Wednesday, 21 August 2013

MESIR DAN SYRIA SEBAGAI HARGA MEMBUKA PALESTIN



Sejarah pembukaan Baitul Maqdis sudah pasti akan berulang kembali. Panglima tentera di zaman Umar al Khattab r.u yang dipimpin oleh Abu Ubaidah al Jarrah telah terlebih dahulu menguasai negara Syria (sebelah utara) dan Mesir (sebelah selatan) yang dipimpin oleh Amru al-Aas sebelum mereka berjaya membebaskan Baitul Maqdis dan Palestin secara keseluruhannya.

Sejarah yang sama turut berlaku di zaman Sultan Solahuddin al Ayyubi apabila beliau telah menguasai Mesir serta wilayah sekitarnya serta Syria (di bawah pimpinan Sultan Nuruddin Zinki) sebelum mereka berjaya membuka Baitu Maqdis dan Palestin.

Tidakkah anda memerhatikan bahawa sejarah ini juga akan berulang lagi di masa depan. Regim zalim Bashar al Assad sekarang sebenarnya adalah kroni kepada regim Zionis sejak sekian lamanya.

Apa yang berlaku di Mesir juga adalah harga yang begitu mahal yang perlu dibayar sebelum ketulinan perjuangan diperolehi oleh gerombolan generasi pembuka Baitul Maqdis dan Palestin yang diberkati.

Ya Insya allah, Baitul Maqdis akan dibuka semula melalui laluan Damsyik....

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Hamas rayu bantuan roboh sekatan Israel

Hamas rayu bantuan roboh sekatan Israel - Global - Sinar Harian:

  • rejim ZionisSekatan dilakukan rejim Zionis semakin teruk bertujuan memberi tekanan kepada rundingan Israel-Palestin.

GAZA - Pergerakan Hamas merayu kepada seluruh rakyat bebas di dunia untuk menggunakan segala usaha yang mungkin dapat merobohkan kepungan di Semenanjung Gaza terutama sekali selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan terowong.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menganjurkan konvoi laut terbesar ke Gaza bagi memecahkan kepungan yang dilakukan tentera Israel.

Sejak 2006, Semenanjung Gaza dikepung rejim Zionis tetapi keadaan semakin tegang apabila tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong Rafah sekali gus menyekat kemasukan barangan keperluan rakyat Palestin ke wilayah pantai pada 30 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, pergerakan Hamas mendakwa kepungan di wilayah Palestin merupakan kubur kemanusiaan terbesar di dunia.

"Rejim Israel bertindak sedemikian bagi menjatuhkan ekonomi Palestin dan keadaan lebih teruk apabila penduduk berada dalam tekanan sekali gus membolehkan mereka mendapat persetujuan rundingan memihak kepada Yahudi," katanya.  - PIC

Seorang hero (kanak-kanak) Palestin dan sebarisan tentera Israel. Sekeping gambar menceritakan segala-galanya.

Seorang hero (kanak-kanak) Palestin dan sebarisan tentera Israel. Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. 

Allah telah memberitakan kisah ketakutan mereka melalui kalamNya dalam Surah A-li 'Imran, ayat ke 151: "Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim."