Saturday 30 January 2016

Israel musnahkan masjid

Israel musnahkan masjid

30 JANUARI 2016 

Jentolak Israel merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di al-Dirat.

 BAITULMAQDIS - PALESTIN . Tentera Israel bertindak biadab apabila memusnahkan sebuah masjid di perkampungan Palestin di Gurun Negev untuk kali kedua, bulan ini.
Diiringi jentolak, tentera Zionis merobohkan masjid berkenaan yang terletak di kampung Rakhama pada Khamis.
Awal bulan ini, tentera Yahudi merobohkan masjid sama namun ia dibina semula oleh penduduk tempatan.
"Amat menyedihkan melihat sebuah masjid dimusnahkan.
"Mereka (tentera Israel) yang merobohkan masjid ini sudah tentu tidak mempunyai masalah memusnahkan rumah anak-akan saya kelak," kata seorang penduduk kampung.
Minggu lalu, pihak berkuasa Israel bertindak memusnahkan sebuah perkampungan tradisional puak Badwi di wilayah al-Araqib.
Difahamkan, perkampungan tersebut telah dimusnahkan lebih 90 kali sejak 2010 namun ia dibina semula oleh penduduk Palestin.
Pihak rejim mengklasifikasikan hampir 40 kampung di Gurun Negev sebagai tidak diiktiraf dan perlu dimusnahkan. - Press TV

Friday 29 January 2016

Penjajahan Israel punca penentangan Palestin – PBB


REUTERS - SEBUAH bangunan baharu dalam pembinaan di penempatan haram Yahudi, Beitar Illit di Tebing Barat, Palestin kelmarin.


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat – Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon kelmarin mengulangi kritikan keras beliau terhadap Israel yang terus berdegil membina pe­nempatan haram baharu di Tebing Barat.
Ketua PBB itu berkata, beliau tidak akan menarik balik kecaman itu terhadap Israel meskipun kenyataannya sebelum ini menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Beberapa diplomat PBB menyatakan tindakan Ki-Moon meningkatkan tekanan terhadap Netanyahu adalah usaha akhir beliau menghidupkan semula rundingan damai sebelum meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PBB pada hujung tahun ini.
“Selepas hampir 50 tahun penjajahan, selepas berpuluh tahun menunggu untuk menunaikan janji-janji perjanjian Oslo, penduduk Pa­lestin makin hilang harapan.
“Orang muda khususnya semakin putus asa. Mereka berang dengan polisi-polisi penjajahan ini,” kata Ki-Moon kepada satu jawatankuasa PBB mengenai hak asasi Palestin.
Netanyahu Selasa lalu menuduh Ki-Moon ‘menggalakkan keganasan’ selepas beliau menyatakan ‘menjadi lumrah manusia bertindak balas terhadap penjajahan’.
Ki-Moon menegaskan tiada apa yang menghalalkan keganasan, tetapi menambah tindakan keras anggota keselamatan tidak akan berjaya menyelesaikan konflik Palestin-Israel.
Beliau menyeru semua pihak kembali ke meja rundingan dan menyifatkannya sebagai ‘satu-satunya jalan ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan ialah menamatkan penjajahan sejak 1967’ serta mewujudkan sebuah negara Palestin berdaulat. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3yZzU3CDK 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday 27 January 2016

Israel umum pelan baharu

Israel umum pelan baharu

27 JANUARI 2016

 Israel turut merancang untuk membina penempatan haram Yahudi di kawasan strategik E1 di Baitulmaqdis. 

TEL AVIV - ISRAEL. Kumpulan hak asasi manusia, Peace Now mendakwa Israel mengesahkan rancangan untuk membina lebih 150 penempatan haram di Tebing Barat.
Kelmarin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit mendedahkan pelan kontroversi itu diterima pakai, minggu lalu.
Difahamkan, langkah itu menandakan pembekuan projek pembangunan ditarik balik secara tidak rasmi di wilayah Palestin yang dikuatkuasakan sejak 18 bulan lalu.
Bulan lalu, Peace Now turut membongkar rancangan jahat Kementerian Perumahan Tel Aviv yang mahu membina 55,548 unit penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, di mana lebih 8,300 daripadanya akan dibangunkan di kawasan strategik, E1 di Baitulmaqdis.
"Kawasan Maale Adumim dan E1 adalah zon paling sensitif yang berpotensi menghalang usaha penyelesaian dua negara kerana projek penempatan haram tersebut akan membahagikan Tebing Barat kepada dua bahagian, utara dan selatan selain memisahkan Baitulmaqdis," jelas jurucakapnya.
Ketika ini, kira-kira 380,000 pendatang Yahudi tinggi di 135 kawasan penempatan haram di Tebing Barang manakala 200,000 lagi berada di Baitulmaqdis Timur. - AF
P

