Friday, 10 May 2013
Abu Marzuq: Langkah Kerry Hancurkan Hak Palestin

[07/05/2013 - 01:49]
Kaherah - Anggota Biro Politik Hamas Dr. Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa terowong antara Jalur Gaza dan Mesir tiada undang-undang dan politik berhubung sejarah antara Jalur Gaza dan Mesir. Dia menegaskan bahawa terowong ini tidak dibuat oleh situasi rasmi di Mesir atau Pihak Berkuasa Palestin.
Abu Marzuq berpendapat bahawa dari sudut kemanusiaan terowong tersebut tiada hukumnya, walaupun terowong tersebut merupakan gambaran yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak kerana tidak boleh diambil tindakan undang-undang.
Di sisi lain Abu Marzuq menegaskan bahawa sesiapa tidak mempunyai hak untuk melepaskan sejengkal pun tanah Palestin. Tak seorang pun mempunyai hak untuk membatalkan hak kembali setiap orang Palestin ke tanah airnya.
Dia mengatakan, "Perundingan mempunyai dua sisi. Sisi perunding Palestin yang mensyaratkan tamatnya pembangunan penempatan, pembebasan tawanan Palestin dan sebuah negara di atas batas wilayah tahun 1967. Dan sisi perunding Zionis yang tidak mensyaratkan apa-apa untuk meneruskan rundingan. Namun ada banyak penolakan (dengan kata "tidak ada") yang sudah diketahui sebelumnya. Tidak ada hak kembali ke batas wilayah 1967, tidak ada perundingan seputar al Quds, dan Palestin harus mengakui keyahudian negara entiti Zionis. "
Abu Marzuq menyebutkan bahawa Setiausaha Negara Amerika John Kerry tidak mencari jalan untuk menekan entiti Zionis dan mendapati Arab adalah pihak yang peling boleh menerima tekanan dan memulakan langkah-langkah, melalui "piagam yang ditandatangani Presiden Mahmud Abbas dan Raja Abdullah Husanin yang mlimpahkan persoalan al Quds kepada Jordan ". Dengan semikian tidak perlu ada perundingan antara Palestin dan Zionis.
Dia menyatakan hal itu telah boleh mengatasi masalah sempadan tahun 1967 kemudian menghidupkan kembali inisiatif Arab dengan memperbaikinya untuk membatalkan pembicaraan tentang sempadan tahun 1967 dengan pertukaran tanah yang setara dalam kuantiti dan cara serta perubahan sederhana. Sebelumnya Olmert ingin 6.8% daripada wilayah Tebing Barat dan pihak berkuasa Palestin 1.2%, kemudian diubah menjadi 3.7%, dan ini sudah cukup untuk menggabungkan seluruh penempatan Zionis di al Quds dan Tebing Barat. Dan sebelumnya telah diluluskan kondisi untuk penggabungan penempatan-penempatan Zionis berikut: Ghous Etzion, Ma'aleh Adomim, Jeefat Ze'ev dan Ariel.
Ahli Biro Politik Gerakan Hamas Abu Marzuq menegaskan bahawa langkah Setiausaha Negara Amerika John Kerry memaksakan penyelesaian dua negara (two state solution)berbahaya dan strateginya menghancurkan hak Palestin di bawah slogan 'penyelesaian dua negara ". (Asw)
Sumber : Info Palestina
________________
TT: Aman Palestin

Hari Jumaat adalah hari yg penuh barakah.
Hari Jumaat adalah hari yg penuh barakah. Jangan lupa berdoa untuk saudara kita di Palestin, Syria, Bangladesh, Malaysia dan dimana sahaja di seluruh pelusuk dunia.
Setiap hari Jumaat juga "singa-singa Palestin" akan keluar dan menunjukkan penentangan terhadap pencerobohan di sekitar makam Nabi Saleh, Qadum, Masaara, Bilin dan Nilin.
lensa: Hudaifa Sarour
Sumber: team Palestina
_____________
TT: Aman palestin Mesir

