Thursday, 24 July 2014

EMPAT TERBUNUH OLEH REGIM ZIONIS ISRAEL YANG MENSASARKAN HOSPITAL AL-AQSA




Khamis , 24-07-2014 - Kementerian Kesihatan berkata, tentera melepaskan tembakan peluru berpandu ke Hospital Al-Aqsa, di Central Gaza. Serangan kejam itu membunuh empat rakyat Palestin, dan mencederakan 40 yang lain. Ambulans juga terpaksa melalui kawasan yang diserang regim zionis itu ketika cuba untuk memindahkan pesakit ke pusat perubatan Shifa.

Laporan awal menunjukkan rakyat Palestin yang terbunuh adalah seorang pesakit dan tiga saudara-mara pesakit yang dimasukkan ke hospital itu. Serangan yang memusnahkan unit pengeluaran oksigen, wad bersalin, unit penjagaan segera dan wad pembedahan mengakibatkan semua perlatan itu tidak boleh berfungsi lagi akibat pengeboman Israel yang mensasarkan hospital.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : norsyuhada

palestin

Seseorang ditemukan masih hidup dalam reruntuhan Gedung yang dibom

SUBHANALLAH...

Seseorang ditemukan masih hidup dalam reruntuhan Gedung yang dibom oleh rudal-rudal pesawat tempur Zionis Israel..

ALLAHU AKBAR!! Tidak ada yang bisa menghalangi Kekuasaan Allah.. Allahu Akbar!!

Inilah yang dilakukan Zionis Israel di Palestin.

Inilah yang dilakukan Zionis Israel di Palestin.. Ini Bukan Perang, tapi PENJAJAHAN.. Ini Genosida..

Target Utama Zionis Israel adalah anak-anak dan wanita, supaya regenerasi manusia di Gaza dan Palestin terhambat.. 

TAK ADA TEMPAT SEMBUNYI DI GAZA


Jika Anda melihat peta Jalur Gaza maka hanya akan terlihat sebuah garis tipis di sepanjang pesisir laut Tengah. Ketiga sisi Jalur Gaza berbatasan langsung dengan Israel dan sisi keempatnya berbatasan dengan Mesir.

Seberapa sempitkah Jalur Gaza? Duta Besar Palestina untuk Indonesia Fariz Mehdawi, saat ditemui Kompas.com di ruang kerjanya, memberikan gambaran soal Jalur Gaza, beberapa hari lalu.

"Jalur Gaza hanya memiliki panjang 35 kilometer atau sekitar dari tempat ini (kantor Kedubes Palestina di Menteng) hingga ke bandara (Soekarno-Hatta). Lalu lebarnya hanya 10 kilometer, kira-kira dari Menteng ke Blok M," ujar Mehdawi.

Dengan luas yang lebih kurang hanya separuh dari Jakarta dengan penduduk hampir dua juta jiwa membuat Jalur Gaza menjadi salah satu tempat paling padat di dunia.

"Jadi, tak heran jika di mana pun Israel menjatuhkan bomnya, maka pasti ada korban tewas atau luka. Kami tak punya tempat bersembunyi," papar Mehdawi.

Sejatinya Jalur Gaza bukanlah sebuah wilayah atau kawasan. Tempat itu merupakan kamp pengungsi warga Palestina yang terusir dari kota-kota mereka yang kini berada di dalam wilayah Israel. "Mereka dulu berasal dari Haifa, Jaffa, dan kota-kota yang dicaplok Israel setelah perang 1948," kata Mehdawi.

Hidup di pengungsian merupakan kehidupan yang berat. Apalagi sejak 2005, Israel memblokade Jalur Gaza dari darat dan laut membuat kehidupan di Gaza semakin berat. "Akibat kondisi yang berat ini maka timbullah kemarahan warga yang kemudian memicu bentrokan dengan Israel," kata Mehdawi.

Apa yang terjadi di Jalur Gaza saat ini adalah hasil dari beratnya kehidupan yang memicu kekerasan. Situasi seperti ini akan terus berulang jika tak dicapai penyelesaian. "Dengan kondisi kami sekarang, kami tak mungkin mengalahkan militer Israel. Namun, Israel juga tidak mungkin mengusir atau membunuh kami semua," kata Mehdawi.

"Jadi kondisi seperti saat ini adalah sebuah kebuntuan dan tidak terselesaikan kecuali Israel menarik mundur pasukannya dan membiarkan kami mengelola Palestina dan kita bisa hidup bersama sebagai tetangga," tambah Mehdawi.

Hanya ada satu jalan keluar, Israel MUNDUR dari WILAYAH PALESTINA, dan KEMBALIKAN HAK-HAK RAKYAT PALESTINA.. ISRAEL Harus diadili di Mahkamah Internasional karena Kejahatan Perang, Terorisme dan Pelanggaran HAM..

Tulis Allahu Akbar jika SETUJU..
 

Stesen TV Lubnan tunjuk sokongan


24 Julai 2014

BEIRUT - LUBNAN. Sebanyak lapan stesen televisyen utama di Lubnan menyiarkan berita utama berjudul 'Palestine...You're not alone' (Palestin..anda tidak keseorangan) secara serentak sebagai tanda perpaduan dengan mangsa keganasan Israel di Gaza.

Siaran berita berdurasi 30 minit yang disiarkan pada jam 8.10 malam (waktu tempatan) itu memaparkan pelbagai laporan berkaitan kekejaman rejim Zionis.

Ketua Editor akhbar As-Safir, Talal Salman memberitahu mereka turut sama merasai penderitaan penduduk Gaza.

"Sekurang-kurangnya kami dapat menunjukkan sokongan melalui cara seperti ini," katanya, laporan dipetik dari Middle East Monitor.

Pusat perlindungan UNRWA dibedil


  • Kebanyakan penduduk Palestin yang ditempatkan di Jabalia hanya tidur di kawasan lapang dan beralaskan tikar. - Foto AFPKebanyakan penduduk Palestin yang ditempatkan di Jabalia hanya tidur di kawasan lapang dan beralaskan tikar. - Foto AFP

GENTING GAZA - PALESTIN. Israel bertindak kejam membedil sekolah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) yang menjadi pusat penempatan sementara penduduk Palestin.

Jurucakap agensi itu memberitahu bedilan tersebut menyebabkan sebahagian besar struktur sekolah di al-Maghazi terbabit musnah.

Pada masa ini, lebih 100,000 penduduk Palestin ditempatkan di 69 sekolah di bawah agensi tersebut berikutan konflik semakin meningkat di wilayah itu.

Sementara itu, jurucakap Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke memaklumkan kanak-kanak di Gaza kini memerlukan rawatan pakar psikologi akibat kesan trauma daripada kemelut tersebut.

Menurutnya, laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 107,000 budak di wilayah itu memerlukan sokongan psikososial, laporan dipetik dari Press TV.

Pemimpin Barat kutuk rejim Zionis


  • Ward sekali lagi mengutuk Israel menerusi media sosial.Ward sekali lagi mengutuk Israel menerusi media sosial.

LONDON - UNITED KINGDOM. Ahli Parlimen Britain, David Ward, kelmarin dengan lantang mengutuk Israel menerusi akaun Twitter miliknya.

Anggota parti Liberal Demokrat itu menghantar tweet 'Persoalan utama adalah, jika saya tinggal di Gaza adakah saya akan membedil roket ke Israel? mungkin ya'.

Susulan daripada tindakan tersebut, banyak pihak menggesa pemimpin parti terbabit, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg supaya menggantung keanggotaan beliau.
Difahamkan, Ward pernah digantung tugas selepas beliau membuat kenyataan mengecam penindasan Israel terhadap penduduk Palestin pada tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang sebelum ini pernah dilabel sebagai anti-Yahudi dilihat sekali lagi mengkritik Israel menerusi sebuah wawancara televisyen, Ahad lalu.

Perbualan beliau bersama pegawai Jabatan Negara AS, Jonathan Finer berkaitan jumlah kematian tentera Israel di Gaza itu didengar secara tidak sengaja sebelum mereka muncul dalam program talk show, Fox News Sunday.

