Monday, 23 November 2015
Tiga termasuk remaja perempuan mati ditembak
Baitulmaqdis: Tiga orang Palestin termasuk seorang remaja perempuan terbunuh selepas menyerang penduduk Israel menggunakan pisau dan kereta dalam tiga kejadian berasingan di Tebing Barat, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95084#sthash.vgg12Ppj.dpuf
Dalam satu kejadian, seorang wanita Israel parah ditikam lelaki Palestin sebelum penyerangnya ditembak mati tentera.
Sebelum itu, budak perempuan Palestin berusia 16 tahun yang cuba menikam seorang rakyat Israel maut dilanggar penjajah Yahudi menggunakan kereta sebelum ditembak mati askar.
Tentera Israel berkata: “Seorang orang awam dan tentera bertindak pantas menembak perempuan itu.
Pasukan keselamatan Palestin mengesahkan remaja itu sebagai Asheraqat Qatanani, dari kem pelarian Askar berhampiran Nablus.
Ayahnya, Taha Qatanani berkata, Asheraqat pergi ke sekolah seperti biasa pada paginya dan terkejut mendengar berita kematiannya.
“Memang saya terdengar perbualan dengan abangnya menyebut mahu menikam, namun kami tidak memandang serius. Jika itu mahu dilakukannya, dia berjaya melaksanakannya,” katanya.
Sementara itu, seorang lelaki Palestin yang memandu teksi cuba merempuh orang awam sebelum menyerang mereka menggunakan pisau, namun ditembak mati.
Polis dalam satu kenyataan berkata: “Seorang lelaki Palestin menggunakan teksi untuk merempuh orang ramai.
“Apabila cubaannya itu gagal, dia keluar membawa pisau dan cuba menikam mereka. Dia mati ditembak orang awam. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 10:16 AM
Zionis bunuh 3 warga Palestin
Zionis mendakwa mereka menyerang warga Israel.
Insiden itu adalah serangan terbaharu selepas gelombang keganasan selama hampir dua bulan. Seorang wanita Israel berada dalam keadaan kritikal, sementara dua serangan lagi tidak menyebabkan kecederaan serius.
Sementara itu, dalam usaha antarabangsa untuk mengembalikan keamanan, Setiausaha Negara, John Kerry akan ke Israel dan Tebing Barat untuk bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, esok. - AFP
Israel dakwa Palestin tembak roket dari Gaza
BAITULMAQDIS: Sebuah roket yang dilancarkan pejuang Palestin dari Gaza jatuh di kawasan lapang di selatan Israel pagi ini, menurut tentera Israel.
"Tiada kecederaan dilaporkan," menurut pihak tentera.
Seorang jurucakap wanita tentera Israel memberitahu AFP siren serangan udara tidak dibunyikan kerana roket itu menuju kawasan yang tiada penduduk. - AFP
Zionis sebar Islamofobia
23 NOVEMBER 2015
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang aktivis Islam keturunan Afro-Amerika mendakwa rejim Zionis mereka dan menyebarkan sentimen anti-Islam dan Islamofobia di Amerika Syarikat (AS) selama lebih satu dekad. Pengarah Masjid al-Islam Washington, Abdul Alim Musa berkata, penyebaran itu dilakukan menerusi media AS yang dikawal Israel.
Katanya, kebangkitan kumpulan militan seperti al-Qaeda, Taliban dan kumpulan militan IS adalah sebahagian daripada plot jahat untuk mewajarkan penaklukan dan penguasaan terhadap negara Islam.
"Kenyataan anti-Islam yang dibuat Donald Trump semasa kempen pilihan raya presiden baru-baru ini adalah sebahagian daripada bukti penyebaran Islamofobia di AS," katanya.
Tambahnya lagi, kenyataan sedemikian umpama isyarat perang terhadap umat Islam yang telah berlangsung selama berdekad-dekad di negara Uncle Sam itu. - Press TV
Abdul Alim |

Pemuda Palestin dipukul, dibakar
Fadi |
Mayat lelaki berusia 22 tahun yang dikenal pasti sebagai Fadi Hoosh ditemui rentung berhampiran tapak pembuangan sampah di bandar Kafr Kanna.
