Tuesday 17 November 2015

Dua lelaki Palestin dibunuh tentera Yahudi

Ramallah: Tentera Israel membunuh dua lelaki Palestin ketika pertempuran di Tebing Barat semalam selepas askar Zionis datang memusnahkan rumah keluarga pejuang yang sedang menjalani hukuman penjara.
Sekurang-kurangnya tiga lagi penduduk Palestin di kem pelarian Qalandia berhampiran Ramallah turut cedera dalam pertempuran paling sengit sejak tujuh minggu lalu.
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon berkata, kejadian itu tidak akan menjejaskan pendirian Israel terhadap dasar pemusnahan yang diwujudkan semula dengan izin Mahkamah Agung Israel, tetapi dikritik kumpulan hak asasi manusia yang melihatnya sebagai hukuman kolektif.
Menteri Luar Palestin Riyal al-Maliki ketika diwawacara radio Voice of Palestin menyelar kejadian di Qalandia itu dengan menyifatkan menyerlahkan ‘peningkatan keganasan dan pembunuhan oleh Israel.’
Israel mendakwa tenteranya diserang ketika memusnahkan rumah lelaki Palestin yang didakwa membunuh seorang lelaki Israel di Tebing Barat, Jun lalu.
Bercakap kepada Radio Israel, Yaalon mendakwa: “Memang askar kami mendapat tentangan di Qalandia, tetapi unit tentera yang ditugaskan melaksanakannya dengan profesional.
“Ia turut berjaya memenuhi misinya, meletupkan kediaman disasarkan selain menembak empat lelaki yang bersenjata pistol itu.” - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 7:10 AM


PENDUDUK Palestin melontar batu ketika bertempur dengan tentera Israel di luar penempatan Yahudi Beit El, berhampiran Ramallah semalam. Pertempuran meletus selepas dua lelaki Palestin yang ditembak mati tentera Israel dikebumikan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93588#sthash.iX6GhEYf.dpuf

palestin






Seorang anak palestin cuba menenangkan ibunya sedang kesakitan terkena serangan bom dari zionis meskipun dirinya juga sedang bermandi darah!
Allahuakbar! 😢