Wednesday, 16 July 2014

palestin

Keadaan di Eilat selepas diserang roket-roket Al-Qassam semalam.

 Terkini
Keadaan di Eilat selepas diserang roket-roket Al-Qassam semalam.
Gegarkan keamanan Israel!
Sumber : شبكة قدس الإخبارية [IH]
Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief disini: 
http://on.fb.me/1jlP2li

Hamas kepada pemberita

Hamas kepada pemberita; kami sekali lagi ingin menyatakan mana-mana keputusan bentuk gencatan senjata hanya ada pada tangan kami dan keputusan kami bukan sesiapa selain kami(pejuang Palestin) dan kami yang akan menetukannya..

Kami yang akan mengakhirinya bukan sesiapa, gencatan hanya akan berlaku jika ia mengikut syarat-syarat yang kami tetapkan.."

Sumber;
Paldf

Gencatan senjata hanya helah Israel

Penduduk Palestin terpaksa mendapatkan perlindungan di sekolah di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Foto AFP
Penduduk Palestin terpaksa mendapatkan perlindungan di sekolah di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Foto AFP
GENTING GAZA - PALESTIN. Sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam menolak cadangan pelaksanaan gencatan senjata diusulkan Mesir yang kononnya bertujuan untuk meredakan konflik di wilayah Gaza.

Menurut jurucakap al-Qassam, mereka masih belum menerima sebarang maklumat rasmi inisiatif tersebut.

"Persetujuan Israel untuk menjayakan gencatan senjata itu jelas menunjukkan muslihat terbaru mereka yang bertujuan mengaburi mata masyarakat antarabangsa," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi jaminan kononnya beliau akan membincangkan cadangan itu di Knesset.

Sementara itu, pemimpin kanan gerakan Jihad Islam, Khaled al-Batch memaklumkan kumpulan itu menyambut baik usaha Mesir yang mahu menghentikan serangan Zionis ke atas Gaza minggu lalu.

Bagaimanapun, mereka enggan menerima cadangan pelaksanaan gencatan senjata itu tanpa sebarang syarat.

"Mereka sepatutnya membincangkan syarat kandungan perjanjian gencatan senjata tersebut terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

"Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana Israel pernah melanggar perjanjian tersebut pada 2012. Tidak mustahil jika rejim Zionis masih menggunakan helah sama pada kali ini," tegasnya.

Katanya, perkara utama yang perlu dilakukan adalah memenuhi tuntutan penduduk Palestin dengan menamatkan sekatan haram dan membuka laluan sempadan.

Dalam satu kenyataan lain, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh memberitahu cadangan pelaksanaan gencatan senjata itu ada dimaklumkan kepada beliau.

"Segala-galanya dirancang rejim Zionis dan persetujuan melaksanakan gencatan senjata hanyalah satu lagi agenda licik mereka," katanya.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 189 penduduk Palestin terkorban manakala 1,350 cedera akibat serangan di Genting Gaza, laporan dipetik dari Al-Jazeera.

Sokong Israel: Wartawan AS kutuk White House

Abby dalam rancangannya mengutuk White House yang terus-terusan menyokong keganasan Israel terhadap Gaza.
Abby dalam rancangannya mengutuk White House yang terus-terusan menyokong keganasan Israel terhadap Gaza.
SHAH ALAM – Bukan semua menyokong tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memberikan sokongan ke atas keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Seorang wartawan sebuah stesen televisyen RT, Abby Martin mengecam dan mengutuk keras tindakan AS yang menyebelahi Israel yang melancarkan perang ke atas Gaza dan Tebing Barat sehingga mengorbankan ratusan nyawa penduduk yang tidak berdosa termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Abby dalam sebuah program televisyennya berkata, dalam 24 jam terakhir, tentera Israel telah membuat serangan udara ke atas 160 kawasan di Gaza dan menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), secara keseluruhannya, sebanyak 560 kawasan di tanah Gaza telah dibom oleh rejim Israel.

“Kita sedia maklum bahawa Gaza adalah antara kawasan yang paling padat di bumi dengan lebih 1 juta penduduk, sebarang serangan udara hampir pasti akan membunuh orang awam.

“Mengikut Menteri Perumahan dan Kerja Raya, sekurang-kurangnya 50 perumahan telah dimusnahkan buah masa ini manakala 1,700 rumah lagi dilaporkan rosak,” katanya.

Menerusi programnya, Abby memuatnaik kenyataan terdahulu oleh Setiausaha Media White House, Josh Earnest yang dikatakan mengutuk Palestin dan menyatakan sokongan berterusan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas Gaza.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan roket berterusan ke atas Israel, dan dengan sengaja mensasarkan serangan kepada orang awam oleh sebuah organisasi pemberontak dari Gaza.

