Protes tersebut diadakan berhampiran pusat pemeriksaan Israel di tengah bandar Hebron. |
Kumpulan aktivis pro-Palestin turut menyertai protes sebagai membantah kunjungan pemimpin itu yang bertujuan untuk merasmikan sebuah muzium di kawasan penempatan haram Yahudi di Hebron.
Seorang penunjuk perasaan cedera selepas pihak berkuasa Israel bertindak melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah untuk menyuraikan kumpulan protes tersebut.
Dalam perkembangan lain, Tel Aviv memutuskan untuk terus membekukan hasil cukai Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas perdana menteri, Benjamin Netanyahu mengarahkan supaya hasil cukai bulan lalu berjumlah kira-kira AS$100 juta (RM360,000) disekat serta merta. - Press TV