Saturday 19 July 2014

10 lagi penduduk Gaza terkorban dibedil rejim zionis


HARAKAHDAILY | .
Serangan tentera rejim zionis Israel yang memasuki hari ke-12 membunuh 10 lagi penduduk Gaza melalui bedilan dari udara awal pagi ini.

AFP yang memetik jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra melaporkan tujuh orang terkorban di luar sebuah masjid di Khan Yunis, di selatan Gaza.

Dengan korban terbaru itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh tentera zionis meningkat kepada 306 orang sejak serangan yang bermula 8 Julai lalu.

Sementara itu dilaporkan, hanya seorang tentera dan orang awam negara haram itu terbunuh.

Gaza akan jadi kubur tentera rejim Israel - Hamas


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Hamas mengingatkan rejim zionis Israel bahawa Gaza akan menjadi perkuburan kepada tentera negara haram itu.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan demikian semalam, sehari setelah rejim Israel melancarkan serangan darat ke Gaza.

“Kami memperingatkan Israel terhadap perang darat,” katanya kepada bilik berita Lebanon Al-Mayadeen TV.

Ini, jelasnya seperti operasi yang akan memungkinkan Hamas untuk membebaskan tahanan mereka yang masih berada di penjara Israel.

"Kami akan menangkap tentera Israel dan lakukan pertukaran tawanan berikutnya atau Gaza akan menjadi kuburan bagi tentara penjajah, dan ini bukan slogan. Waktu akan mengungkapkan untuk si pengecut Netanyahu. Dia akan membayar harga yang mahal," tegasnya dipetik daripada portal eramuslim.

Ditanya mengapa Hamas tidak mahu menghentikan serangan roket sehingga mendorong kabinet Israel untuk memilih operasi darat, Abu Zuhri menegaskan "itu semacam keputusan yang akan kami lakukan selama masih dalam penjajahan. Dengan pengorbanan darah ini [yang disebabkan oleh pertempuran dengan Israel], kami akan membawa kehidupan yang normal di  Jalur Gaza”.

Haifa

Protestors in Haifa being arrested now.

KELAHIRAN BANGSA BARU



Gambar di atas adalah Peta Palestin sebagai sebuah bangsa yang baru yang dimuat di koran New York Tribune pada 17 Juni 1917.

Palestine selama 700 tahun di bawah kekuasaan Khalifah Usman atau dikenal sebagai Ottoman Emperor atau Ottoman Caliphat. Wilayah pemerintahan Khalifah Usman membentang dari Arab Peninsula (Semenanjung Arab) hingga ke negeri-negeri di sebelah barat (Maghribi).

Setelah Perang Dunia pertama berakhir, Palestine berada di bawah mandat Inggeris. Berdasarkan perjanjian Franco-British, wilayah Syam yang meliputi Syiria, Lebanon, Jordania dan Palestine dibagi-bagi. Lebanon dikuasai oleh Perancis sedangkan selebihnya dikuasai oleh Inggeris.

Sebelum kekuasaan inggeris di Palestine, beberapa delegasi yahudi dari eropa datang ke Adrianopel atau Istambul, ibukota Khalifah Usman menawarkan sejumlah hadiah kepada khalifah agar diberikan wilayah Palestine kepada mereka. Khalifah menolak hadiah tersebut. Sebaliknya mengatakan kepada delegasi yahudi eropa, bahwa wilayah Palestine adalah titipan atau amanah yang diberikan Allah Tabaraka wa Ta'ala. Tidak sejengkalpun tanah Palestine akan diberikannya. Yahudi itu kembali ke eropa dengan kekecewaan.

Ketika british menguasai wilayah Palestine, yahudi eropa kembali menghasud inggeris dengan maksud yang sama. Ketika itu, yang memegang mandat sebagai gubernur inggeris adalah Lord Balfour. Dengan kelicikan dantipu-daya, yahudi eropa berhasil mendapatkan wilayah di Palestine. Gelombang demi gelombang imigran berdatangan ke Palestine. Awal kedatangan mereka ke Palestine, yahudi membeli tanah-tanag orang Palestine. Yahudi adalah rentenir, yang bahasa keren sekarang disebut dengan Bankir, atau pemilik bank. Jadi tidaklah mengherankan dengan harta yang banyak, mereka mulai membeli tanah di Palestine. Sudah tentu juga dibantu oleh panjajah inggeris.

Deklarasi Balfour yang dikeluarkan Pasca Perang Dunia II adalah cikal bakal berdirinya negara israel. Yahudi semakin banyak yang berimigrasi ke Palestine. Ada tiga penyebab seakin banyak imigran yahudi mengalir ke Palestine. Pertama, karena propaganda dari Zionist. Kedua, karena yahudi sudah sangat menderita barada di bawah tekanan negara-negara eropa, terutama oleh negara Jerman. Ketiga, adalah rasa takut yang memuncak. Meskipun perang sudah usai dan hak-hak yahudi di eropa sudah dipulihkan, namun rasa takut akan mendapat perlakuan yang menyakitkan di masa datang, menyebabkan yahudi eropa berbondong-bondong menuju ke Palestine. Maka terbentuklah koloni-koloni yahudi di Palestine.

