di Hebron.

Langkah tersebut dibuat selepas penduduk Palestin memperoleh injunksi sementara bagi menghalang tindakan Israel untuk merobohkan perkampungan mereka pada tahun lalu.

Peguam mewakili penduduk Susya, Kamar Mishraki-Asad memberitahu tanah di kawasan itu adalah milik penduduk Palestin, namun tentera rejim Zionis sewenang-wenangnya menolak permit pembinaan penempatan di perkampungan terbabit.

"Israel turut menyekat bekalan air dan elektrik serta menghalang pembinaan sistem saliran di kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu," jelasnya. - Press TV