"Ia jelas sebagai satu amaran kepada tentera rejim Zionis. Saya berharap mereka tidak menganggap ia sebagai 'jemputan' untuk meneruskan lagi operasi tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kecewa selepas angka korban akibat kekejaman Israel semakin meningkat setiap hari, laporan dipetik dari Al-Arabiya.

PLO sokong tuntutan Hamas kepada Israel


  • Duta Palestin ke PBB, Riyad H Mansour menunjukkan bukti kezaliman Israel ketika mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York. - Foto AFPDuta Palestin ke PBB, Riyad H Mansour menunjukkan bukti kezaliman Israel ketika mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York. - Foto AFP

RAMALLAH - PALESTIN. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), semalam menyatakan sokongan mereka terhadap syarat dikenakan gerakan Hamas untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Israel.

Ketua Pengarah PLO, Yasser Abed Rabbo berkata, tuntutan mereka supaya menghentikan pencerobohan dan menarik balik sekatan haram di wilayah ini sebenarnya mewakili suara penduduk serta matlamat utama kepimpinan Palestin.

"Kami yakin Gaza tidak akan berpecah selagi penduduk Palestin terus menyokong perjuangan mereka," katanya.

Kelmarin, Presiden Mahmoud Abbas mendakwa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan nilai moral kemanusiaan susulan insiden serangan besar-besaran ke atas Genting Gaza.

"Kami akan memburu pihak yang bertanggungjawab sehingga mereka dihadapkan ke muka pengadilan," tegasnya.

Menurutnya lagi, usaha Israel untuk melemahkan kerajaan perpaduan Palestin hanya tindakan sia-sia kerana ia tidak langsung menjejaskan kesepakatan mereka, laporan dipetik dari Al-Arabiya.

KERRY TERLEPAS CAKAP TENTANG PEMBUNUHAN KAUM DI GAZA




Khamis , 24-07-2014 - Setiausaha Kerajaan US, John Kerry didapati mengkritik Israel secara tanpa disedarinya pada hari ahad. Menurut Agensi Brita Ma’an, ulasan tersebut didengar apabila dia tidak menyedari yang mikrofonnya sedang dipasang sewaktu temubual televisyen.

Seorang Ahli Politik US didengar ada menyebut tentang tentera Israel yang terbunuh di Gaza kepada pegawai Jabatan Negeri Jonathan Finer sebelum muncul dalam rancangan gosip media mogul Australian-American, Rupert Murdoch yang Pro Israel iaitu “Fox News Sunday”.

“Saya harap mereka tidak menganggap itu sebagai ajakan untuk melakukan dengan lebih banyak.” kata Kerry. “Harapnya ia menjadi amaran buat mereka.”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

3 ORANG DICULIK DARIPADA KEM PELARIAN BETHLEHEM




Khamis , 24-07-2014 - Tiga orang rakyat Palestin diculik pagi ini daripada kem pelarian Aida dekat selatan Bethlehem, lapor sumber keselamatan Palestin.

Ahmad Lufti, 27, Mustafa Abu Srour, 26, dan Khalil Abu Srour ,24, diculik sebagai tahanan Israel selepas askar mereka memecah masuk ke dalam rumah dan mencari mereka. Menurut Rangkaian Berita Palestin, askar Israel juga memecah masuk ke dalam rumah keluarga Alazzah, di Kem Aida dan menahan serta menyoal siasat kesemua ahli keluarga mereka sebelum mencederakan Mohammad Allazah yang juga seorang jurugambar dan abangnya, Abood.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : huda

RAKYAT PALESTIN DIBUNUH BERDEKATAN RAMALLAH




Khamis , 24-07-2014 - Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin telah ditembak dan terbunuh oleh pendatang Israel di pintu masuk bandar ar-Ram, selatan bandar Tebing Barat tengah Ramallah.

Menurut sumber itu, Mahmoud Hatem Shawamra, 21 telah ditembak oleh empat peluru hidup di dada, perut, belakang, dan paha. Saksi berkata, pendatang Israel menembak Shawamra dari jarak yang sangat dekat. Tentera Israel telah menghubungi ambulan tentera Israel, namun Shawamra telah meninggal disebabkan luka berhampiran sekatan jalan Israel di Hezma.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : fauzan

ZIONIS MEMUSNAHKAN 25 INSTITUT KESIHATAN SEMASA PENCEROBOHAN




Khamis , 24-07-2014 - Kementerian Kesihatan berkata bahawa penjajah Zionis telah memusnahkan 25 Institut Kesihatan. Mereka kini mensasarkan Hospital Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza sejak pencerobohan dilancarkan bagi hari ke-13 berturut-turut.

Wakil Kementerian, Yusuf Abo al-Rish di dalam satu kenyataan akhbar petang sabtu berkata bahawa keperluan bulanan sektor kesihatan ialah 5.6 milion dolar. Namun, jumlah ini tidak mencukupi sehingga kini. Ini menyebabkan sektor kesihatan berada dalam keadaan yang susah.

Beliau menegaskan bahawa gangguan kuasa elektrik dalam tempoh yang lama telah menyekat keupayaan penjanaan untuk meneruskan kerja-kerja yang menggunakan sejumlah besar bahan api. Ini kerana 50% daripada loji rawatan air sisa telah rosak akibat ancaman bencana alam.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

ANGKATAN ISRAEL LEPASKAN TEMBAKAN DI HEBRON




Khamis , 24-07-2014 - Berpuluh-puluh orang telah cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan secara rambang semasa penduduk Hebron meraikan penahanan seorang askar Israel di Gaza dan mengadakan bantahan pengepungan wilayah Palestin yang menyaksikan sekurang-kurangnya 100 dibunuh oleh tentera Israel pada Ahad lalu. Hamas telah mengesahkan bahawa 10 pejuangnya telah terbunuh baru-baru ini.

Abdallah al-Qawasemi, pengarah Hospital Hebron berkata 20 pemuda telah dikearkan ke hospital berikutan kejadian itu, menurut Ma’an. Perhimpunan juga berlaku di Halhoul, kem pelarian al-Arroub dan al-Fawwar, Ramallah, dan bandar-bandar lain di seluruh Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis sebagai tindak balas atas kekejaman Zionis.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : hijjaz

WARGA EMAS TERBUNUH DAN 4 CEDERA DALAM LETUPAN UTARA GAZA




Khamis , 24-07-2014 - Seorang warga emas Palestin terbunuh Sabtu lalu (19.7) dan 4 orang cedera dalam pengeboman jet Zionis ke atas tumah penduduk Utara Gaza.

Sumber memberitahu, jet Zionis melepaskan bom ke arah rumah keluarga Abu Saadah di daerah Bani Suhaila, timur Khan Yunis di utara Gaza sehingga warga emas turut terbunuh dan mencederakan 4 yang lain.

Dan sumber hospital Palestin memaklumkan bahawa mangsa yang terbunuh ialah Salim Ali Abu Saadah yang sudah memasuki usia 70-an, dan empat yang cedera sudahpun dibawa ke hospital untuk rawatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraf

EMPAT TERBUNUH OLEH REGIM ZIONIS ISRAEL YANG MENSASARKAN HOSPITAL AL-AQSA


JULY 24, 2014


Khamis , 24-07-2014 - Kementerian Kesihatan berkata, tentera melepaskan tembakan peluru berpandu ke Hospital Al-Aqsa, di Central Gaza. Serangan kejam itu membunuh empat rakyat Palestin, dan mencederakan 40 yang lain. Ambulans juga terpaksa melalui kawasan yang diserang regim zionis itu ketika cuba untuk memindahkan pesakit ke pusat perubatan Shifa.

Laporan awal menunjukkan rakyat Palestin yang terbunuh adalah seorang pesakit dan tiga saudara-mara pesakit yang dimasukkan ke hospital itu. Serangan yang memusnahkan unit pengeluaran oksigen, wad bersalin, unit penjagaan segera dan wad pembedahan mengakibatkan semua perlatan itu tidak boleh berfungsi lagi akibat pengeboman Israel yang mensasarkan hospital.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : norsyuhada

Pertempuran di Timur Khan Younis amat menyukarkan dan mengelirukan kami kerana pejuang Palestin memakai pakaian tentera Israe

Terkini !