Tuesday 26 January 2016

Remaja Palestin selamat dikebumi


Pengawal keselamatan Palestin mengusung jenazah Roqavya Abu Eid ke tanah perkuburan di Yatta, Tebing Barat, untuk dikebumikan, kelmarin. Agensi
TEBING BARAT 25 Jan. – Seorang remaja perempuan Palestin yang ditembak mati oleh pasukan ke­selamatan Israel kerana didakwa cuba menikam seorang pengawal keselamatan Israel, selamat dikebumikan di sini.
Portal Mail Online melaporkan, upacara pengebumian Ruqayya Abu Eid diadakan di rumah keluarganya di perkampungan Yatta, selatan Tebing Barat.
Pasukan keselamatan Palestin mengusung mayatnya ke tanah pengebumian, diikuti ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut mengibarkan bendera kebangsaan Palestin dan bendera parti Fatah ketika mengiringi perarakan tersebut.
Air mata ibu remaja perem­puan itu, Raida, dapat dilihat ketika jenazahnya disemadikan.
Roqavya didakwa cuba menikam pengawal keselamatan Israel di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, kelmarin sebelum ditembak mati oleh pengawal terbabit.
Kira-kira 156 penduduk Palestin dan 24 penduduk Israel dipercayai dibunuh akibat keganasan dalam tempoh tiga bulan lalu.
Kebanyakan penduduk Palestin yang mati didakwa kerana cuba melancarkan serangan dan kebanyakan penyerang merupakan golongan muda termasuk remaja.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-palestin-selamat-dikebumi-1.183537#sthash.VOvEGDbn.dpuf

Monday 25 January 2016

Israel tembak mati remaja perempuan


Ibu mangsa persoal kejadian, nafi kenyataan polis Zionis

Jenazah Ruqayya Abu Eid (kiri) terbujur kaku di atas jalan raya selepas remaja Palestin itu ditembak mati di penempatan haram Anaton, Tebing Barat, kelmarin. AGENSI
RAMALLAH 24 Jan. - Seorang remaja perempuan Pa­lestin berusia 13 tahun ditembak mati ketika didakwa cuba menikam seorang pengawal keselamatan Israel di sebuah penempatan haram penduduk Yahudi di Tebing Barat, semalam.
Insiden tersebut berlaku selepas dua insiden tikaman lain dilapor melibatkan beberapa remaja Palestin di kawasan penempatan lain.
Jurucakap polis Israel, Luba Samri berkata, siasatan awal menunjukkan remaja perempuan yang dikenali sebagai Ruqayya Abu Eid itu pada mulanya dipercayai bergaduh dengan keluarganya sebelum keluar dari rumah bersama sebilah pisau.
“Remaja yang memegang pisau itu berlari ke arah pengawal keselamatan di pintu masuk ke penempatan Anatot, lalu ditembak mati anggota keselamatan tersebut sebagai mempertahankan diri,” dakwa Samri.
Katanya, bapa remaja itu turut ditahan sejurus tiba di lokasi kejadian.
Insiden juga sempat dirakam, dengan televisyen Israel menyiarkan rakaman menunjukkan seorang pengawal bersenjata sedang membuat kawalan di pintu masuk penempatan Anatot sebelum didatangi remaja yang memegang objek tajam dipercayai sebilah pisau.
Ibu remaja itu, Reeda Abu Eid bagaimanapun menafikan berlaku pergaduhan antara Ruqayya dan keluarga sehingga menyebabkan gadis tersebut meninggalkan rumah.
“Bapanya bekerja di ladang. Apabila dia tiada di rumah, saya menyangka dia mengikut bapanya.
“Dia hanyalah seorang remaja. Bagaimana dia boleh menikam orang?,” kata ibunya yang mempersoalkan kejadian tersebut.
Sejak awal Oktober lalu, tentera Israel telah membunuh 149 penduduk Palestin dengan 95 daripadanya didakwa cuba menyerang anggota pasukan keselamatan rejim tersebut. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-tembak-mati-remaja-perempuan-1.183038#sthash.vy8fy1VQ.dpuf

Sunday 24 January 2016

Wanita Palestin maut ditembak askar Israel

24 JANUARI 2016

Mayat wanita Palestin yang ditembak mati tentera Israel di daerah Anatot, semalam.


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel menembak mati seorang wanita muda Palestin di timur laut Baitulmaqdis selepas dia didakwa cuba menikam seorang askar Yahudi, semalam.
Mangsa ditembak berhampiran daerah Anatot, lapor agensi berita Safa.
Rejim Zionis sering menjadikan serangan terbabit sebagai alasan bagi membunuh puluhan rakyat Palestin di Tebing Barat.
Dalam perkembangan berkaitan, sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin mengalami luka tembakan semasa bertempur dengan askar Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Pasukan perubatan berkata, seramai 15 rakyat Palestin ditembak dengan peluru hidup manakala sekurang-kurangnya dua lagi ditembak menggunakan peluru keluli bersalut getah di kejiranan al-Faraheen di Khan Yunis.
Salah seorang yang cedera dilaporkan ditembak di bahagian abdomen dan berada dalam keadaan kritikal.
Di utara Kafr Qaddum, tentera Israel menembak dan mencederakan tiga rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.
Sementara itu di Qalqilya seorang pemuda berusia 20 tahun buta sebelah mata selepas terkena peluru getah dilepaskan askar Israel.
Lebih 160 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak maut di tangan tentera Israel sejak awal Oktober lalu.

