Status tersebut membuka peluang kepada Palestin mengheret Israel ke muka pengadilan. |
Menurut Pengarah Program Amnesty di Afrika Utara dan Timur Tengah, Philip Luther berkata, tindakan rejim Zionis memusnahkan bangunan dan kediaman di wilayah Gaza ketika peperangan selama 50 hari itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
"Segala bukti menunjukkan kemusnahan yang dilakukan Israel telah dilakukan dengan sengaja dan tiada kaitan dengan tindakan ketenteraan.
"Beberapa bukti menunjukkan operasi itu dilancarkan kerana rejim Zionis mahu menghapuskan penduduk Gaza. Siasatan ke atas perkara itu perlu dilakukan secara telus dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan," jelasnya lagi.
Sebelum ini, Amnesty pernah memohon kebenaran untuk melakukan siasatan terhadap jenayah perang yang dilakukan Israel, namun mereka tidak menghiraukan tuntutan itu sehingga kini.
Dalam perkembangan lain, puluhan pelampau Yahudi dilaporkan sengaja mencetuskan provokasi dengan menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Ketua Pengarah Pertubuhan Wakaf dan Hal Ehwal al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib memaklumkan kira-kira 50 penceroboh itu turut diiringi polis Israel, namun tiada insiden pertempuran dilaporkan. - Press TV