Saturday, 15 October 2016

Unesco undi selar Zionis


15 OKTOBER 2016

Unesco undi selar Zionis


Unesco undi selar Zionis

Polis sempadan Israel memeriksa seorang lelaki Palestin di Pintu Damsyik, pintu masuk utama ke Kota Lama Baitulmaqdis. - Foto: AFP
PARIS - PERANCIS. Negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) telah memperbaharui resolusi menyelar rejim Zionis kerana menyekat akses bagi umat Islam untuk ke tapak suci Baitulmaqdis.

Tapak tersebut dianggap suci bagi Yahudi yang merujuknya sebagai Temple Mount manakala bagi orang Islam ia adalah perkarangan al-Aqsa atau Haram al-Sharif.

Bagaimanapun, dalam draf resolusi terbaharu Unesco disiarkan di laman web agensi itu Rabu lalu, menunjukkan tapak berkenaan hanya dirujuk dengan nama Islam.

"Tindakan Unesco mengisytiharkan Israel tiada kaitan dengan Temple Mount adalah sama seperti mengatakan China tiada kaitan dengan Tembok Besar China atau Mesir tiada kaitan dengan Piramid," menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sementara itu, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah menyifatkan ia adalah mesej penting kepada Zionis bahawa mereka perlu menamatkan pendudukan dan mengiktiraf negara Palestin serta Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Menurut sumber diplomatik, resolusi berkenaan diundi kelmarin, dengan 24 undi menyokong, enam menolak dan 26 berkecuali termasuk dua negara tidak hadir. - Reuters