Saksi di tempat kejadian berkata, beberapa peneroka Yahudi menyerang mangsa sebelum memaksanya masuk ke dalam kereta dan membakar kenderaan tersebut.
"Selepas beberapa minit, penyerang bertindak memadam api dan beredar dari lokasi kejadian dengan pantas," kata saksi. - Press TV

TEBING BARAT - PALESTIN. Seorang lelaki warga Palestin terbunuh selepas sekumpulan peneroka haram Israel memukulnya tanpa belas kasihan sebelum bertindak membakar kereta mangsa dalam satu kejadian di utara wilayah Palestin yang dijajah, Jumaat lalu.
Mayat lelaki berusia 22 tahun yang dikenal pasti sebagai Fadi Hoosh ditemui rentung berhampiran tapak pembuangan sampah di bandar Kafr Kanna.
Saksi di tempat kejadian berkata, beberapa peneroka Yahudi menyerang mangsa sebelum memaksanya masuk ke dalam kereta dan membakar kenderaan tersebut.
"Selepas beberapa minit, penyerang bertindak memadam api dan beredar dari lokasi kejadian dengan pantas," kata saksi. - Press T
V
Remaja Palestin maut dibakar
23 November 2015 12:35 AM
RAMALLAH 22 Nov. – Seorang remaja Palestin menjadi mangsa terbaharu kekejaman pendatang haram Yahudi yang bertindak memukul dan membakar mangsa dalam kejadian di utara wilayah Tebing Barat.
Portal PressTV melaporkan, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu, apabila mayat mangsa yang dikenali sebagai Fadi Hoosh, 22, ditemukan dalam sebuah kereta di tempat pelupusan sampah di pekan Kafr Kanna yang terletak di utara Tebing Barat.
Beberapa saksi melaporkan, mereka ternampak sejumlah pendatang haram Yahudi memukul seorang remaja Palestin dipercayai Fadi dan memaksa mangsa memasuki sebuah kereta sebelum membakar kereta itu.
“Selepas beberapa minit, kesemua pendatang haram itu memadamkan kebakaran dan membiarkan mangsa di dalam kereta sebelum melarikan diri,” kata saksi kejadian yang enggan dikenali.
Kejadian ganas tersebut mengulangi kekejaman yang berlaku pada 31 Julai lalu, apabila seorang bayi Palestin berusia 18 bulan, Ali Dawabsheh, maut bersama bapanya, apabila pendatang haram Yahudi bertindak membakar kediaman keluarga Palestin itu.
Bapa bayi berkenaan, Sa’ad Dawabsheh turut terkorban dalam kejadian tersebut dan ibunya, Riham Dawabsheh yang mengalami melecur teruk meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Kematian Fadi berlaku ketika ketegangan masih lagi memuncak di Tebing Barat dan Genting Gaza sejak 1 Oktober lalu dengan menyaksikan lebih 90 penduduk Palestin terbunuh akibat kekejaman tentera Israel dan pendatang haram Yahudi.
Sementara itu, dua lagi penduduk Palestin termasuk seorang wanita maut ditembak pendatang haram Yahudi di Tebing Barat hari ini, selepas kedua-dua mangsa didakwa cuba menyerang penduduk dan pihak keselamatan Israel.
Dalam kejadian pertama seorang pemandu teksi Palestin ditembak seorang pendatang Yahudi apabila didakwa cuba merempuh penduduk Israel di persimpangan Kfar Adumin.
Kejadian kedua berlaku di satu persimpangan di selatan Nablus apabila seorang wanita Palestin dirempuh oleh pendatang haram Yahudi sebelum ditembak mati oleh tentera rejim. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-palestin-maut-dibakar-1.161232#sthash.Q0zKxdPG.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)