Sumber perubatan Palestin di Hebron berkata, sebanyak 17 jena­zah telah dipulangkan kepada keluarga atau waris masing-masing untuk dikebumikan, manakala enam lagi jenazah diserahkan kepada pasukan perubatan di Tebing Barat.
Pihak tentera Israel dalam ken­yataannya berkata, ambulans digunakan untuk menyerahkan jenazah kepada pasukan Palang Merah di pusat pemeriksaan yang ditetapkan sebelum dibawa ke hospital Palestin untuk sesi pengecaman.
Jelas tentera rejim, sejumlah 76 jenazah rakyat Palestin telah dise­rahkan semula setakat ini dan dua lagi jenazah masih lagi disimpan.
Namun sumber kerajaan Pa­lestin berkata, Israel masih me­nyimpan sebanyak 17 jenazah rakyat Palestin.
Sejak keganasan di Tebing Barat tercetus pada Oktober lalu, seramai 138 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Zionis dengan alasan mempertahankan keselamatan penduduk Israel daripada serangan tikaman.
Kira-kira 20 penduduk Israel termasuk seorang rakyat Amerika turut terbunuh dalam konflik tersebut. – AFP