Saturday, 2 January 2016

Dua maut, lima cedera

Tel Aviv: Dua terbunuh manakala lima lagi cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan dalam sebuah pub di Tel Aviv menggunakan senjata api automatik malam ini (waktu Malaysia).
Menurut polis, motif serangan yang berlaku ketika beberapa siri serangan oleh penduduk Palestin terhadap tentera dan penduduk Israel sejak beberapa minggu lalu, belum diketahui dan penyerang terbabit sedang diburu.
Pasukan perubatan menyatakan tujuh mangsa dihantar ke hospital tetapi dua daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 10:40 PM


Anggota paramedik Israel membawa seorang mangsa yang cedera ke ambulans untuk dihantar ke hospital. - Foto REUTERS
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104234#sthash.ekPdMDeX.dpuf

Washington intip Netanyahu


Netanyahu


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) masih meneruskan intipan ke atas sistem komunikasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan aktiviti penggodaman terhadap sekutu-sekutu­nya, lapor akhbar The Wall Street Journal kelmarin.
Ketika dihubungi agensi berita AFP, White House tidak menyangkal laporan tersebut yang memetik ke­nyataan daripada beberapa pegawai AS yang masih bertugas dan telah bersara.
Bagaimanapun, White House menegaskan hubu­ngan rapat dan berterusan dengan Israel adalah sangat penting. Kedutaan Israel pula enggan mengulas tentang laporan tersebut.
Dua tahun lalu, Presiden Barack Obama berjanji akan mengehadkan intipan ke atas sekutu-sekutu AS selepas kontraktor risikan, Edward Snowden mendedahkan berhubung aktiviti intipan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA).
Canselor Jerman, Angela Merkel pernah mendapat malu susulan pendedahan bahawa telefon bimbitnya diintip oleh AS.
Menurut akhbar itu, Obama memutuskan untuk meneruskan pengintipan beberapa pemimpin dunia termasuk Netanyahu dan Presiden Turki, Recep Tay­yip Erdogan atas tujuan kese­lamatan AS.
Pentadbiran AS memutuskan untuk tidak menghentikan atau membuang ‘implan-siber’ yang dipasangnya pada sistem komunikasi asing memandangkan peralatan tersebut sukar diganti. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3w2gcMmoL 
Hakcipta terpelihara