“Tidak ada negara yang boleh menerima roket yang disasarkan kepada orang awam, kami beri sokongan kepada Israel untuk mempertahankan negara mereka daripasda serangan ganas ini.

“Pada waktu yang sama, kami menghargai panggilan secara terbuka yang dibuat oleh Presiden Netanyahu untuk bertindak secara bertanggungjawab,” kata Earnest melalui kenyataan yang dibuat dalam sebuah sidang media.

Melalui kenyataan tersebut, Abby mempersoalkan integriti Israel yang kononnya telah bertindak secara bertanggungjawab dengan menghantar serangan roket ke arah penduduk di bumi Palestin.

“Jadi kerajaan AS boleh terus mengatakan hak Israel untuk mempertahankan negara, tapi lihatlah peningkatan jumlah korban di Gaza, di mana tiada seorang pun warga Israel yang terkorban dari serangan roket Hamas.

“Adakah merobohkan rumah, membuat tangkapan besar-besaran dan mengebom orang awam dikatakan sebagai ‘bertindak secra bertanggungjawab? Saya harus fikirkan berapa ramai pula orang yang akan mati demi mentakrifkan ‘tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abby Martin melalui sebuah status yang dimuat naik melalui Facebook dan Twitternya hari ini mengatakan dia telah menerima laporan makluman bahawa seseorang yang tidak dikenali dengan alamat IP dari White House, Washington cuba menggodam laman Wikipedianya dan  menggelarkannya sebagai ‘penyebar propaganda Russia’.

Dia percaya penggodaman itu berlaku susulan dari penyebaran slot programnya yang mengutuk kerajaan AS secara terang-terangan melalui stesen televisyennya.

Israel guna senjata bahaya

Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis.
Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis.
OSLO - NORWAY. Seorang doktor di Norway mendakwa rejim Zionis menggunakan bom yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan penduduk Palestin.

Ketua jabatan perubatan sebuah hospital universiti di Oslo, Dr Erik Fossse memaklumkan Dense Inert Metal Explosive (Dime) tersebut adalah bahan letupan yang hanya boleh menyebabkan kemusnahan kecil dalam peperangan. Bagaimanapun, pakar berpendapat serpihan kecil letupan Dime mampu memberi kesan biologi sangat besar terhadap manusia.

“Sebahagian penduduk Gaza mengalami kesan kecederaan akibat daripada penggunaan senjata baharu. Para doktor yang ada pengalaman merawat mangsa di zon perang sendiri tidak pernah melihat kes sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, rejim Zionis turut menggunakan senjata seperti depleted uranium (DU) dan peluru meriam mengandungi fosforus putih, laporan dipetik dari Press TV.

Al-Qassam: Kejutan demi kejutan dari Gaza




Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.
Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.

1-Komando Amfibia...
Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.
2-Komando Darat
Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.
3-Roket baru R160
Dalam pertempuran yang terdahulu, roket M-75 al Qassam berjaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km. Namun kini, R-160 (Rantissy 160) dengan jangkauan 160 km telah pun terbukti dengan menyinggahi Haifa, bahagian yang paling utara di negara haram Israel.
Ini bererti, tiada lagi tempat yang selamat termasuklah Tel Aviv dan Khudaira sehingga menyebabkan seluruh 'rakyat' Israel terpaksa mencari lokasi persembunyain yang selamat disebabkan ketakutan mereka yang luar biasa.
Bukan itu sahaja, al Qassam adalah generasi manusia yang dibekalkan dengan kekuatan keimanan, kehangatan ukhuwah yang luar biasa dan memiliki kecintaan untuk syahid agar dapat bertemu Pencipta yang dirindui selama ini. Apatah lagi di bulan Ramadan al Mubarak ini.
Sedangkan pendukung Zionis adalah sebaliknya.
Pelbagai sumber:
1-https://www.facebook.com/GazaCityOfficial?fref=photo
2-Dr Wesam Ahmad - IUG
3-Hamza Deirawi - Gaza
4-Razlan Rashid - UK
 

Hamas tak mahu ditipu lagi


Gaza: Kumpulan bersenjata Hamas semalam menolak pelan gencatan senjata Mesir untuk menamatkan sengketa dengan Israel tidak lama selepas Kabinet Israel menerimanya.

Sehubungan itu, seorang pegawai kanan Israel berkata, negara Yahudi itu akan melancarkan serangan lebih dahsyat jika Hamas terus menolak pelan gencatan senjata itu.


Israel melancarkan ratusan serangan udara terhadap sasaran di Gaza sepanjang minggu lalu menyebabkan 192 penduduk Palestin terbunuh, sebahagian besarnya orang awam.

Rejim Zionis itu turut menghimpunkan sejumlah besar tentera di sempadan wilayah Palestin berkenaan.

Foto
ANGGOTA tentera Zionis bersiap sedia dengan kereta perisai mereka di sempadan Semenanjung Gaza, semalam.