Saturday 23 January 2016

China sokong negara Palestin


23 JANUARI 2016

 Jinping menzahirkan sokongan kepada penubuhan negara Palestin di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah, kelmarin. - Foto AFP
KAHERAH - MESIR . China telah menyatakan sokongan mereka terhadap penubuhan negara Palestin dan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.
Presiden Xi Jinping mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di ibu pejabat Liga Arab selepas memeterai perjanjian kerjasama dua hala bernilai berbilion dolar dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah, kelmarin.
"Penubuhan negara itu perlu dibuat berdasarkan garisan sempadan 1967.
"Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak bagi menyambung semula rundingan damai Palestin-Israel yang tertangguh kerana kedegilan Tel Aviv untuk menghentikan projek penempatan haram Yahudi. Isu
Palestin menjadi asas penting kepada keamanan di Timur Tengah," katanya.
Menurutnya lagi, mereka sedang menyediakan satu mekanisme baharu bagi menggalakkan keamanan di rantau Arab selain menyokong usaha Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke arah matlamat itu.
Beijing turut menyalurkan bantuan berjumlah AS$7.53 juta (RM32.2 juta)  kepada penduduk Palestin yang hidup di bawah sekatan haram Israel sejak sembilan tahun lalu. - Press TV

Friday 22 January 2016

Israel sahkan rancangan jahat

Baitulmaqdis: Israel semalam mengesahkan rancangannya merampas satu kawasan tanah Palestin di Tebing Barat untuk dijadikan milik negara walaupun langkah itu akan meningkatkan ketegangan dengan Barat dan sudahpun mengundang kecaman antarabangsa.
Dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Reuters, COGAT, sebuah unit di kementerian pertahanan berkata, keputusan politik untuk menguasai tanah yang subur untuk pertanian itu sudah diambil dan ia kini dalam peringkat akhir untuk diisyitiharkan sebagai milik negara.
Langkah mengambil tanah seluas 154 hektar milik penduduk Palestin itu mula dilaporkan oleh Radio Tentera Israel.
Ia terletak di Lembah Jordan, berhampiran Jericho, tempat rejim Zionis itu membina banyak penempatan pertanian di atas tanah milik yang diharapkan rakyat Palestin menjadi sebahagian negara mereka.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon kelmarin mengecam rampasan tanah itu, yang terbesar di Tebing Barat sejak Ogos 2014.
Penduduk Palestin juga mengecam tindakan itu.
Tanah berkenaan sudahpun digunakan pendatang Yahudi di kawasan bawah penguasaan tentera dan rejim awam Israel untuk bercucuk tanam.
Amerika Syarikat, sekutu utama rejim Zionis itu juga menyuarakan bantahan keras terhadap langkah berkenaan.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijadual berucap di Forum Ekonomi Dunia di Davos Khamis ini tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia akan menyentuh isu itu atau diplomat asing akan membangkitkan mengenainya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 6:02 AM


RAKYAT Palestin bertengkar dengan askar Israel yang datang memusnahkan sebuah kediaman di Biet Ula.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109168#sthash.7SniHPPe.dpuf

Nyawa wartawan Palestin terancam


Mohammad al-Qeq (kiri) dan isterinya, Faihaa Shalash.
BAITULMAQDIS 21 Jan. – Perbicaraan terhadap seorang wartawan Palestin yang melancarkan mogok lapar perlu disegerakan berikuatan kesihatan Mohammad al-Qeq kini terancam ekoran berat badannya kini susut kepada hanya 30 kilogram.
Peguam Ashraf Abu Sneina yang mewakili Mohammad berkata, anak guamnya itu yang ditahan oleh pihak Israel kini berada dalam koma buat kali ketiga.
Beliau memberitahu Al-Jazeera, Mohammad hanya minum air dua kali sahaja pada minggu ini sejak melancarkan mogok lapar 58 hari lalu.
Mahkamah Tinggi Israel, baru-baru ini memberitahu akan menimbangkan rayuan untuk membebaskan Mohammad, 33, pada 25 Februari ini, namun banyak pihak yang menyifatkan tempoh itu terlalu lambat.
Mohammad melancarkan mogok lapar pada 24 November lalu sebagai membantah penahanannya atas undang-undang pentadbiran Israel.
Tahanan pentadbiran merupakan amalan pihak Israel untuk memenjarakan penduduk Palestin tanpa didakwa atau bicara dengan bukti-bukti yang dirahsiakan.
Ashraf bimbang anak guamnya akan mati kelaparan sebelum bermulanya pendengaran kes berkenaan di mahkamah.
“Tiada masa lagi untuk Mohammad, kami melakukan yang terbaik untuk memastikan dia tidak mati di dalam penjara,’’ kata peguam itu.
Kata Ashraf, Mohammad tidak merancang untuk menamatkan mogok berkenaan dan akan meneruskan tindakannya sehingga ke hujung nyawa.
Mohammad merupakan wakil televisyen al-Majd yang dimiliki Arab Saudi yang menerima siaran di seluruh negara Arab.
Dia yang mempunyai dua anak berasal dari perkampungan Dura dekat Hebron di kawasan selatan Tebing Barat.
Beberapa kumpulan wartawan Palestin turut melancarkan mogok lapar sebagai tanda sokongan terhadap Mohammad.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nyawa-wartawan-palestin-terancam-1.182094#sthash.uaH7b17L.dpuf

Thursday 21 January 2016

Israel rampas 150 hektar tanah ladang Palestin

 KETUA Perunding Palestin, Saeb Erekat. - Foto Reuters 
KHAMIS, 21 JANUARI 2016 @ 12:44 AM



