Thursday 9 May 2013

Lebih kurang sejuta orang meraikan kegembiraan kemenangan Hamas dan ulang tahun ke 25

Lebih kurang sejuta orang meraikan kegembiraan kemenangan Hamas dan ulang tahun ke 25, Apabila masuk waktu zohor, laungan azan berkumandang, dalam keadaan sesak yg nak keluar dari barisan agak sukar,meraka trus solat beramai2 selepas azan..lihat gambar ni berapa ramai yg hadir, Kegembiraan tidak membiarkan mereka lupa dengan kewajipan kita sebagai umat Islam. Takbir! Allahu Akbar..

walaupun sudah 5 bulan meninggalkan bumi Gaza, tapi masih segar dlm ingatan di saat berkongsi air mineral 500ml beramai2 untuk amik wuduk, dan solat di dlm perhimpunan yg penuh dngan manusia..di saat itu saya psang azam berharap sngt agar rakyat Malaysia akan mengamalkan apa yg sedara kita di Gaza buat..*berharap sgt dpt jejak kaki smula ke bumi Gaza..
 

Mufti Besar Baitulmaqdis ditahan



Sheikh Mohammed Hussein
BAITULMAQDIS 8 Mei - Polis Israel menahan Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammed Hussein di rumahnya di sini, hari ini sehari selepas berlaku satu kekacauan antara penduduk Palestin dan Israel di luar Masjid al-Aqsa, semalam.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, Sheikh Mohammed ditahan bagi membantu siasatan tentang kaitannya dengan kejadian itu yang berlaku di pekarangan yang menempatkan Masjid al-Aqsa.
Beliau dibawa daripada rumahnya oleh pasukan penyiasat Israel ke balai polis untuk disoal siasat.
Menurut Rosenfeld, insiden itu bermula selepas polis Israel menahan seorang lelaki Arab yang mahu memasuki kawasan kompleks berkenaan, namun dia enggan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian.
Beliau mendakwa, berlaku pergelutan selepas itu dengan orang Islam mula membaling kerusi ke arah pengunjung Yahudi di situ.
Sementara itu, Pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan mengutuk tindakan Israel yang menahan Sheikh Mohammed.
Abbas pada masa sama menuntut Israel segera membebaskan Mufti Besar Baitulmaqdis itu dan menyifatkan penangkapan Sheikh Mohammed merupakan satu cabaran terhadap kebebasan beragama.
Penahanan Sheikh Mohammed dilakukan ketika penduduk Israel sedang merayakan Hari Baitulmaqdis yang menandakan ‘penyatuan semula’ bandar itu selepas Israel menawan bahagian timur Arab tersebut dari Jordan semasa Perang Enam Hari pada 1967. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_03/Mufti-Besar-Baitulmaqdis-ditahan#ixzz2SlQ2IG2f
© Utusan Melayu (M) Bhd