TEBING BARAT - PALESTIN. Seorang lelaki warga Palestin terbunuh selepas sekumpulan peneroka haram Israel memukulnya tanpa belas kasihan sebelum bertindak membakar kereta mangsa dalam satu kejadian di utara wilayah Palestin yang dijajah, Jumaat lalu.
Mayat lelaki berusia 22 tahun yang dikenal pasti sebagai Fadi Hoosh ditemui rentung berhampiran tapak pembuangan sampah di bandar Kafr Kanna.
Saksi di tempat kejadian berkata, beberapa peneroka Yahudi menyerang mangsa sebelum memaksanya masuk ke dalam kereta dan membakar kenderaan tersebut.
"Selepas beberapa minit, penyerang bertindak memadam api dan beredar dari lokasi kejadian dengan pantas," kata saksi. - Press T
V