Berita Israel melaporkan;
Pertempuran di Timur Khan Younis amat menyukarkan dan mengelirukan kami kerana pejuang Palestin memakai pakaian tentera Israel.

Gaza 9:014 PM
Perang Hari ke-17

Sumber;
GazaNow 

Yahudi: Kaum terpilih yang tiada negara


KU HARIZ FARHAN KU AZMAN | .

KEBANGSATAN dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Palestin semenjak 66 tahun lalu masih berterusan hingga ke hari ini. Terbaharu, umat Islam di Gaza diserang bertubi-tubi oleh rejim bacul ini ketika baru sahaja menyambut kedatangan Ramadhan 1435 H. 

Dilaporkan jumlah kematian setakat hari ke-11 pertempuran, melebih angka 200 jiwa manakala ribuan yang lain mengalami kecederaan. Namun, rejim Zionis sedikitpun tidak merasa bersalah atas jenayah yang mereka lakukan ini malah mendabik dada mengaku bahawa mereka adalah pihak yang ‘mempertahankan diri’ sementara pihak Palestin dituduh sebagai pihak yang ‘menyerang’.

Ini dapat dilihat dalam kebanyakan laporan media barat dan Zionis yang rata-rata meletakkan kondisi sebegitu rupa. Masyarakat dunia dan umat Islam khususnya berasa jelik dengan permainan kotor mereka.

Mengapakah tiada rasa penyesalan dalam diri mereka apabila menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa ini? Adakah kerana mereka ini digolongkan sebagai ‘bangsa yang dipilih tuhan’ menyebabkan mereka berasa lebih mulia dari bangsa lain dan menjadi tiket untuk menindas bangsa lain yang dianggap sebagai ‘goyem’ atau binatang? Kita perlu mengkaji latar belakang sejarah bangsa mereka bagi mencari sebab musabab yang mempengaruhi tabiat dan sifat mereka pada hari ini.

Asal usul kaum Yahudi

Bangsa ini berasal dari keturunan yang bukan sembarangan. Mereka berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. yang turut dikenali sebagai ‘bapa-bapa sekalian nabi’. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang Isteri dan melalui kedua-dua lahir para nabi. Melalui isterinya Sarah a.s. lahirkan Nabi Ishak a.s.

Melalui Nabi Ishak a.s., lahir Nabi Yaakub a.s. dan daripada baginda lahir para nabi yang diturunkan kepada Bani Israel seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan Nabi Isa a.s.

Sementara melalui isterinya siti Hajar pula lahir Nabi Ismail a.s., dan melalui Nabi Ismail lahir seorang sahaja nabi iaitu Nabi Muhammad SAW.

Nabi Yaakub dikurniakan seramai 12 orang anak, iaitu:
1.    Rubin
2.    Simeon (Sham’un)
3.    Levi
4.    Yahuza (Yahuda)
5.    Zebulaon
6.    Isakhar
7.    Dann
8.    Gad
9.    Aser
10.    Naftali
11.    Yusuf
12.    Benjamin (Bunyamin)

Sebagaimana yang dikhabarkan dalam surah Yusuf, ayat 4:

“Ketika Nabi Yusuf a.s. menyatakan kepada ayah baginda, iaitu Nabi Yaakub a.s.: Wahai ayahanda, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas butir bintang, matahari dan bulan. Aku melihat semua ini sujud kepadaku.”

Melalui keturunan Levi, diutuskan Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa. Manakala Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa diutuskan melalui keturunan Yahuda dan hanya seorang nabi diutuskan melalui keturunan Benjamin, iaitu Nabi Yunus a.s. Bangsa Yahudi dipercayai lahir dari keturunan Yahuza, iaitu abang kepada Nabi Yusuf a.s.

Jikalau diselidiki, Bani Israel diberi banyak kelebihan oleh Allah ke atas mereka seperti diutuskan para nabi dan rasul, diberi kelebihan berbanding umat lain di alam ini dan dikurniakan pelbagai nikmat sepeti hidangan al manna dan as salwa. Namun mereka tidak bersyukur di atas kurniaan tersebut malah bertindak dengan melakukan kemungkaran terhadap ajaran Allah. Jikalau kaum ‘Aad dan Thamud dibinasakan terus dari muka bumi akibat keingkaran mereka tehadap ajaran Allah, kaum Bani Israel tidak menerima nasib yang sama seperti mereka malah dilepaskan daripada segala azab dan ujian yang menimpa mereka .Walau bagaimanapun, selepas setiap kali dibebaskan daripada ujian mereka kembali engkar dan kufur terhadap janji yang mereka ikrarkan kepada Allah dan para nabi mereka.

Nabi Musa mengemudi Bani Israel

Ketika Nabi Yusuf a.s. menjadi pembesar di Mesir, jumlah kaum Bani Israel telah berkembang dengan banyaknya dan mereka hidup dalam keadaan aman sehinggalah mereka menjadi lalai dan melupakan ajaran Allah dan kembali menyekutukan-Nya. Lalu Allah menurunkan bala dan menjadikan kaum ini sebagai hamba ketika zaman pemerintahan Firaun.

Setelah itu, Allah mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk memimpin Bani Israel agar kembali mengesakan-Nya dan baginda ditugaskan oleh Allah untuk menyelamatkan kaumnya daripada kezaliman Firaun. Akhirnya baginda berjaya membawa keluar kaumnya dari Mesir dengan menyeberangi Laut Merah. Peristiwa ini telah dikisahkan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut untuk kamu lalui (kerana melarikan diri daripada angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.” (Surah Al Baqarah, ayat 50)

Setelah diselamatkan dari kekejaman Firaun, baginda dan kaumnya menerima perintah daripada Allah untuk memasuki bumi Kanaan (Palestin) di mana mereka diarahkan untuk memerangi sebuah kaum yang kuat di sana.

“Mereka berkata: Hai Musa, kami sesekali tidak akan memasukinya selama-lamanya selagi mereka ada di dalamnya. Kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini sahaja.”(Surah al-Maidah,ayat 21)

Keengganan mereka terhadap perintah tersebut menyebabkan kaum Bani Israel dihukum dengan disesatkan di Padang Pasir Teh selama 40 tahun. Ketika tempoh tersebut, baginda dan saudaranya iaitu Nabi Harun a.s. telah wafat dan Allah telah mengutuskan Yusha’ bin Nun untuk mengelapai kaum Bani Israel.

Akhirnya mereka berjaya memasuki dan menawan bumi Kanaan dan bermulalah penguasaan mereka ke atas tanah Kanaan dengan terbentuknya Kerajaan Bani Israel. Tidak beberapa lama selepas itu Yusha’ bin Nun wafat dan mereka kembali mensyirikkan dan mengingkari ajaran Allah. Natijah daripada perbuatan mereka itu menyebabkan turunnya bala dan kesusahan oleh Allah melalui penjajahan oleh kaum Madyan yang dipimpin oleh Jalut dan para tenteranya.

Bani Israel dipimpin Nabi Daud

Kemudiannya Allah membangkitkan Nabi Daud dan Talut bagi menewaskan Jalut dan tenteranya.Setelah berjaya menewaskan Jalut, baginda memimpin Bani Israel untuk kembali memasuki bumi Kanaan dan menetap di sana. Baginda telah menjadi pemerintah buat Bani Israel berpandukan kitab Zabur. Kisah mereka diberitakan dalam al-Quran melalui surah Baqarah, ayat 249 hingga 251.

Apabila Nabi Daud wafat, putera baginda iaitu Nabi Sulaiman mengambil alih tampuk kepimpinan Bani Israel dan baginda memerintah kaumnya berpandukan kitab Taurat dan juga Zabur. Ketika itu Bani Israel berada di zaman kemuncaknya.

Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Kanaan dapat dibahagikan kepada tiga fasa.Fasa pertama atau fasa awal dikenali sebagai Zaman Kehakiman yang berlanjutan selama 400 tahun dan dipimpin oleh seorang hakim yang bersilih ganti dan bertanggungjawab memutuskan hal-hal kemasyarakatan mereka.

Fasa kedua pula dinamai sebagai Zaman Beraja di mana raja-raja telah bertanggungjawab memimpin Bani Israel. Raja-raja ini terdiri daripada pesuruh Allah dan para nabi yang memimpin kaum mereka berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Antara mereka termasuklah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang menjadi raja Bani Israel yang terkenal. Ketika itu Bani Israel berada di ambang kemuncak kegemilangan mereka.
Nabi Sulaiman memegang tampuk pemerintahan selama 40 tahun. Ketika zaman pemerintahan baginda, sebuah rumah ibadat kepada Allah telah dibina iaitu Haikal Sulaiman.

Fasa terakhir dalam sejarah penguasaan Bani Israel di Kanaan dikenali sebagai Zaman Perpecahan - berlaku setelah kewafatan Nabi Sulaiman yang menyebabkan terjadinya perebutan kuasa antara Yarbi’an bin Nabath dengan Rahbian. Perselisihan tersebut mengakibatkan wilayah Bani Israel terbahagi kepada dua; wilayah selatan yang dinamakan Yahuza dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara dan dipimpin oleh Rahbian .Wilayah kedua ialah wilayah utara yang dipimpin oleh Yarbi’an beserta sepuluh lagi suku Bani Israel dengan Nablus atau Samarria sebagai ibu kota.

Zaman penindasan Bani Israel

Tidak berapa lama kemudian iaitu pada tahun 722 Sebelum Masihi, pemerintahan Bani Israel di Kanaan telah dijajah oleh bangsa Assyria yang dikepalai oleh rajanya yang bernama Sarjun. Ramai penduduk berbangsa Bani Israel ditawan dan dibawa pulang ke Assyria. Sejak itu, nasib sepuluh kaum Bani Israel ini tidak dapat diketahui dan hilang. Wilayah Yahuza pula telah ditawan oleh puak Fira’unah pada tahun 603 SM. Akibat kejatuhan kedua-dua pemerintahan Bani Israel ini, ramai kaum Bani Israel yang telah dibunuh dan ditawan. Sebahagian lagi lari bertaburan menyelamatkan diri ke wilayah-wilayah lain.

Pada tahun 586 SM, kerajaan Babilon yang diketuai oleh Nebuchadnezzar atau Bukhtansar telah bertindak menawan bumi Kanaan. Baginda turut mengusir puak Fira’unah dan telah menghancurkan negara Yahuza. Semua rakyat berketurunan Bani Israel ditawan dan dibawa ke Babilon. Ramai daripada mereka yang dibunuh dan sebahagian lagi dijadikan hamba abdi dan menurut ahli sejarah, antara yang ditawan oleh Raja Bukhtansar termasuklah Nabi Daniel.

Kekuasaan Empayar Babilon tidak bertahan lama. Kota Babilon telah ditakluk oleh seorang raja Parsi yang bernama Cyrus pada tahun 538 SM. Baginda telah bertindak dengan membebaskan kaum Bani Israel daripada perhambaan dan kezaliman kaum Babilon. Mereka kembali ke Kanaan dan memulakan kehidupan di sana. Bahkan Raja Cyrus turut membina semua Haikal Sulaiman yang telah dibina semasa pemerintahan Nabi Sulaiman.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak berkekalan apabila orang Rom melakukan penaklukan terhadap kaum Bani Israel pada tahun 136 SM. Kaum Bani Israel cuba memberontak dan menentang Kerajaan Rom tetapi mereka dikalahkan oleh Raja Rom yang bernama Adryan. Kanaan telah ditawan mengakibatkan Bani Israel terpaksa melarikan diri dan hidup di merata tempat dan keadaan berpecah belah.

Nabi Isa penerus legasi risalah Tauhid

Tidak lama kemudian, Allah telah mengutuskan Nabi Isa sebagai rasul kepada Bani Israel, bertujuan membawa mereka yang hidup dalam kesesatan ke jalan yang benar.

Baginda telah mencela perbuatan kaum Bani Israel terutama para rahib atau pendetanya kerana mereka mensyirikkan Allah dan tergelincir dari landasan ajaran Allah yang sebenar iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Daud melalui kitab Taurat dan Zabur. Setelah dihasut oleh tukang-tukang tenung dan ahli sihir, para rahib Yahudi telah berpakat untuk pergi menemui Maharaja Rom. Mereka telah membuat fitnah terhadap Nabi Isa menyebabkan Maharaja Rom mengelurkan arahan agar Nabi Isa ditangkap dan dibunuh.

Namun, Allah telah mengangkat baginda ke langit dan tentera Rom telah menangkap salah seorang daripada rahib Yahudi yang telah diserupakan mukanya dengan Nabi Isa menyebabkan timbulnya dakwaan bahawa baginda telah mati disalib.

Penjajahan kuasa Rom ke atas bumi Kanaan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 136 SM dan sekali lagi pada tahun 70 Masihi. Ia merupakan babak-babak terakhir dalam sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Kanaan. Setelah itu, Bani Israel diusir keluar dari bumi Kanaan dan diharamkan daripada memasuki bumi tersebut. Sesiapa di antara mereka yang berusaha untuk memasukinya pasti akan berhadapan dengan hukuman bunuh dan bermulalah era kehidupan kaum Bani Israel atau bangsa Yahudi yang tidak memiliki sebuah negara sendiri sehinggala penubuhan negara Israel pada tahun 1948.


Kaum Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW

Apabila baginda diutuskan di Makkah dan berhjrah ke Madinah sekitar tahun 622-623 Masihi, terdapat tiga suku kaum orang Yahudi yang tinggal di situ. Mereka adalah keturunan Yahudi yang lari menyelamatkan diri akibat penaklukan Baitulmuqaddis pada tahun 70 Masihi. Suku kaum tersebut adalah Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.

Bapak borek, anak rintik. Begitu juga dengan ketiga-tiga suku ini. Mereka masih mewarisi sikap buruk nenek moyang mereka sejak zaman Nabi Musa hinggalah ke zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Mereka terdiri daripada kaum yang sombong, bongkak, menganggap mereka kaum yang istimewa, lebih mulia dan cerdik daripada penduduk setempat. Mereka memonopoli keadaan ekonomi di Madinah pada waktu itu. Mereka juga cuba mendominasi keadaan politik dengan melaga-lagakan dua suku Arab yang utama iaitu suku Aus dan suku Khazraj.

Apabila Rasulullah datang ke Madinah, ramai para pembesar suku Aus dan Khazraj memeluk agama Islam. Kedua-dua kaum tersebut kemudian dipersatukan dan dikenali sebagai Ansar. Baginda kemudiannya telah bertindak menggubal Perlembagaan Madinah yakni ketiga-tiga suku kaum Yahudi telah menandatanganinya dan berjanji untuk menerima Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara.

Kehadiran baginda di Madinah dengan membawa ajaran Islam serta kejayaannya menyatukan suku kaum Aus dan Khazraj amat tidak disenangi oleh ketiga-tiga suku Yahudi tersebut.Mereka tidak senang melihat perdamaian yang terjalin antara suku Aus dan Khazraj malah tidak senang dengan peraturan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW terutamanya larangan riba dan menipu dalam perniagaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka mula merancang untuk melemahkan kekuatan umat Islam di Madinah seperti memonopoli ekonomi Madinah, membangkitkan permusuhan sesama orang Islam terutamanya dalam kalangan suku Aus dan Khazraj dan kemuncak kepada perlakuan jahat mereka ialah apabila mereka mengacau seorang wanita Islam yang pergi ke pasar pada suatu hari sehingga menyebabkan aurat wanita tersebut terbuka. Seorang lelaki Islam yang melihat kejadian tersebut segera masuk campur dan cuba mencegah perbuatan kaum Yahudi Bani Qainuqa itu menyebabkan berlakunya pergaduhan. Dalam insiden tersebut, lelaki Islam tersebut terbunuh.

