Saturday 29 October 2016

Unesco lulus resolusi anti-Israel


28 OKTOBER 2016
Unesco lulus resolusi anti-Israel

Unesco lulus resolusi anti-Israel Gambar fail menunjukkan Masjid al-Aqsa di Palestin.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) telah meluluskan usul menyokong hak rakyat Palestin terhadap perkarangan Masjid al-Aqsa dan menyelar provokasi rejim Zionis di sekitar tapak suci itu.

Kelmarin, 21 negara anggota Jawatankuasa Warisan Dunia menerima resolusi tersebut dalam satu undi rahsia di ibu pejabat agensi di Paris, Perancis.

Dalam undian itu, 10 negara menyokong resolusi, dua menolak, lapan berkecuali dan satu tidak hadir dalam pengundian.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat mengalu-alukan keputusan Unesco dan mendakwa Tel Aviv menyeleweng fakta bagi menghalalkan pendudukan mereka.

"Melalui kempen dirancang, Israel sudah lama guna tuntutan arkeologi dan penyelewengan fakta sebagai cara halalkan pendudukan mereka di Baitulmaqdis Timur," katanya dalam laporan Agensi.