JERICHO: Israel bakal mengisytiharkan 150 hektar tanah ladang di jajahan Tebing Barat sebagai milik negara, satu tindakan yang disifatkan sebagai rampasan terbesar sejak tahun 2014.
Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat, yang melawat tapak itu semalam berkata, tanah itu dicuri daripada rakyat Palestin.
Tanah ladang itu terletak di selatan Lembah Jordan, di sini dan menurut pemerhati penempatan, Peace Now, tindakan Israel itu adalah yang tervesar selepas rampasan 400 hektar tanah pada tahun 2014.
Unit kementerian pertahanan Israel yang mengendalikan hal ehwal awam di Tebing Barat dikenali sebagai COGAT dalam satu kenyataan berkata, tanah itu sekarang berada di peringkat akhir untuk diisytiharkan sebagai milik negara.
Ia tidak menyediakan perincian lanjut, termasuk siapa yang dianggap pemilik terkini.
Peace Now berkata, tanah itu diambil alih peneroka haram Israel beberapa tahun lalu untuk pertanian. - AFP


Doktor UK minta Israel dikeluarkan daripada WMA


Wakil doktor Israel, Zeev Feldman berkata, sejumlah 71 doktor di UK mula memberi tekanan kepada WMA untuk membatalkan keahlian Persatuan Perubatan Israel.
"Ia berikutan dakwaan doktor kami melakukan penyeksaan perubatan ke atas pesakit Palestin," katanya pada mesyuarat Knesset berhubung boikot terhadap institusi akademik Israel semalam.
Jika pengamal perubatan Britain berjaya, rejim Tel Aviv akan dilarang mengambil bahagian dalam persidangan perubatan antarabangsa dan penerbitan jurnal.
Disember lalu, lebih 200 cendekiawan Afrika Selatan mengeluarkan kenyataan mengumumkan sokongan mereka untuk melancarkan boikot akademik ke atas Israel.
Boikot penjualan dan sekatan pergerakan terhadap Israel, yang dikenali sebagai BDS, juga semakin mendapat sambutan di kolej di Amerika Syarikat dan gereja di beberapa tempat di Eropah.
Pergerakan BDS bertujuan menamatkan pendudukan Israel dan penjajahan tanah Palestin. - Agensi

Israel bimbang diserang IS


REUTERS - Eizenkot berucap pada persidangan anjuran Institut Kajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Tel Aviv di Tel Aviv kelmarin.


TEL AVIV – Kekalahan kumpulan Islamic State (IS) di Syria menyebabkan militan itu atau sekutunya beralih arah dengan menyerang Israel dan Jordan, kata ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Gadi Eizenkot kelmarin.
IS sebelum ini meningkatkan serangan di luar Syria dan mengeluarkan amaran bahawa Israel adalah antara negara yang menjadi sasarannya.
Eizenkot berkata, campur tangan Rusia bagi membantu rejim Presiden Bashar Al-Assad pada tahun lalu berjaya mengekang kemaraan IS kecuali di kawasan selatan Syria yang bersempadan dengan Israel dan Jordan.
“Kejayaan operasi memerangi IS akan meningkatkan kemungkinan kumpulan itu menyerang kami dan Jordan,” katanya dalam satu persidangan anjuran Institut Kajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Tel Aviv.
IS sendiri tidak memiliki kekuatan di kawasan sempadan itu tetapi kumpulan pejuang Islam di rantau tersebut, Briged Syahid Yarmouk merupakan sekutu IS
Kebimbangan Israel berasas selepas rakaman suara dipercayai ketua IS, Abu Bakar Al-Baghdadi yang disiarkan di media sosial tiga minggu lalu memberi amaran, Israel akan menjadi sasaran serangannya.
Jordan yang menandatangani perjanjian damai dengan rejim Zionis tidak banyak terjejas akibat konflik di Asia Barat yang berlanjutan sejak lima tahun lalu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3xpioFxHF 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday 19 January 2016

Puluhan rakyat Palestin dibunuh

Puluhan rakyat Palestin dibunuh

WARTAWAN SINAR HARIAN 19 JANUARI 2016
Aktivis keamanan Israel dan Palestin menyertai perarakan keamanan berhampiran pusat pemeriksaan antara bandar Tebing Barat dan Baitulmaqdis. - Foto AFP

RAMALLAH - PALESTIN. Lebih 20 rakyat Palestin terkorban dan ratusan lagi cedera akibat serangan rejim Zionis di Genting Gaza sejak awal Oktober tahun lalu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurut laporan agensi berita Palestine al-Yawm, kementerian itu mengumumkan seramai 25 rakyat Palestin terbunuh dan 1,400 yang lain cedera disebabkan tembakan peluru hidup dan keluli bersalut getah sejak 1 Oktober.
Menurutnya, tentera Israel menggunakan peluru hidup serta peluru yang dilarang di peringkat antarabangsa dalam konfrontasi mereka dengan penunjuk perasaan Palestin.
"Lazimnya, rakyat Palestin tidak bersenjata di kawasan pertanian berhampiran pagar sempadan di selatan Gaza sering menjadi sasaran, meskipun mereka tidak membawa sebarang ancaman kepada tentera Israel," menurut akhbar tersebut memetik kenyataan kementerian kesihatan.
Jumaat lalu, Muhammad Abu Zayed, 18, meninggal dunia selepas ditembak di kepala ketika anggota keselamatan Israel melepaskan lima tembakan bagi menyuraikan penunjuk perasaan di kem pelarian Bureji, dekat tengah Genting Gaza, lapor Press TV
.