Baginda telah bertindak memimpin tentera Islam menuju ke perkampungan Bani Qainuqa, belum sempat pertempuran meletus, mereka telah keluar menyerah diri dan berjanji akan keluar dari Madinah. Orang Yahudi Bani Qainuqa ini akhirnya berpindah ke sempadan Syria. Hal yang sama berlaku terhadap Yahudi Bani Nadhir yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, akhirnya mereka telah diserang dan diusir dari Madinah.

Penindasan demi penindasan yang dialami oleh Yahudi

Semasa berlakunya Perang Salib iaitu di antara kurun ke-11 hingga kurun ke-13, ramai orang Yahudi yang telah dibunuh. Pada tahun 1215, Majlis Gereja Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Pada tahun 1220, Raja Edward 1 iaitu Raja England ketika itu telah bertindak mengeluarkan perintah menghalau orang Yahudi dari bumi England. Perkara yang sama turut dilakukan oleh raja Perancis iaitu Raja Charles IV.

Pada abad ke-14 telah merebaknya satu wabak penyakit yang dikenali sebagai “Black Death” di Eropah. Akibatnya,beratus-ratus ribu orang penduduk Eropah telah mati. Ketika itu pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang Yahudi menjadi seperti satu kebiasaan. Raja Sepanyol telah bertindak menghalau keluar orang Yahudi dari negara mereka iaitu pada tahun 1492. Ini diikuti oleh Raja Portugal yang turut menghalau mereka pada tahun 1497.

Akibatnya orang Yahudi hidup merempat kerana mereka tidak diterima oleh mana-mana negara ketika itu. Empayar Uthmaniah mula menonjolkan kekuasannya. Orang Yahudi telah diterima untuk tinggal di Turki dan negara-negara Islam yang terletak di bawah kekuasannya. Mereka dilayan dengan baik tetapi dikehendaki membayar jizyah atau cukai perlindungan diri.

Di negara-negara Eropah Timur, orang Yahudi mengalami nasib yang lebih buruk. Sebagai contoh, pada tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta orang Yahudi di Poland. Tidak berapa lama kemudian iaitu sekitar tahun 1648 hingga 1658, sebahagian besar daripada mereka telah dibunuh dan harta benda mereka dirampas sementara kediaman mereka dimusnahkan. Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan atau wilayah di bawah kekuasaan Rusia antara tahun 1772 hingga 1796, orang Yahudi yang masih ramai tinggal di negara tersebut mendapat tekanan yang hebat. Mereka hilang hak-hak berniaga serta menuntut ilmu.

Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu, sesuatu yang menyamai amalan apartheid. Bahkan mereka menerima nasib yang lebih teruk daripada itu apabila Kerajaan Rusia telah bertindak membiayai pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai. Salah satu daripadanya ialah membabitkan peristiwa yang berlaku dalam tahun 1881, iaitu orang Yahudi telah dibunuh beramai-ramai akibat pembunuhan yang berlaku ke atas Czar Alexander II.

Semuanya ini bukan semata-mata kerana kejahatan para pemerintah kerajaan Eropah tersebut, tetapi sebab-sebab serta kejadian yang menimpa orang Yahudi ketika itu adalah berpunca daripada kejahatan serta sikap buruk yang diamalkan oleh mereka. Orang Yahudi pada abad ke-17 dan 18 tersebut tidak dapat melepaskan diri mereka daripada perlakuan buruk nenek moyang mereka sejak zaman Nabi Musa. Mereka masih tetap melakukan perbuatan dan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran yang terdapat dalam kitab Taurat.

Tidak semua Yahudi mendokong negara haram Israel

Terdapat beberapa golongan dan kumpulan dalam komuniti Yahudi sendiri yang tidak sehaluan dalam merestui penubuhan negara Israel. Salah satu kumpulan tersebut adalah Neturei Karta. Ia merupakan sebuah pertubuhan ultra Ortodoks Yahudi yang diketuai oleh beberapa orang pendeta atau rabbi Yahudi yang menentang penubuhan negara Israel. Pertubuhan ini bermula pada abad ke-18 yang dipimpin oleh Rabbi Yisroel Ben Eliezer. Pertubuhan ini menggelarkan diri mereka sebagai Perserikatan Yahudi Penentang Zionis dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1935.

Neturei Karta adalah perkataan dalam bahasa Yunani kuno yang membawa maksud “Penjaga Kota”. Gelaran ini berkait rapat dengan perjuangan mereka yang mendakwa bahawa mereka berpegang teguh dengan ajaran kitab Taurat dan bertanggungjawab menjaga kesucian kota Baitulmuqaddis yang bakal menjadi ibu kota Yahudi yang sebenarnya. Mereka menganggap bahawa negara Israel sekarang bukanlah sebuah negara Yahudi yang dijanjikan oleh Allah dalam kitab Taurat.

Mereka bahkan mendesak negara Israel sekarang dibubarkan dan mengecam pemerintahan negara Israel sekarang kerana penubuhannya adalah bertentangan dengan ajaran Yahudi sebenar iaitu seperti yang tercatat dalam kitab Taurat. Mereka mengecam penubuhan negara Israel yang ditubuhkan di atas darah rakyat Palestin.

Menurut kepercayaan para pengikut Neturei Karta, mereka percaya bahawa pengusiran kaum Yahudi dari bumi Palestin adalah satu ketentuan dan takdir daripada Allah. Mereka percaya bahawa kaum Yahudi terpaksa terus menjalani hukuman yang ditimpakan Allah kepada mereka yang menyebabkan mereka terusir dari bumi Palestin sejak 2,000 tahun yang lalu dan sehingga kini gagal mempunyai sebuah negara sendiri.

Keyakinan mereka bahawa apa yang dialami oleh kaum Yahudi termasuk pengusiran dari bumi Palestin serta kezaliman yang berlaku dan menimpa mereka termasuklah peristiwa holokos atau pembunuhan beramai-ramai di Jerman sebenarnya adalah satu hukuman daripada Allah terhadap bangsa Yahudi. Hal ini kerana mereka sedar sedar dan tahu bahawa bangsa Yahudi telah banyak berbuat onar dan kufur terhadap perintah Tuhan -  termasuklah membunuh para nabi yang diutus kepada mereka.

Sebuah lagi kumpulan atau pertubuhan Yahudi yang menentang penubuhan negara Israel ialah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Agudath Israel. Mereka menganggap bahawa penubuhan negara Israel sekarang bukan bertujuan untuk memenuhi apa yang disebutkan dalam kitab Taurat iaitu: “Bumi istimewa yang dijanjikan oleh mereka.” ia sebaliknya lebih kepada untuk memenuhi matlamat politik pertubuhan Zionis.

Seorang pemimpin kumpulan Agudath Israel ini yang bernama Rabbi Yisroel Reisman dalam satu khutbahnya di Gereja Yahudi Agudath Israel di Brooklyn, New York pada 27 Disember 2012 menegaskan bahawa kesemua pendeta atau paderi Yahudi yang terkenal menentang keras penubuhan sebuah negara Israel. Penentangan tersebut adalah berdasarkan kepercayaan mereka terhadap kitab Taurat yang menyatakan sebuah negara Israel di atas bumi istimewa yang dijanjikan kepada kaum Yahudi akan berlaku dengan sendirinya apabila munculnya Sang Penyelamat atau al-Masih. Antara lain, beliau menyebut apa yang ditulis oleh Nabi Sulaiman yang bermaksud:

“Puteri-puteri Jerusalem, sesungguh Aku (Tuhan) telah membuat satu perjanjian dengan kamu bahawa kamu sekali-kali tidak akan membangkitkan atau mengejutkan kecintaan kamu terhadap Tanah Suci kecuali apabila tiba masanya!”(Lagu. Nyanyian 2:7)

Beliau seterusnya menerangkan bahawa adalah menjadi ajaran kitab Taurat bahawa orang Yahudi tidak boleh memaksakan penubuhan sebuah negara untuk orang Yahudi di bumi suci dengan kekerasan. Sebuah negara untuk orang Yahudi yang sekian lama diimpikan oleh mereka hanya akan terdiri apabila diizinkan atau ditakdirkan oleh Allah dengan terutusnya Sang Penyelamat atau al-Masih.