Foto
KEPULAN asap memenuhi ruang angkasa Semenanjung Gaza selepas sebuah bangunan menjadi sasaran serangan tentera Israel, semalam.

Pelan gencatan senjata Mesir itu yang dikemukakan lewat kelmarin, menggesa supaya dihentikan serangan, diikuti dengan rundingan untuk mengendurkan sekatan ke atas sempadan Gaza.


Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, cadangan Mesir tidak boleh diterima.
Sayap bersenjata kumpulan pejuang Palestin itu, Izzedine al-Qassam dalam satu kenyataan berkata, cadangan Mesir itu hanya membuang masa.

“Mengarahkan negara yang diceroboh untuk menghentikan serangan dan berunding mengenai perjanjian yang tidak pernah dihormati Israel adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Sami Abu Zuhri. Pegawai Hamas tidak yakin Mesir dan Israel akan mengendurkan sekatan sempadan. Janji seumpama itu menjadi sebahagian daripada gencatan senjata yang menamatkan peperangan lebih seminggu pada 2012 tetapi tidak dilaksanakan Israel dan Mesir.

Pengenduran sekatan terhadap sempadan Gaza menjadi kunci utama terhadap survival Hamas.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/16

Hamas tolak gencatan senjata


Pegawai itu, Sami Abu Zuhri membuat pengumuman itu sejurus selepas Israel menerima tawaran Mesir, hari ini.
Zuhri berkata, "Cadangan itu tidak diterima."

Cadangan yang dikemukakan Mesir termasuk bermulanya gencatan senjata pada pagi Selasa (waktu tempatan) diikuti rundingan mengenai pembukaan sempadan.
Foto
PENDUDUK Palestin cuba mencari barangan daripada bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza. FOTO AFP

Mesir dan Israel mengadakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak Hamas mula memerintah pada 2007

Ahli Kabinet Israel telah bermesyuarat sebelum ini dan bersetuju dengan cadangan gencatan senjata.

Namun, seorang pegawai kanan kerajaan Israel memberi amaran akan mengadakan serangan yang lebih teruk ke atas Gaza jika Hamas tidak menerima gencatan senjata ini.

Israel melancarkan serangan paling buruknya, Selasa lalu dengan alasan bertindak balas kepada serangan roket dari kawasan di bawah pemerintahan Hamas itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Hamas tolak gencatan senjata tajaan Mesir



REUTERS
SEORANG budak lelaki Palestin membawa barangan miliknya sambil berjalan melintasi sebuah rumah yang rosak dibedil tentera Israel di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas semalam menolak cadangan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel, tidak lama selepas pelan tersebut mendapat persetujuan rejim Zionis
Penolakan itu mengagalkan usaha antarabangsa untuk menamatkan pertempuran sejak seminggu lalu yang telah meragut nyawa 192 penduduk Palestin.
Israel melancarkan beratus-ratus serangan udara ke atas sejumlah sasaran di Genting Gaza sejak seminggu lalu di samping mengerahkan bala tenteranya ke sempadan tetapi masih menangguhkan serangan darat ke atas wilayah Palestin itu.
Tawaran gencatan senjata Mesir itu yang dikemukakan lewat kelmarin, meminta kedua-dua pihak menghentikan keganasan bermula pagi semalam dan disusuli rundingan untuk melegakan penutupan semua pintu sempadan di Gaza.
Penutupan sempadan itu dikuat kuasa oleh Israel dan Mesir sejak Hamas menguasai Genting Gaza pada 2007.
Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sekumpulan menteri Kabinet Israel menerima tawaran tersebut semalam.
Seorang pegawai kanan memberitahu agensi berita The Associated Press (AP) bahawa Israel akan meningkatkan serangan jika Hamas menolak tawaran Mesir itu.
"Seperti yang anda tahu, Kabinet Israel telah menerima usul gencatan senjata Mesir. Jika Hamas menolaknya, Israel akan meningkatkan operasi ketenteraannya, manakala Hamas akan semakin dipinggirkan termasuk dalam kalangan dunia Arab yang menyokong cadangan tersebut," kata pegawai berkenaan.
Dalam pada itu di Gaza, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, cadangan Mesir itu tidak boleh diterima.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Izzedine al-Qassam menyatakan dalam satu kenyataan di laman web Hamas bahawa, usul Mesir itu hanya membazirkan dakwat yang digunakan untuk menulisnya.
Terdahulu, beberapa pegawai Hamas memberitahu, mereka tidak yakin dengan janji Mesir dan Israel untuk melonggarkan sekatan sempadan.
Janji serupa merupakan antara persetujuan damai yang dipersetujui oleh Israel-Hamas untuk menamatkan pertempuran lebih seminggu pada 2012 tetapi ia gagal bertahan, manakala keganasan tercetus kembali.
"Adalah tidak munasabah untuk meminta orang yang menjadi mangsa keganasan supaya menerima gencatan senjata dan kemudian menerima terma yang langsung dicabuli oleh Israel pada masa lalu," kata seorang pegawai Hamas. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz37aBVL1wM 
Hakcipta terpelihara 

