Puluhan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka dimusnahkan rejim Zionis. Foto: AFP
Puluhan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka dimusnahkan rejim Zionis. Foto: AFP
MADRID - SEPANYOL. Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Garcia Margallo, menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kewangan kepada penduduk Palestin di Genting Gaza.

"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak dengan lebih pantas untuk membina semula Gaza. Mereka kini hidup dalam keadaan sengsara," katanya ketika mengadakan lawatan di wilayah bergolak itu.

Menurut Press TV, beliau turut berharap bantuan diberikan untuk membina semula lebih 120,000 rumah yang musnah dalam serangan udara tentera Israel selama lebih 50 hari beberapa bulan lalu.

Difahamkan, ketika lawatan tersebut Garcia Margallo turut dibawa melihat sendiri kesan serangan dan mengadakan perbincangan bersama ketua Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Pierre Krahenbuhl.