Monday, 23 June 2014
Hamas sangkal tuduhan culik
23 Jun 2014
- Askar rejim Zionis melancarkan operasi besar-besaran untuk mengesan tiga remaja Israel yang hilang di Tebing Barat. Gambar kecil: Mahmoud
"Kami sudah berusaha untuk mengesan mangsa," katanya pada laporan Press TV.
Difahamkan, kesemua mereka dilihat kali terakhir di bandar Hebron pada 12 Jun lalu sebelum dilaporkan hilang.
Dalam perkembangan lain, seorang penduduk Palestin maut manakala puluhan lagi cedera selepas rejim Zionis menggunakan tindakan kekerasan ketika operasi besar-besaran untuk mencari tiga remaja tersebut.
Pihak berkuasa Palestin memberitahu, Ahmad Abu Shanu ditembak ketika dalam perjalanan ke masjid di bandar Nablus.
Sementara itu, puluhan cedera termasuk seorang kritikal selepas pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan dan tentera Israel di Ramallah, Abu Dis dan Jenin.
"Rejim Zionis turut melancarkan serangan udara dengan menyasarkan empat kawasan di selatan Gaza, namun tiada kematian dilaporkan," menurut media tempatan.
Sehingga kini, lebih 300 penduduk Palestin termasuk Ahli Parlimen dan anggota Hamas ditahan dalam operasi yang dilancarkan Israel sejak awal minggu lalu.
Warga Palestin ditembak mati
Berita | Warga Palestin ditembak mati
Tebing Barat, 24 Jun - Dua orang warga Palestin ditembak mati malam semalam semasa operasi pencarian tiga orang askar zionis yang hilang. Ahmad Said Suod Khalid, 27 di kem pelarian al-Ein dan Mahmoud Ismail Atallah Tarifi, 30 di Nablus.
Khalid ditembak sebanyak 4 kali semasa perjalanan menuju ke masjid untuk solat, manakala Atallah ditemui di atas atap. [Ph]
sumber: maan, teampalestina
|
Zionis Israel Bunuhi Remaja Palestina Pengunjuk Rasa di Tepi Barat
Sabtu, 21 Sya`ban 1435 News, World
Shoutussalam.com – Tentara Israel membunuhi pemuda Palestina pada Jumat (20/06/2014), sebelum terbitnya fajar di Tepi Barat. Selain itu, beberapa kaum dewasa juga terluka karena serangan para zionis ini.
Rangkaian serangan yang dilancarkan pada penduduk Tepi Barat ini berkaitan dengan hilangnya tiga orang warga negara Zionis Israel yang berusia belasan tahun.
Pada malam Jumat, 25 orang Palestina ditangkap oleh pihak keamanan Israel. Demikian sumber dari zionis menyatakan kabar ini secara resmi.
Kondisi wilayah Palestina makin memanas, bersamaan dengan persatuan nasionalisme yang dibangun kembali oleh Kelompok Fatah yang berkuasa di Tepi Barat, dan Hamas yang memegang kendali di Gaza.
Subscribe to:
Posts (Atom)