Tuesday 15 December 2015

Rejim Zionis bedil Gaza

15 DISEMBER 2015

Serangan udara tersebut menyasarkan beberapa kawasan termasuk kedudukan Briged al- Qassam di barat laut Gaza.

GENTING GAZA - PALESTIN. Tentera rejim Zionis melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Genting Gaza dalam insiden pencerobohan baharu ke atas wilayah itu, semalam.
Saksi mendakwa serangan itu turut mengenai beberapa sasaran termasuk pos tentera di utara dan bahagian tengah Semenanjung Gaza.
Sementara itu, media tempatan melaporkan helikopter Apache juga bertindak melancarkan kira-kira dua peluru berpandu menyasarkan kedudukan sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam bahagian barat laut wilayah terbabit.
Dalam satu kenyataan, sumber tentera rejim Zionis memaklumkan operasi ketenteraan itu kononnya sebagai serangan balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan ke selatan Israel.
Menurutnya, pihak berkuasa Israel terpaksa membunyikan siren amaran merah supaya penduduk bersembunyi di dalam kubu, namun tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan dalam kejadian itu.
Sejak perang 50 hari yang meragut lebih 2,200 nyawa penduduk Palestin berakhir tahun lalu, rejim Zionis sering melancarkan siri serangan udara di Genting Gaza kononnya sebagai respons terhadap roket dibedil ke selatan negara itu. - Press T
V