Thursday, 27 March 2014

Pemuda Palestin dipukul kejam


27 Mac 2014


BETHLEHEM - PALESTIN. Seorang pemuda Palestin dipukul dengan kejam selepas diculik unit khas tentera Israel, Mustarbeen di pintu masuk kem pelarian Aida, kelmarin.

Menurut saksi, unit tersebut melakukan penyamaran sebelum menyerang Mutassim Alsurefee, 20, dan memukulnya.

"Mangsa ditahan ketika sedang berjalan ke pusat belia di kem pelarian. Penduduk di sekitar kawasan kejiranan menjerit untuk menghalang mangsa daripada dipukul, namun ia tidak diendahkan," katanya.

Penduduk di sekitar kem pelarian kini semakin terhimpit selepas sepasukan tentera Israel ditempatkan untuk mengepung kawasan tersebut dan menghalang penduduk keluar rumah dengan menghalakan senjata ke arah tingkap dan pintu rumah mereka, laporan dipetik dari PNN.

Arab tolak negara Yahudi


Kuwait: Pemimpin negara Arab semalam menyokong penuh keengganan Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi dalam tindakan yang mungkin menggugat usaha damai Amerika Syarikat (AS).

Deklarasi itu diisytiharkan dalam kenyataan hasil perjumpaan dua hari di sini.


“Kami menolak sepenuhnya gesaan untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi,” kata kenyataan itu, semalam.

Palestin mengiktiraf Israel ketika permulaan proses damai pada awal 1990-an, namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkeras mahukan pengiktirafan negara itu sebagai tanah air orang Yahudi.


Ini dilihat menghancurkan sebarang hak pelarian Palestin untuk kembali ke negara asal mereka.


Liga Arab sebelum ini menyatakan pendiriannya menolak tuntutan berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Kaherah, awal bulan ini.

Setiausaha Negara AS John Kerry berdepan pelbagai kesukaran untuk menyambungkan semula rundingan damai selepas 29 April ini - tarikh akhir ditetapkan untuk perbincangan - berikutan pelbagai isu berbangkit.

Presiden Palestin Mahmud Abbas sebelum ini menegaskan pihaknya tidak sekali-kali akan melayani tuntutan Netanyahu.

Pemimpin rejim Zionis itu meletakkan perkara itu sebagai syarat utama bagi proses rundingan kerana mendakwa perkara itu yang paling asas dalam pertelingkahan dengan Palestin.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Tuntutan Israel sebagai negara Yahudi ditolak


2014/03/27 - 05:33:35

Bandaraya Kuwait: Pemimpin Arab menyokong penuh keengganan Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, tuntutan Israel yang dijangka mengancam menjejaskan rundingan damai.

Kami menyuarakan penolakan penuh tuntutan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, kata pengisytiharan itu pada akhir mesyuarat dua hari di Bandaraya Kuwait.


Warga Palestin mengiktiraf negara Israel pada permulaan proses damai awal 1990-an tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendesak mereka mengiktiraf budaya, agama dan melepaskan hak kembali bagi pelarian Palestin.

Liga Arab tolak tuntutan

Liga Arab sudah menolak tuntutan itu dalam satu kenyataannya yang diterbitkan di ibu pejabat Kaherah, awal bulan ini.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berdepan tugas sukar untuk memastikan rundingan damai kekal menepati rancangan sebelum 29 April dengan rundingan menggariskan beberapa isu penting termasuk pengiktirafan.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan bahawa beliau tidak akan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi.
Netanyahu mahukan pengiktirafan sebagai isu utama rundingan dan menyifatkan penolakan Arab terhadap negara Yahudi adalah punca konflik.

Bagi warga Palestin, isu itu berkait dengan nasib pelariannya yang dipaksa keluar dari rumah atau melarikan diri pada 1948 apabila Israel menjadi negara.
AFP