Monday 19 August 2013

Protes Tebing Barat, puluhan cedera - Global - Sinar Harian

palestin
Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta bantahan.
Protes Tebing Barat, puluhan cedera - Global - Sinar Harian: "RAMALLAH - Puluhan penduduk Palestin dan aktivis antarabangsa dilaporkan cedera, selepas menyertai bantahan penempatan haram di Tebing Barat serta menyokong tahanan Palestin yang di penjara Israel, kelmarin.

Sukarelawan hak asasi kemanusiaan memberitahu, peserta turut mengalami sesak nafas selepas tentera rejim melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Penunjuk perasaan membawa bendera Palestin sambil berarak di sekitar perkampungan dan melaungkan perpaduan negara serta pembebasan tahanan di penjara Yahudi.

Kumpulan itu turut menggesa pihak berkuasa Israel membuka semula jalan utama kampung Kafr Qaddum berhampiran Qalqiliya yang ditutup sejak 2003.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menyatakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan tujuh tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan, badan antarabangsa itu mengatakan sebarang penyelesaian perlu mengambil kira pemogok lapar tidak boleh dipaksa menerima rawatan perubatan atau makanan. -  Ma'an"

'via Blog this'