Monday 18 January 2016

Qatar sedia 1,000 rumah


18 JANUARI 2016


 Penduduk Palestin menghadiri perasmian projek kediaman Sheikh Hamad yang dibiaya Qatar di Khan Younis, dekat selatan Genting Gaza. - Foto: AFP

GAZA - PALESTIN. Projek pembinaan dibiayai Qatar telah menyediakan 1,000 kediaman baharu untuk rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat perang Gaza dengan Israel pada tahun 2014.
Sumbangan negara Teluk itu adalah tanda ketara untuk membina semula Genting Gaza yang menyaksikan kira-kira 100,000 orang masih menjadi pelarian selama 18 bulanselepas pertempuran, dengan pertumbuhan ekonomi disekat rejim Zionis dan Mesir.
Wakil Qatar Mohammed Al-Amadi berkata, selepas perang 2014, negaranya berjanji menyumbangkan ASD1 bilion (RM4 bilion) untuk projek pembangunan di Gaza, di mana ASD50 juta (RM221 juta) dibayar kepada pemilik rumah dimusnahkan bagi membiayai pembinaan semula perlindungan.
"Qatar melakukan semua usaha untuk membantu rakyat Gaza dalam bidang elektrik, pertanian, infrastruktur dan perumahan termasuk membina semula rumah yang musnah sepenuhnya," katanya.
Selain itu, pembiayaan Qatar turut menyediakan 1,060 rumah baharu lain di bandar Khan Younis untuk keluarga berpendapatan rendah. - Reuter
s