Qardhawi diberikan kerakyatan negara Palestin

Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin telah menyerahkan pasport kerakyatan negara Palestin kepada Sheikh Dr Yusuf Qardhawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang telah melawat mengunjungi wilayah Gaza semalam.
Yusuf Qardhawi adalah seorang ulama terkemuka dunia yang berasal daripada Mesir. Beliau merupakan Ketua, Institut al Aqsa SeDunia yang berpusat di Doha, Qatar.
Penyerahan pasport diplomatik kepadanya semalam adalah satu peristiwa yang begitu simbolik. Negara Palestin bukan hanya milik bangsa Palestin dan Arab semata-mata tetapi juga adalah milik umat Islam sejagat. Setiap kita bertanggung-jawab untuk membebaskan kembali tanah wakaf milik umat Islam yang telah dijajah sejak tahun 1964 yang lalu.
Pastinya saat yang dinanti akan tiba, semua kita akan berkunjung dan bersolat di Masjid al Aqsa di Baitul Maqdis setelah ia dibebaskan daripada cengkaman Zionis...Insya Allah
Sumber: DR Zainur Rashid
TT: Aman Palestin Mesir

Zionis ceroboh Ramallah, bina 296 unit rumah
10 Mei 2013
BAITULMUQADDIS - Pihak berkuasa Israel tidak menghiraukan kritikan antarabangsa apabila meluluskan pembinaan hampir 300 rumah di kawasan penempatan Beit El dekat Ramallah.
Seorang jurucakap Israel berkata, Pentadbiran Awam Israel meluluskan pembinaan 296 buah rumah di Beit El dengan memulakan kerja-kerja pembinaan peringkat pertama.
“Kami telah mendapat kelulusan penuh untuk meneruskan projek pembinaan dan peringkat pertama pembinaan akan dimulakan secepat mungkin,” katanya.
Tindakan meluluskan pembinaan penempatan itu bakal meningkatkan ketegangan dengan Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha mencari jalan mempelawa kedua-dua pihak menyambung semula rundingan damai.
Pengumuman terbabit dikeluarkan hanya dua hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor mengarahkan pembekuan tender penempatan baru sebagai usaha memberi peluang kepada AS untuk mengetuai rundingan damai dengan Palestin.
Sementara itu, polis Israel membebaskan Mufti Besar Baitulmuqaddis, Sheikh Mohammed Hussein selepas melakukan soal siasat selama enam jam.
Beliau ditahan kelmarin selepas dituduh terlibat dalam kekacauan antara penduduk Palestin dan Israel di luar Masjid al-Aqsa.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, Sheikh Mohammed akan disiasat dari masa ke semasa untuk melengkapkan siasatan penuh berhubung insiden terbabit.
Dalam perkembangan lain, Di Gaza, ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaradawi melakukan lawatan peribadi ke bandar itu sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan kumpulan Hamas.
“Kita harus berjihad hingga akhir hayat. Kita perlu berusaha membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis,” katanya.
Kehadiran beliau disambut Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin kanan kerajaan, laporan dipetik daripada Reuters.

Israel lulus pembinaan 296 unit rumah dekat Ramallah
BAITULMAQDIS 9 Mei - Israel hari ini meluluskan pembinaan hampir 300 buah rumah di kawasan penempatan Beit El dekat Ramallah, tindakan yang bakal meningkatkan ketegangan dengan Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha mencari jalan untuk mengajak kedua-dua pihak menyambung semula rundingan damai.
Seorang jurucakap rejim Zionis berkata, Pentadbiran Awam Israel meluluskan pembinaan 296 buah rumah di Beit El yang merupakan peringkat pertama sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.
Pengumuman terbabit dikeluarkan hanya dua hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor mengarahkan pembekuan tender penempatan baharu sebagai usaha memberi peluang kepada AS untuk mengetuai rundingan damai dengan Palestin. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_09/Israel-lulus-pembinaan-296-unit-rumah-dekat-Ramallah#ixzz2SpwiB2va
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)