Lebanon lancar roket ke utara Israel


BEIRUT 15 Julai - Satu serangan roket dilancarkan dari Lebanon ke wilayah utara Israel semalam, selepas Israel dihujani beberapa serangan roket dari arah Syria dan Lebanon.
Serangan roket berkenaan menyasarkan kawasan utara bandar Nahiriya dalam wilayah Israel yang terletak berhampiran sempadan Lebanon, namun tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.
Sumber keselamatan Lebanon memaklumkan, tiga serangan roket dilancarkan dari perkampungan Quleili ke arah utara Israel, manakala Israel bertindak balas melancarkan kira-kira 60 peluru meriam ke kawasan di sekitar perkampungan berkenaan.
Serangan berkenaan dipercayai dilakukan oleh kumpulan bersenjata Lebanon di sempadan Israel yang menyokong pejuang Hamas di Gaza. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140716/lu_10/Lebanon-lancar-roket-ke-utara-Israel#ixzz37a7PIvJK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel cabuli gencatan senjata


SEBAHAGIAN kanak-kanak Palestin, berehat di sebuah sekolah kendalian PBB untuk berlindung daripada serangan tentera Israel di kem pelarian Jabaliya, Genting Gaza, semalam. - AFP
GAZA CITY 15 Julai - Hanya beberapa jam selepas mempersetujui gencatan senjata, Israel sekali lagi mencabul perjanjian itu apabila melancarkan dua serangan udara ke Genting Gaza hari ini.
Perkara itu turut disahkan oleh jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner.
"Tentera Israel melancarkan bedilan ke Gaza pada pukul 3 petang ini (waktu tempatan)," katanya.
Terdahulu, pergerakan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged al-Qassam menolak cadangan gencatan senjata yang dicadangkan Mesir selepas sangsi dengan keputusan Israel melaksanakan rancangan tersebut, ketika angka korban akibat konflik itu meningkat kepada 192 orang.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, pihaknya sangsi dengan janji Mesir dan Israel untuk mengurangkan sekatan di sempadan memandangkan perkara itu merupakan sebahagian daripada perjanjian damai bagi menamatkan pertempuran pada 2012, yang tidak pernah dilaksanakan.
"Kami bukan sahaja mahu supaya serangan ini ditamatkan, tetapi juga ketidakadilan yang telah kami lalui sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
"Isu ini bukan hanya tentang gencatan senjata. Perkara paling penting adalah bagaimana kestabilan serta hak rakyat Palestin dapat dikembalikan agar kami dapat hidup dalam keadaan normal," katanya.
Briged al-Qassam dalam laman webnya juga menyatakan, pihaknya akan meneruskan perjuangan mempertahankan penduduk Palestin sehingga objektif mereka tercapai.
Dalam reaksinya kepada perkara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan memperluaskan kempen ketenteraan terhadap Gaza jika Hamas terus menolak gencatan senjata.
"Sekiranya Hamas tidak menerima usul gencatan senjata, Israel dengan bidang kuasa yang ada tidak teragak-agak memperluaskan aktiviti ketenteraan di Gaza bagi mencapai matlamat kami," katanya.
Israel memulakan gencatan senjata sebelah pihak pada pukul 9 pagi ini waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).
Beberapa jam sebelum gencatan senjata dilaksanakan, sebanyak enam rakyat Palestin maut sebelum rejim Yahudi itu menerima cadangan gencatan senjata. - Reuters/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140716/lu_04/Israel-cabuli-gencatan-senjata#ixzz37a6WGZeA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gaza: 193 maut sejak kegagalan gencatan senjata


GAZA 16 Julai - Serangan terbaharu yang dilakukan rejim Zionis di Gaza telah mengorbankan seorang lelaki berusia 77 tahun, kata anggota perubatan, kematian yang pertama sejak perjanjian gencatan senjata anjuran Mesir dicabuli.
Kematian itu berlaku di selatan Khan Yunis, sekali gus meningkatkan jumlah kematian membabitkan rakyat Palestin sejak lapan hari peperangan berlaku kepada 193 orang, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra.
Israel meneruskan serangan selepas Hamas enggan menerima pelan gencatan anjuran Mesir itu dengan terus melancarkan roket menyeberangi sempadan. Hamas menolak gencatan senjata dan sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam mengaku melakukan lapan serangan rokat di bandar pelabuhan selatan Ashdod. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140716/lu_03/Gaza-193-maut-sejak-kegagalan-gencatan-senjata#ixzz37a5xZihL
© Utusan Melayu (M) Bhd