Sunday 17 January 2016

Ternyata Abdullah bin Saba’ bukan Tokoh Rekaan

Bismillah
Para ‘ulama terdahulu, baik dari kalangan ahli hadits, ahli sejarah, ataupun yang lainnya telah sepakat akan keberadaan tokoh besar syi’ah sekaligus pendirinya yang bernama Abdullah bin Saba’, tidak ada yang mengingkarinya kecuali sebagian syi’ah rafidhah.
—————
Abdullah bin Saba’ yang juga dikenal dengan sebutan Ibnu Sauda’ adalah seorang Yahudi yang berasal dari negeri Yaman, tepatnya dari daerah Shan’a (Ibu kota Yaman). Ia berpura-pura masuk islam pada masa pemerintahan Utsman bin ‘Affan untuk menghancurkan islam dari dalam.
Berbagai macam fitnah ia timbulkan. Ia terlibat dalam pembunuhan Khalifah Utsman bin ‘Affan, juga terlibat mengobarkan fitnah pada perang Jamal antara Ali dan ‘Aisyah, dan perang Shiffin antara Ali dan Mu’awiyyah radhiallahu ‘anhum. Kemudian pada pemerintahan ‘Ali ia kembali membuat ulah dengan memunculkan satu fitnah besar yaitu mengajak manusia untuk meyakini Khalifah Ali sebagai Tuhan. Dengan sebab ulahnya itulah para Saba’iyyah ketika itu harus rela dibakar oleh seorang yang mereka anggap sebagai Tuhan.[1]
Abdullah bin Saba’ atau yang juga disebut dengan Ibnu Sauda’ bukanlah tokoh fikti sebagaimana sangkaan sebagian orang-orang syi’ah sekarang. Diantara alasan mereka yang tidak mengakui keberadaan Abdullah bin Saba’ adalah, kata mereka, riwayat-riwayat yang menjelaskan tentang hakekat Abdullah bin Saba’ adalah lemah karena melewati jalur seorang perawi bernama Saif bin Umar At-Tamimi, ia telah dilemahkan oleh beberapa pakar hadits Ahlus Sunnah terkemuka.
Alasan mereka yang sangat lemah ini dapat kita jawab dari beberapa sisi:
Pertama: pernyataan mereka bahwa para ulama pakar hadits telah melemahkan Saif bin ‘Umar At-Tamimi adalah benar. Akan tetapi yang perlu diperhatikan bahwa yang mereka lemahkan adalah periwayatan haditsnya (maksudnya jika ia meriwayatkan hadits maka haditsnya lemah) adapun dalam masalah sejarah maka beliau dapat dijadikan sandaran dan rujukan, hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Hajar (beliau termasuk ulama yang mereka jadikan rujukan untuk melemahkan Saif bin Umar At-Tamimi) dalam kitabnya Tahdzibut Tahdzib 1/408 dan Taqribut Tahdzib1/408 :
Saif bin Umar At-Tamimi pengarang kitab Ar-Riddah, ada yang mengatakan dia Adh-Dhabi ada yang mengatakan selainnya, Al-Kufi Dha’if haditsnya, (akan tetapi)Umdah (bisa dijadikan sandaran) dalam bidang tarikh/sejarah.”
Imam Adz-Dzahabi (juga ‘ulama yang mereka jadikan rujukan untuk melemahkan Saif bin Umar At-Tamimi) berkata dalam kitabnya Mizanul I’tidal 2/ 255, “Ia adalah pakar sejarah yang paham.”
Demikian pula Al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfatul Ahwadzi 10/249 menyebutkan seperti ucapan Ibnu Hajar diatas.
Umar Kahalah dalam kitabnya Mu’jamul Muallifin 4/288 mengatakan, “Saif bin Umar At-Tamimi Al Burjumi, Ahli sejarah berasal dari Kufah.”
Maka jelaslah bahwa yang dilemahkan oleh para muhaditsin adalah riwayat haditsnya, adapun dalam permasalahan sejarah maka beliau termasuk ahlinya yang dapat dijadikan sandaran.
Kedua: perlu diketahui bahwa riwayat-riwayat yang menjelaskan keberadaan Abdullah bin Saba’ baik yang terdapat dalam kitab Tarikh Ibnu Asakir, Tarikh Thabari, atau selain keduanya tidak hanya datang dari jalur Saif bin Umar At-Tamimi, akan tetapi juga diriwayatkan dari beberapa jalur yang sebagiannya shahih. Diantaranya adalah:
  • Diriwayatkan dari jalur Abu Khaitsamah ia berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abbad ia berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Ammar ad-Duhani katanya, saya mendengar Abu Thufail berkata …..”
  • Diriwayatkan melalui jalur ‘Amr bin Marzuk ia berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Salamah bin Kuhail dari Zain bin Wahb ia berkata, “Ali radhiallahu ‘anhu berkata, ‘ada apa denganku dan dengan orang jahat yang hitam ini (maksudnya Abdullah bin Saba’) ia telah mencela Abu Bakar dan Umar radhiallahu ‘anhu.”
  • Diriwayatkan pula melalui jalur Muhammad bin ‘Utsman bin Abi Syaibah ia berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Ala ia berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin ‘Ayyas dari Mujalid dari Sya’bi ia berkata, “Pertama kali yang berdusta adalah Abdullah bin Saba’.”
  • Ibnu Ya’la Al-Mushili berkata dalam kitab Musnadnya, “Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib ia berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Hasan Al-Asadi ia berkata, telah menceritakan kepada kami Harun bin Shalih dari Harits bin Abdurrahman dari Abul Jallas katanya, ‘aku mendengar Ali berkata kepada Abdullah bin Saba’, ‘….”
  • Berkata Abu Ishaq al-Fazzari dari Syu’bah dari Salamah bin Kuhail dari Abu Za’ra’ dari Zaid bin Wahb …………. (lihat semuanya di Lisanul Mizan 2/40)
Ketiga: juga terdapat dalam kitab rujukan Syi’ah baik itu kitab tentang firqah, hadits, atau rijal riwayat yang cukup banyak yang sama sekali tidak melewati jalur Saif bin Umar At-Tamimi. Sebagaimana yang akan kita jelaskan insya Allah
Abdullah bin Saba’ di Kitab-kitab Ahlus Sunnah
Tentunya sangat banyak sekali penyebutan Abdullah bin Saba’ dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah yang kesemuanya tidak lain menunjukkan keyakinan mereka akan keberadaannya:
  • Ibnu Taimiyyah berkata, “Sesungguhnya permulaan rafidhah berasal dari seorang Zindiq, yaitu Abdullah bin Saba’.” (Majmu’ Fatawa 28/483)
  • Imam Adz-Dzahabi berkata, “Abdullah (bin Saba’) termasuk zindiq yang ekstrim, ia sesat dan menyesatkan.” (Mizanul I’tidal 2/426)
  • Ibnu Hajar berkata, “Abdullah bin Saba’ termasuk zindiq yang paling ekstrim…. Ia memiliki pengikut yang disebut Sabaiyyah, mereka (kaumSabaiyyah) memiliki keyakinan sifat ketuhanan pada diri Ali bin Abi Thalib. Beliau telah membakar mereka dengan api pada masa kekhilafaannya.” (Lisanul Mizan 3/360)
  • Abul Muzhaffar Al Isfarayini dalam Al Milal wan Nihal ketika menceritakan tentang As-Sabaiyyah berkata, “Dan bahwasanya yang membakar mereka adalah Ali, yaitu kelompok dari rafidhah yang meyakini padanya (pada Ali) ada sifat ketuhanan, merekalah yang disebut kelompok Sabaiyyah pendirinya adalah Abdullah bin Saba’ seorang Yahudi yang menampakkan keislaman…” (lihat Fathul Bari 12/270)
  • Abdullah bin Muslim bin Qutaibah dalam kitabnya Ta’wilu Mukhtalafil Hadits1/21 berkata, “Kami tidak pernah mengetahui ada pada ahli bid’ah dan pengikut hawa nafsu yang meyakini adanya sifat ketuhanan pada manusia selain mereka (yaitu rafidhah ekstrim). Sesungguhnya Abdullah bin Saba’ meyakini adanya sifat ketuhanan pada diri Ali.”
  • Az Zarkali berkata, “Abdullah bin Saba’ pendiri kelompok Sabaiyyah.” (Al-A’lam 4/88)
Demikian pula, para ulama’ Ahlus Sunnah sering sekali menjuluki seorang rawi yang beraqidah Rafidhah ekstrim sebagai Sabaiyyah (pengikut Abdullah bin Saba’), kalau seandainya Abdullah bin Saba’ adalah tokoh fiktif mana mungkin mereka memakai istilah tersebut.
  • Ash-Shafadi berkata, “As-Sabaiyyah dinisbahkan kepada Abdullah bin Saba’.’ (Al-Wafil Wafayat 5/30)
  • Beliau juga berkata, “Pendiri As-Sabaiyyah adalah Abdullah bin Saba’, dialah pendiri kelompok Sabaiyyah, dia pula yang berkata kepada Ali bin Abi Thalibradhiallahu ‘anhu, ‘Kamu adalah Tuhan.” (5/393)
  • Ibnu Hibban berkata, “Dan adalah al-Kalbi seorang Sabaiyyah termasuk yang berkeyakinan Sesungguhnya Ali belum mati, dia akan kembali ke dunia sebelum hari kiamat…” (Al-Majruhin 2/253)
  • Ibnu Makula berkata dalam kitab Rijalnya, “Faraj bin Sa’id bin ‘Alqamah bin Abyadh bin Hamal As Sabay… dan Sabayyah termasuk rafidhah yang paling ekstrim nisbah kepada Abdullah bin Saba’. (lihat Ikmalul Kamal 4/536)
  • As Sam’ani dalam kitabnya Al Ansab 3/209 berkata, “Dan Abdullah bin Wahb as Saba’i, gembong khawarij, menurutku bahwa Abdullah bin Wahb ini dinisbahkan kepada Abdullah bin Saba’, dia dari rafidhah, dan jama’ah dari mereka yang dinisbahkan kepadanya disebut, as Sabaiyyah.”
  • As Suyuthi dalam kitabnya Lubbul Lubab fi Tahriril Ansab 1/42 berkata, “…Dan (dinisbahkan juga) kepada Abdullah bin Saba’ pendiri Sabaiyyah dari rafidhah.”
  • Dan selain mereka banyak sekali.
Abdullah bin Saba’ di Kitab-kitab Syi’ah
  • Al Kisysyi dalam kitabnya Ar-Rijal 1/324 meriwayatkan dari Muhammad bin Qauluwiyah ia berkata, telah menceritakan kepadaku Sa’d bin Abdillah ia berkata, telah menceritakan kepadaku Ya’qub bin Yazid dan Muhammad bin ‘Isa dari Ali bin Mihziyar dari Fudhalah bin Ayyub al-Azdi dari Aban bin Utsman ia berkata, “Aku mendengar Abu Abdillah berkata, ‘La’nat Allah atas Abdullah bin Saba’, sesungguhnya ia meyakini adanya sifat ketuhanan pada diri Amirul Mukminiin (Ali), padahal demi Allah! Amirul Mukminin hanyalah seorang hamba yang taat.”
  • Demikian pula Al Qummi dalam kitabnya Al Khishal meriwayatkan seperti diatas dengan sanad yang berbeda.
  • Dan selain keduanya.
Maka dari uraian diatas kita mengetahui bahwa Abdullah bin Saba’ bukanlah tokoh fiktif/khayalan/rekaan/dongeng. Ini telah menjadi kesepakatan para ‘ulama sejarah, hadits, dan pengarang kitab tentang firqah, thabaqat, Rijal, adab, dan Ansab. Maka kaum syi’ah tidak memiliki celah untuk mengingkari keberadaan Abdullah bin Saba’.
Jadi pembahasan tentang Abdullah bin Saba’ tidak sebatas ada dalam kitab TarikhAth-Thabari saja dan tidak hanya melalui jalur periwayatan Saif bin ‘Umar At-Tamimi, walaupun beliau adalah seorang yang dapat dijadikan sandaran dalam bidang sejarah sebagaimana yang kami jelaskan diatas.
Setelah ini semua, masihkah kita mengingkari keberadaan Abdullah bin Saba’ si Yahudi yang berpura-pura masuk islam?
Inilah yang dapat kami suguhkan pada kesempatan kali ini. Wallahu a’lam bish shawwab.