Kesimpulan

Jelaslah bahawa segala onar dan kebiadaban yang dilakukan oleh Yahudi Zionis di Palestin adalah natijah daripada segala kesengsaraan yang terpaksa ditempuhi oleh kaum tersebut semenjak ribuan tahun lalu. Penyeksaan, pengusiran dan diskriminasi yang diterima oleh mereka semenjak dahulu mempengaruhi pola tabiat dan kelakuan mereka yang suka berdendam dan tidak senang dengan bangsa lain.

Namun yang sadisnya, umat Islam pula yang menjadi mangsa kepada kondisi mereka padahal telah terbukti orang Yahudi dilayan dengan baik sepanjang Islam memerintah dunia ini. Faktor umat Islam yang dilalaikan daripada mengikuti ajaran Allah turut menyebabkan bumi suci Palestin menjadi mangsa robekan oleh kuasa-kuasa Barat yang didalangi oleh Zionis di belakangnya dan negara umat Islam hanya mampu menangis dari kejauhan melihat penderitaan rakyat Palestin. Sementara negara Arab yang berjiran diam tidak berlagu kerana telah diikat dengan segala perjanjian damai dengan Israel atau bersekongkol rapat dengan Amerika Syarikat selaku kuasa besar di rantau tersebut.

Ku Hariz Farhan Ku Azman, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber rujukan:
Sabaruddin Hussein. Yahudi, Syiah dan Dajal Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah. 2014.PTS Islamika.
Shafie Abd. Rahman. Darah Yahudi, muslihat Yahudi menguasai dunia. 2014. Darul Taklim.

Israel bom loji, gaza bergelap

Foto
Seorang kanak-kanak Palestin meraung kesakitan di hospital Kamal Adwan di Beit Lahnia, utara Semenanjung Gaza
Foto
Asap tebal menyelubungi Gaza selepas serangan udara tentera Israel, di wilayah itu.

 Tentera Israel teruskan pengeboman di seluruh Gaza

GENEVA: Israel melakukan jenayah perang dengan membunuh orang awam dan membedil rumah serta hospital sepanjang dua minggu serangan ke atas Gaza, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Kemanusiaan, Navi Pillay.

Dengan menyebut beberapa kes serangan udara Israel dan pengeboman ke atas rumah dan hospital , beliau berkata: “Ia adalah beberapa contoh yang menjelaskan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa dilanggar, dalam keadaan yang boleh membawa kepada jenayah perang.

Forum hak asasi Geneva bersidang dalam sesi khas sehari atas permintaan Palestin, Mesir dan Pakistan. Israel yang mendakwa Majlis berkenaan sebagai berat sebelah memulaukan forum Geneva selama 20 bulan, meneruskan semula kerjasama Oktober lalu.

Sementara itu, kementerian kesihatan Gaza berkata seramai 18 penduduk Palestin terbunuh semalam, kebanyakan mereka penduduk Khan Younis yang menjadi sasaran serangan bertubi-tubi Israel.

Sejumlah 46 sekolah, 56 masjid dan tujuh hospital turut mengalami kerosakan.

Tentera Israel bagaimanapun tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan Associated Press mengenai kenapa serangan lebih menumpukan kepada Khan Younis, sebaliknya hanya mengatakan melakukan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.
Penduduk Palestin mendakwa Israel secara rambang mengerah kelengkapan senjata moden untuk menyerang 1.7 juta penduduk Gaza, menyebabkan jumlah kematian besar membabitkan penduduk awam dan memusnahkan sebahagian besar hartanah.

Setakat ini keganasan Israel membunuh lebih 650 penduduk Palestin di Gaza manakala dan 32 penduduk di Israel termasuk 29 askar dan tiga penduduk awam berjaya dibunuh pejuang Gaza.

Pegawai Gaza berkata setakat ini sepanjang 16 hari konflik sebanyak 475 rumah keseluruhannya musnah akibat bedilan Israel dan 2,644 rosak sebahagiannya. - Reuters

Meraung cari kelibat ibu


Kelopak mata saya terus bergenang air mata tatkala melihat seorang kanak-kanak perempuan meraung kesakitan di atas katil. Kanak-kanak bernama Umairah berusia dua tahun itu meraung menjerit memanggil 'Ummi....Ummi...Ummi'.
Saya dimaklumkan ibunya gagal dikesan dan mungkin menemui ajal akibat serangan Israel. Air mata saya menitis laju. Saya terbayangkan bagaimana masa depan anak kecil ini untuk meneruskan hidup tanpa ibu dan ahli keluarga lain. 
  Dalam kekalutan itu, muncul seorang doktor daripada bilik pembedahan mengatakan dia tidak menang tangan untuk merawat ribuan pesakit yang cedera. Saya tak mampu berkata apa-apa, hanya memanjatkan doa kepada Allah supaya seluruh Gaza dirahmati. 

Senario itu saya alami ketika melakukan misi mengagih bekalan ubatan di Hospital As-Shifa iaitu antara hospital terbesar di Semenanjung Gaza, dua hari lalu.
Foto
PASUKAN perubatan merawat kanak-kanak Palestin yang cedera akibat serangan tentera Yahudi di Gaza. Gambar kecil, budak mangsa keganasan rejim Zionis.

Selain Hospital As-Shifa, saya juga melakukan misi sama di Hospital Kamal Adwan. Di kedua-dua hospital ini, keadaan amat meruntun perasaan dan sebenarnya amat sukar untuk saya gambarkan di sini.

Mayat hanya diletakkan di atas lantai kerana bilik mayat sudah penuh. Begitu juga dengan pesakit yang menerima rawatan, ada yang terpaksa dirawat di atas kerusi saja kerana semua katil di wad dipenuhi pesakit. 

Keadaan begitu kelam-kabut dengan suara mengerang kesakitan dan tangisan waris yang kesedihan akibat kecederaan atau kematian orang tersayang. 

Ambulans dan kenderaan awam yang membawa mangsa serangan pula keluar masuk selang hanya beberapa minit, menyebabkan petugas hospital tidak menang tangan untuk menguruskan pesakit. 

Saya dimaklumkan, semua kakitangan hospital dikerahkan bekerja 24 jam untuk membolehkan lambakan pesakit dan mereka yang maut dapat diuruskan sebaik mungkin. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

GAZA: Jumlah terkini 678 rakyat Palestin terbunuh, 29 askar Israel maut


Sebelum itu, bedilan kereta kebal Israel membunuh lima orang termasuk dua kanak-kanak di Selatan Gaza menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra menjadikan jumlah korban hari ini 47 rakyat Palestin.
Beberapa siri bedilan lain membawa angka kematian konflik 16 hari kepada 678 rakyat Palestin menurut Qudra.
Satu serangan udara turut mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
32 orang di Israel - dua awam, seorang pekerja asing dan 29 askar - terbunuh dalam operasi Israel menghentikan serangan roket Gaza dan memusnahkan terowong Hamas.
Kumpulan hak asasi berkata 80 peratus rakyat Palestin yang terbunuh adalah orang awam, 90 daripadanya wanita dan lebih 160 kanak-kanak. - AFP
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Zionis bedil 132 anak kecil


Jumlah keseluruhan nyawa yang melayang akibat kezaliman Zionis kini pula sudahpun mencapai 650.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, serangan itu turut memusnahkan beberapa rumah di sebuah penempatan di Khan Yunis.

Dalam serangan balas, semua penerbangan ke Israel terpaksa dihentikan selepas sebuah roket dari Gaza terkena landasan lapangan terbang, awal hari ini.
Foto
FOTO Agensi

Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, ketika lawatan ke Tel Aviv, semalam, merayu kepada Israel dan Palestin ‘berhenti berperang’ dan ‘mula berbincang’.

Bagaimanapun, rejim Zionis tetap berdegil meneruskan serangan udara dan daratnya.

