Melarikan diri selepas melontarkan baru - Foto AFP |
Beberapa keping gambar tersebar menunjukkan keberanian seorang kanak-kanak lelaki Palestin melontar batu ke arah pihak berkuasa Israel semasa pertempuran yang berlaku di Tebing Barat Jumaat lalu.
Kanak-kanak yang berpakaian tentera dengan mengikat bendera Palestin dikepalanya melontarkan batu kepada pihak berkuasa Israel sebelum melarikan diri.
Ia berlaku semasa demonstrasi sempena Hari banduan Palestin yang diadakan setiap tahun sebagai tanda solidariti terhadap 6000 warga palestin yang dipenjara oleh Israel.
Pengajur perhimpunan, Abdullah Abu Rahman berkata, rakyat Palestin tidak akan meninggalkan tahanan Palestin keseorangan dalam penjara.
"Kami akan mempertahankan hak kami dan akan cuba sedaya upaya untuk membebaskan mereka kerana majoriti yang ditahan secara haram oleh rejimIsrael.
Tentera menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah semasa perhimpunan tersebut yang menyaksikan 100 rakyat Palestin menyertai himpunan bantahan tersebut.