SAVERNE - PERANCIS. Lima remaja ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes vandalisme melibatkan beratus kubur milik Yahudi, Khamis lepas.

Menurut polis, seorang dari remaja tersebut menyerah diri selepas kejadian berkenaan mendapat liputan meluas dan kecaman.

Bagaimanapun, remaja berkenaan menafikan terdapat sebarang motif anti Semitik ketika melakukan vandalisme ke atas lebih 300 buah kubur mangsa Holocaust berkenaan.

Berdasarkan laporan Yahoo News, lima remaja berkenaan merosakkan batu nisan, membongkar kubur dan merosakkan monumen di kawasan kubur tersebut.

Insiden tersebut dikecam oleh pemimpin-pemimpin di Perancis.