Menurut Israel Defence Forces (IDF), 31 tentera Israel mati sejak konflik bermula.

Dalam pada itu, Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini bagi membahaskan usul mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, turut menjadi platform untuk membangkitkan penderitaan penduduk Gaza, Palestin, yang kini diserang rejim Zionis. – Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

Leftenan Kolonel Israel antara terbunuh


Gaza: Media Israel semalam mendedahkan, seorang daripada anggota tentera rejim berkenaan yang mati dalam pertempuran dengan pejuang Hamas di kawasan penempatan Naraam di Gaza beberapa hari lalu berpangkat Leftenan Kolonel.

Laman sesawang berita Al-Quds memetik stesen televisyen Israel sebagai melaporkan, kematian Leftenan Kolonel Dolev Kedar (gambar) memberi tamparan hebat kepada Israel.


Kedar mati selepas sepasukan pejuang Hamas yang memakai pakaian seragam tentera Israel menyusup masuk ke daerah Naraam di sempadan Gaza menerusi terowong dan bertempur dengan sekumpulan tentera Israel.

Kedar ditembak mati bersama-sama empat askar Israel yang lain.


Setakat ini, 29 tentera Israel mati dalam keganasan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza. Dalam pada itu, seorang lagi askarnya, dilapor hilang. Hamas mendakwa mereka menculik askar berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Tentera Israel layak menang Hadiah Nobel Keamanan?


Washington: Walaupun selepas melakukan keganasan sehingga membunuh lebih 530 orang di Gaza, duta besar Israel ke Amerika Syarikat, Ron Derme berkata, tentera rejim Zionis itu wajar diberikan Hadiah Nobel Keamanan.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kesatuan Kristian Untuk Israel di Washington, Derme menyifatkan Iran sebagai ‘Ibu Segala Kejahatan’ dan menuduh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara tidak langsung membantu Hamas dalam pertempuran dengan Israel.


“Ada yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dan cuba menganggap kami penjenayah perang. Namun yang sebenarnya, tentera Israel patut diberi Hadiah Nobel Keamanan kerana berjuang menempuh sekatan yang tidak dapat digambarkan,” katanya, semalam.



Komen yang dibuat Derme itu berikutan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Luar Israel, Avigdor Liberman yang menyatakan tentera Israel adalah yang ‘paling berperikemanusiaan dan berani di dunia.’ - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Ruang udara tak selamat


Dalam tindakan yang memberi kesan terhadap ekonomi Israel, syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah menghentikan penerbangan keluar atau masuk ke Tel Aviv atas sebab keselamatan selepas roket dari Gaza membedil sebuah rumah yang terletak berhampiran lapangan terbang. 
Israel menggesa syarikat terbabit menimbangkan semula keputusan mereka malah mendakwa ruang udaranya selamat. 

Seorang pegawai Israel berkata, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meminta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry memastikan penerbangan AS disambung semula.
Foto
ASAP memenuhi ruang udara bandar Gaza selepas dibedil tentera Zionis, semalam.

Bagaimanapun, sumber berkata, pentadbiran Obama tidak akan membatalkan keputusan FAA itu atas sebab keselamatan, namun larangan itu akan disemak semula selepas tempoh 24 jam.

Sementara itu, Kerry berada di Mesir manakala Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon di Israel, masing-masing dalam usaha mendapatkan persetujuan gencatan senjata. 

Malah sekutu Hamas, Qatar, turut berusaha mencari jalan penyelesaian. 

Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu untuk menghentikan serangan roket Hamas yang dimulakan selepas tentera Yahudi mengambil melancarkan keganasan terhadap penyokongnya di Tebing Barat selain masalah ekonomi akibat kepungan Israel dan Mesir ke atas Gaza. 

Selepas serangan udaranya dilihat gagal mematahkan Hamas, Israel melancarkan pula serangan darat di Gaza Khamis lalu untuk menghapuskan simpanan senjata Hamas dan menghapuskan rangkaian terowong digunakan pejuang terbabit. 

Kira-kira 630 penduduk Palestin - kebanyakannya kanak-kanak dan orang awam - maut dalam pertempuran itu termasuk seorang budak berusia tujuh tahun yang dibedil peluru di selatan Gaza awal semalam. 

Pada masa sama, 29 tentera Israel dilaporkan terbunuh termasuk seorang pegawai yang ditembak penembak hendap. 

Dua orang awam maut akibat terkena tembakan manakala tentera turut mendakwa seorang anggota hilang serta dipercayai mati. 
Hamas mendakwa anggota itu dalam tahanannya namun belum menyiarkan gambarnya. 

Jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Parker Lerner berkata: “Kami sentiasa berdepan tentangan di sekitar kawasan terowong. Mereka sering menyerang kami di dalam dan di sekitar terowong.” 

Menurutnya, kira-kira 30 pejuang Hamas terbunuh dalam tempoh satu malam menjadikan keseluruhan yang mati 210 sejak pertempuran bermula. 

Sayap bersenjata Hamas, Izz el-Deen Al-Qassam berkata, pejuangnya semalam meletupkan bom terhadap pasukan peronda Israel mengakibatkan beberapa askar Yahudi terbunuh. 

Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan tentera Israel. 

Pada masa sama di Tebing Barat, seorang warga Palestin mati ditembak oleh tentera Israel berhampiran Baitullaham. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Lebih 600 orang terbunuh di Gaza



SEORANG anggota bomba melalui runtuhan rumah akibat dibedil tentera Isarel di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Serangan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 semalam mencatatkan kematian kepada 639 penduduk Palestin berbanding 31 orang di pihak rejim Zionis.
Sehingga semalam, belum ada tanda-tanda pergerakan Hamas dan tentera Israel akan menamatkan pertempuran, walaupun terdapat usaha-usaha diplomatik untuk memujuk mereka melaksanakan gencatan senjata.
Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh pada awal semalam ketika berlangsung di selatan bandar Khan Yunis, manakala 20 orang lagi cedera dan kebanyakan mereka parah.
Dua lagi yang terbunuh selepas Israel membedil kawasan utara di Semenanjung Gaza.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merayu supaya kedua-dua pihak berhenti bertempur sebaliknya memulakan rundingan.
Bagaimanapun, Israel menegaskan, pihaknya akan terus melakukan serangan udara dan darat sehingga berjaya memusnahkan terowong-terowong para pejuang Gaza yang merentasi sempadan.
Sebuah roket yang dilancarkan para pejuang Gaza hampir mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat melarang sebarangan penerbangan dari dan ke lapangan terbang itu sekurang-kurangnya bagi tempoh 24 jam.
Dalam pada itu, Kesatuan Eropah pula menasihatkan semua pesawat penerbangan supaya menjauhi Tel Aviv sehingga pemberitahuan selanjutnya dikeluarkan.
Larangan itu ekoran pesawat Penerbangan Malaysia yang MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu di tengah-tengah konflik di timur Ukraine, sekali gus meningkatkan kepekaan terhadap keselamatan penerbangan di kawasan peperangan.
Langkah itu merupakan yang pertama kali dibuat sejak Perang Teluk meletus pada tahun 1990-1990.
Menteri Kehakiman Israel, Tzipi Livni pula berkata, rejim Zionis akan menghentikan serangan ke atas Gaza selepas memusnahkan rangkaian canggih terowong yang digunakan oleh para pejuang untuk merentasi sempadan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz38Ku4qQ3T 
Hakcipta terpelihara 

Angka kematian serangan ke atas Gaza kini 639 orang


BAITULMAQDIS 23 Julai - Angka kematian serangan Israel terhadap Palestin pada hari ke-16 meningkat kepada 639 orang selepas berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, lebih 4,000 orang turut dilaporkan cedera dalam tempoh tersebut.
Dalam pada itu, tentera Israel melaporkan 29 askarnya maut sejak serangan darat dilancarkan enam hari lalu. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_13/Angka-kematian-serangan-ke-atas-Gaza-kini-639-orang#ixzz38KoJ1JzA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serangan Israel satu jenayah - PBB


