Tentera Israel melakukan serangan dua kali seminggu di Nablus.
NABLUS - JERUSALEM. Tentera Israel bertindak membakar asrama pelajar Universiti Al Najjar ketika melakukan serangan di kawasan kejiranan Al Junid, bandar Qedumim, di barat Nablus.
Dipetik OP, pelajar Ahmed Ibrahim, 24, memberitahu, tentera Israel menceroboh kawasan asrama dengan tujuh jip antara jam 1.00 dan 3.30 subuh.
“Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan membaling bom tangan di tiga blok asrama. Puluhan pelajar mengalami sesak nafas kerana terkena gas berkenaan. Keadaan bertambah buruk apabila ambulans dihalang masuk ke asrama berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, tentera juga melakukan tembakan rambang selepas puluhan pelajar bertindak membaling objek ke arah mereka.
“Seorang pelajar kami ditangkap. Sehingga kini, kami tidak tahu punca asrama ini diserang hingga menyebabkan harta benda musnah terbakar,” katanya.
Saksi berkata, serangan di Al Junid adalah perkara biasa dengan serangan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
“Nablus terletak di bawah Perjanjian Oslo, di mana Pihak Berkuasa Palestin dan Israel berjanji menjaga keselamatan di kawasan terbabit tetapi askar Israel tidak pernah akur terhadap perjanjian itu. Setiap minggu tentera Israel akan menggeledah rumah-rumah, menahan penduduk dan melepaskan gas pemedih mata kepada penduduk awam.