[1] Lihat biografi Abdullah bin Saba’ selengkapnya di Tarikh Dimasyq 3/29, Tarikh ThabariAl Kamil karya Ibnul Atsir, Al Ma’arif hal.622 karya Ibnu Qutaibah, Mizanul I’tidal 2/426, Al Milal wan Nihal hal.365 karya Asy-Syihristani, Al Wafi bil Wafayat17/189.
https://haulasyiah.wordpress.com/2009/04/16/ternyata-abdullah-bin-saba-bukan-tokoh-rekaan/

Saturday 16 January 2016

Tamatkan penerbangan untuk elak penumpang Israel


PENERBANGAN Kuwait Airways.
WASHINGTON: Kuwait Airways membuat penerbangan terakhir antara New York dan London hari ini, selepas bulan lalu memutuskan untuk menggugurkan laluan itu selepas kira-kira 35 tahun berkhidmat.
Ini berikutan keputusan Jabatan Pengangkutan yang mendapati dasar syarikat penerbangan itu mendiskriminasi rakyat Israel dan memerintahkan amalan itu dihentikan.
Sebaliknya, Disember lalu syarikat penerbangan itu mengumumkan untuk menghentikan terus penerbangan.
Keputusan itu tidak membabitkan tiga penerbangan mingguan tanpa henti antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York dan Bandar Kuwait.
Penerbangan itu tidak terjejas kerana Israel tidak dibenarkan untuk melawat Kuwait dan tidak diberikan visa.
Kes luar biasa itu berpunca daripada aduan warga Israel, Eldad Gatt, yang cuba menempah penerbangan New York ke Lapangan Terbang Heathrow di London pada 2013. Ketika cuba membeli tiket dalam talian, sistem tempahan Kuwait Airways tidak membenarkan transaksi kerana kewarganegaraan Gatti.
Peguam Kuwait Airways berkata petisyen yang difailkan November lalu menjelaskan polisi syarikat penerbangan berkenaan yang berasaskan undang-undang Kuwait.
Ia menghalang syarikat tempatan daripada menjalankan perniagaan dengan warga Israel.
Tegas peguam itu, Syarikat penerbangan tidak mendiskriminasi penumpang yang memegang pasport sah dari negara yang diiktiraf Kuwait dan tidak mendiskriminasi berdasarkan bangsa atau agama. - AGENSI