GENEVA 23 Julai - Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay menyifatkan serangan tentera Israel ke atas Genting Gaza menyerupai jenayah perang.
Laman web al-Jazeera melaporkan Pillay sebagai berkata, terdapat kemungkinan tinggi undang-undang antarabangsa telah dilanggar yang boleh disamakan sebagai jenayah perang.
"Pembunuhan orang awam di Gaza terutama kanak-kanak meningkatkan kebimbangan berhubung tindakan Israel," katanya pada sidang khas berhubung serangan Israel tersebut di Majlis Hak Asasi Manusia, di sini.
Pada masa sama, beliau mengutuk serangan roket yang dilancarkan oleh pergerakan Hamas ke atas Israel. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_08/Serangan-Israel-satu-jenayah---PBB#ixzz38KnNtu1C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

John Kerry usahakan gencatan


TEL AVIV 23 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dijangka tiba di Tel Aviv, hari ini bagi mencari jalan menghentikan perang di Gaza.
Kerry melawat Israel untuk mencari kaedah terbaik bagi menamatkan perang dan menlaksanakan gencatan senjata antara Hamas dan rejim Zionis Israel.
"Kerry tiba di Israel pagi tadi untuk bertemu dengan beberapa pegawai bagi membincangkan usaha gencatan senjata berterusan.
"Beliau juga akan melawat Baitulmaqdis dan Tebing Barat serta mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_07/John-Kerry-usahakan-gencatan#ixzz38Kn6VS2W
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota Parlimen Britain kutuk Israel dikecam hebat


LONDON 23 Julai - Seorang anggota Parlimen Britain daripada Parti Liberal Demokrat, hari ini dikritik hebat oleh anggota parti itu berikutan komennya di laman sosial Twitter yang menyatakan beliau berharap dapat melancarkan roket ke Israel jika beliau tinggal di wilayah Palestin.
"Persoalannya ialah jika saya tinggal di Gaza apakah saya akan melancarkan roket? Mungkin ya," kata David Ward di laman sosial Twitternya yang dipetik daripada laman portal berita Al-Arabiya.
Ekoran itu, Ward telah digantung keahlian daripada parti terbaharu dalam kerajaan gabungan Britain berikutan kritikannya terhadap Israel, lapor AFP.
Sebahagian anggota parti dan pengguna di laman sosial itu menggesa pemimpin parti itu, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg menggantung keahlian Ward selain menggambarkan komen itu sebagai satu hasutan ke arah keganasan.
Parti Liberal Demokrat tidak mengulas komen tersebut dan menyatakan Clegg sebelum ini telah lama memanggil untuk mengadakan satu resolusi berhubung konflik tersebut.
"Kami benar-benar mengutuk komen David Ward, mereka yang mengkritik itu bukan wakil rakyat daripada Parti Liberal Demokrat.
"Parti itu mengambil serius perkara itu dan akan menganggap perkara ini sebagai satu isu disiplin," kata parti itu dalam satu kenyataan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_06/Anggota-Parlimen-Britain-kutuk-Israel-dikecam-hebat#ixzz38KmgJSBA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Obama hantar 2,000 askar AS bantu Israel gempur Hamas?


NEW YORK 23 Julai - Dokumen tersebar di internet mendedahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Pentagon bersiap sedia untuk mengerahkan kira-kira 2,000 askar ke Genting Gaza, bagi membantu tentera Israel menggempur pergerakan Hamas dan Palestin.
Portal berita National Report melaporkan dokumen Pentagon yang disiarkan oleh laman web WikiLeaks kelmarin, mengarahkan pasukan tentera darat dan tentera laut bersiap sedia, selain arahan satu laporan pengurangan kekuatan tentera untuk melancarkan operasi gempur besar-besaran di Gaza.
Laporan pengurangan kekuatan itu merupakan jangkaan kematian askar AS jika operasi darat dilancarkan.
Maklum balas Pentagon adalah mereka akan menyediakan beberapa kompeni Renjer Tentera AS dan akan menghantar helikopter Apache Longbow, dua helikopter AH-6 Littlebird dan beberapa kenderaan sokongan termasuk helikopter Blackhawk, kenderaan pengangkutan berperisai dan Humvee.
Pasukan tentera darat akan disokong dengan serangan udara dari kapal pengangkut pesawat George H.W. Bush yang kini berada dalam perjalanan ke Laut Merah.
Dalam laporan pengurangan kekuatan itu, Pentagon memberikan gambaran buruk dengan jangkaan sebanyak 18 peratus askar akan terbunuh dalam kerahan tersebut.
Laporan itu juga berkata, pasukan tambahan akan diperlukan jika White House berharap untuk melancarkan tindakan berkesan di rantau itu ekoran jumlah 2,000 askar dan kenderaan berkenaan tidak cukup untuk melancarkan operasi menggempur.
Seorang pegawai tentera AS, Jeneral (bersara) Paul Horner yang mempunyai latar belakang dalam risikan tentera berkata, tentera dengan jelas tidak mahu melaksanakan misi Gaza itu dengan jumlah askar yang diminta oleh Obama.
"Ini kerana jika anda mahu jumlah kematian askar dikurangkan, anda perlu menghantar lebih ramai askar," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_05/Obama-hantar-2000-askar-AS-bantu-Israel-gempur-Hamas#ixzz38KmN5byv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hamas sasar lapangan terbang Tel Aviv


Dua orang kanak-kanak perempuan Palestin berjalan di kawasan runtuhan akibat dibedil tentera Israel di Gaza City, semalam. - AFP
GAZA CITY 23 Julai - Serangan roket Hamas dilancarkan dari Gaza mengenai kawasan berdekatan landasan lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan penerbangan antarabangsa ke Israel terpaksa dibatalkan, ketika serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menyaksikan enam orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, hari ini.
Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Khan Younis, selatan Gaza awal pagi ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_04/Hamas-sasar-lapangan-terbang-Tel-Aviv#ixzz38KmEhZAO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PLO setuju tuntutan Hamas


GAZA/BAITULMAQDIS 23 Julai - Badan pembuat keputusan Palestin yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas, hari ini mengesahkan tuntutan pergerakan Hamas untuk menghentikan pertempuran di Gaza dengan Israel, langkah yang dapat menjayakan gencatan senjata anjuran Mesir.
Dengan galakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, Mesir cuba mendapatkan kedua-dua pihak untuk menghentikan serangan dan kemudiannya membincangkan terma untuk melanjutkan tempoh keamanan di Gaza setelah lebih 624 penduduk Palestin terkorban dalam serangan selama 15 Israel ke atas wilayah Palestin itu.
Hamas, pergerakan Palestin yang menguasai Genting Gaza dan beberapa kumpulan bersenjata lain di wilayah Palestin situ sebelum ini menolak gencatan senjata yang ditawarkan Kaherah dengan mahukan jaminan yang dapat mengurangkan sekatan Israel-Mesir dan beberapa konsesi lain.
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) hari ini secara rasmi menyokong terma yang dituntut oleh Hamas.
"Tuntutan Gaza supaya dihentikan pencerobohan dan penarikan semula semua bentuk sekatan, adalah merupakan permintaan semua penduduk Palestin dan mereka mewakili matlamat kepimpinan Palestin yang mendedikasikan kesemua kuasa mereka bagi mencapainya," kata pemimpin kanan PLO, Yasser Abed Rabbo di Ramallah.
Yasser berkata, mereka yakin Gaza tidak akan dipecahkan selama mana penduduk Palestin berdiri teguh bersama dan menyokong sebarang kemungkinan sehingga penceroboh faham bahawa rakyat Palestin di dalam dan di luar tidak akan meninggalkan Gaza.
Sebagai isyarat kepada kenyataan Mahmoud, pemimpin pergerakan Fatah, pada masa sama semalam mencadangkan satu gencatan senjata, diikuti lima hari rundingan tentang terma-terma perjanjian berkenaan.
Bagaimanapun, masih tiada maklum balas segera daripada Hamas atau Israel tentang kenyataan PLO itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_03/PLO-setuju-tuntutan-Hamas#ixzz38Km6P1kY
© Utusan Melayu (M) Bhd