Sumber pertahanan Palestin mengesahkan “kira-kira 30 orang (aktivis Palestin)” ditahan sekitar bandar Nablus, kebanyakan mereka anggota Hamas.
Antara mereka yang ditahan adalah pelajar-pelajar universiti dan seorang wartawan.
Tentera Israel turut merampas komputer dan telefon bimbit daripada mereka.
Tentera Israel mengesahkan penahanan 29 orang penduduk Palestin itu, termasuk beberapa pemimpin Hamas serta bekas tahanan yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan Hamas, dalam satu operasi bersama melibatkan askar, polis, polis sempadan dan anggota perkhidmatan keselamatan dalam negeri Shin Bet.
“Penahanan tersebut dilakukan berikutan meningkatnya kegiatan Hamas di sekitar bandar Nablus yang bertujuan melakukan keganasan terhadap Israel”, kata satu kenyataan.
Tahanan-tahanan Palestin yang membiayai dan membuka cawangan Hamas di luar negara dihantar ke Shin Bet untuk siasatan, tambah kenyataan itu.
Dengan penahanan itu, sebanyak 49 anggota Hamas telah ditahan oleh Israel sejak 1 April, kata sumber tentera Israel.
Sejak kejadian culik dan pembunuhan tiga remaja Israel di selatan Tebing Barat pada Jun lalu, lebih 100 aktivis Hamas telah ditahan oleh tentera Israel. – AGENSI