Zionis bedil Gaza, 1 maut

Zionis bedil Gaza, 1 maut

15 JANUARI 2016

Penduduk mengusung jenazah Mussa Abu Zuaiter yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. GAZA CITY - PALESTIN. Seorang pemuda Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di Gaza pada Rabu.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, tiga yang lain turut cedera dalam kejadian itu.
Kataib Syuhada Brigade al-Aqsa iaitu sayap tentera Fatah mengesahkan bahawa pemuda yang terbunuh dalam serangan udara itu adalah anggotanya.
Sementara itu, jurucakap tentera Israel berkata, serangan udara itu adalah usaha bagi mematahkan percubaan sekumpulan lelaki yang dikesan sedang menanam bom di sepanjang sempadan, lapor Arab News.

Friday 15 January 2016

Israel sekat bekalan gas


Penduduk Gaza  berdepan kekurangan bekalan gas pada musim sejuk

Penduduk Gaza berdepan kekurangan bekalan gas pada musim sejuk ini apabila Israel mengehadkan bekalan tenaga itu ke wilayah ini sehingga 50 peratus. AGENSI
BAITULMAQDIS 14 Jan. – Penduduk Palestin kini berdepan masalah kekurangan bekalan gas selepas Israel mengurangkan bekalan, sekali gus memburukkan krisis di wilayah Palestin pada musim sejuk ini.
Menurut portal berita Al-Jazeera, pihak berkuasa Israel mengehadkan bekalan gas ke Genting Gaza sepanjang musim sejuk ini, menyebabkan berlaku gangguan besar kepada penduduk Palestin di wilayah ini.
Seorang anggota jawatankuasa Pembebasan Palestin di Gaza, Tholfikar Sweirjo berkata, bekalan gas yang dibekalkan ke Gaza telah berkurangan sehingga 50 peratus sejak awal Disember lalu.
“Penduduk kini berdepan kekurangan gas, terutama kebanyakan penduduk turut menggunakan gas untuk kenderaan berikutan harga petrol yang mahal,” ujar Tholfikar.
Beliau juga menuduh pihak berkuasa Israel mengurangkan bekalan gas bagi meningkatkan tekanan di Gaza terutama bagi memberi tekanan kepada pergerakan Hamas.
Kenyataan Tholfikar itu dikeluarkan seminggu selepas Pusat Media Asia Barat Antarabangsa yang memetik Mohamed al-Abdaleh, jurucakap Persatuan Bahan Api dan pemilik stesen gas di Gaza sebagai berkata, ini merupakan minggu keempat pihak berkuasa mengehadkan bekalan gas ke Gaza.
Beliau juga memaklumkan bahawa jumlah gas yang benarkan masuk ke wilayah Palestin itu hanya sebanyak 15 peratus daripada jumlah yang diperlukan.
Sementara itu, Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Meditterranean, Ramu Abdu yang berpangkalan di Gaza berkata, lebih 20 peratus daripada penduduk di wilayah Palestin ini tidak mempunyai bekalan gas termasuk di hospital-hospital dan beberapa buah sekolah.
“Biasanya kami menunggu selama beberapa hari untuk mendapatkan catuan gas tetapi kini terpaksa menunggu lebih lama,” ujarnya, sambil menambah kata, beberapa buah restoran terpaksa ditutup berikutan tiada bekalan gas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-sekat-bekalan-gas-1.179644#sthash.FvCI2Oj7.dpuf

Thursday 14 January 2016

Wartawan dakwa didera ketika dalam tahanan Hamas

UNIA KHAMIS, 14 JANUARI 2016 @ 10:59 AM

BANDARAYA GAZA: Seorang wartawan Palestin yang ditahan Hamas selama seminggu mendakwa dirinya 'diseksa' sepanjang tempoh berkenaan. Ayman al-Alul, 44, wartawan agensi berita Arab Now ditahan anggota perkhidmatan keselamatan di Tebing Barat dikuasai Hamas pada 3 Januari lalu dan dibebaskan pada Isnin. Penahanan Alul mencetuskan rasa tidak puas hati kalangan wartawan dan kumpulan hak asasi manusia menyatakan dia ditahan kerana komen dibuat dalam akaun Facebooknya yang mempunyai lebih 30,000 pengikut. "Gaya kewartawanan saya menjengkelkan mereka, jadi mereka tuduh saya menentang kerajaan Gaza dan pergerakan Hamas dan kewujudan Palestin," katanya. - AFP


WARTAWAN Palestin, Ayman al-Alul bercakap kepada pemberita selepas dibebaskan dari tahanan Hamas selama seminggu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114145