Koloni-koloni yahudi ini kebanyakan adalah para mantan tentara dari sekutu. Mereka memiliki senjata. Pada saat itu, dimulailah perampasan tanah-tanah orang Palestine. Mereka yang tidak mau menjual tanahnya akan dipaksa menuju ke timur, wilayah Syiria ayau Jordania. Banyak yang dibunuh jika tidak mau meninggalkan tanahnya. Akibatnya, terjadi eksodus besar-besaran penduduk Palestine ke wilayah Syiria, Jordania dan Lebanon. Sampai saat ini, para pengungsi di wilayah ini tidak memiliki hak sebagai warga negara. Ada sekitar 5 juta pengungsi yang sampai saat ini tidak memiliki kewarganegaraan.

Memang dilematis bagi negara-negara tersebut. Menjadikan para pengungsi Palestine sebagai warga negara, berarti mematikan perjuangan para pengungsi sebagai sebuah bangsa yang memiliki tanah air. Jika para pengungsi ini warga negara Syiria, Jordania atau Lebanon, maka mereka akan melupakan tanah airnya. Hal ini juga berarti menghentikan perjuangan Bangsa Arab akan tanah Palestine. Dan hal ini tentu saja menguntungkan israhell, karena status pengungsi yang selama ini mereka pegang yang sudah tidak ada. Para pengungsi sudah mendapatkan kewarganegaraan, menjadi penduduk tetap di negara tersebut. Klaim terhadap tanah mereka yang dirampas israhell bisa gugur. Oleh sebab itu para pengungsi hanya ditampung, entah sampai kapan.

Zionist degan propagandanya terus membujuk para yahudi yang dulunya mengalami diaspora (merantau ke berbagai belahan dunia) untuk kembali ke Palestine sebagai "Promised Land" atau Tanah Yang Dijanjikan. Akibat banyaknya imigran yang terus membanjiri Palestine sedangkan tanah yang dikuasai semakin berkurang, maka jalan satu-satunya adalah merekayasa konflik untuk bisa memerangi dan mengusir penduduk Palestine. Perang demi perang terjadi, pembantaian dan pengusiran terus berlangsung hingga saat ini.

Gaza adalah Satu Garis yang tersia di tepi laut Mediteran. Sedangkan sepotong tanah lainnya terpisah jauh diperbatasan Sungai Jordan yang dikenal sebagai Tepi Barat atau West Bank. Di tengahnya adalah tanah yang dikuasai israell. Otomatis penduduk Gaza terpisah dengan saudara-saudara mereka di Tepi Barat. Gaza, berupa strip atau yang tersisa masih juga ingin dicaplok israhell. Dengan dalih kematian tiga penduduk israhell, perang dimulai.
Apakah pembunuhan tiga penduduk israhell bujan rekayasa ??
Hanya Allah Tabaraka wa Ta'ala yag mengetahuinya.

Sydney

Angka kematian cecah 267 orang


  • Bayi berusia lima bulan, Fares al-Mahmum antara mangsa korban terbaharu rejim Zionis.Bayi berusia lima bulan, Fares al-Mahmum antara mangsa korban terbaharu rejim Zionis.

GENTING GAZA - PALESTIN. Jumlah korban mencecah 267 orang, semalam selepas rejim Zionis melancarkan operasi besar-besaran ke atas wilayah Gaza.

Menurut AFP, jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, angka kematian terbaharu dilaporkan seramai 27 orang termasuk seorang bayi berumur lima bulan.

Difahamkan, lebih 80 peratus mangsa yang terbunuh adalah orang awam manakala kira-kira 1,920 penduduk Palestin cedera akibat serangan ganas sejak 8 Julai lalu.

Sejak 11 hari lalu, hampir 2,000 roket dibedil ke Genting Gaza kononnya sebagai serangan balas ke atas Hamas.

Israel serang hospital


  • Israel serang hospital

GENTING GAZA - PALESTIN. Tentera Israel terus meningkatkan serangan ke kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi seperti hospital, masjid dan penempatan.

Kelmarin, rejim Zionis bertindak membedil sebuah hospital di kejiranan Shuja’iyya di timur Gaza.

Pengarah Hospital Al-Wafa, Basam Ashi berkata, serangan itu menyebabkan kemusnahan teruk dan telah mencetuskan panik dalam kalangan pesakit dan kakitangan hospital.

“Sebelum kejadian itu, tentera Israel ada mengarahkan pengurusan hospital berpindah, namun kami enggan berbuat demikian dan terus merawat mangsa yang cedera akibat kekejaman rejim Zionis,” katanya dipetik Middle East Monitor.

Menurutnya, sebanyak lapan aktivis dari Amerika Syarikat, Venezuela, Perancis, Britain, Sweden dan Sepanyol berada di hospital itu sejak minggu lalu untuk memberikan bantuan kepada pesakit warga emas.

Nombor plat kereta jadi petunjuk


  • Ahmad (kanan) menunjukkan barang kes yang dirampas daripada penjenayah bertopeng yang
melakukan rompakan di Jalan Santong.Ahmad (kanan) menunjukkan barang kes yang dirampas daripada penjenayah bertopeng yang melakukan rompakan di Jalan Santong.

PAKA – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila menerima 'kunjungan' tiga penjenayah bertopeng sebelum berjaya melarikan barangan berharga miliknya dalam satu kejadian pecah rumah dekat sini, minggu lalu.

Namun, tindakan bijak jiran mangsa yang mencatat nombor plat kenderaan dinaiki suspek selepas mengesyaki kehadiran kenderaan mencurigakan itu, sebelum memaklumkan kepada polis berjaya membawa kepada penahanan tiga remaja yang terlibat melakukan jenayah terancang tersebut.

Sebaik menerima laporan kes pecah rumah di Jalan Santong kira-kira jam 10 malam itu, polis yang bertindak berdasarkan nombor plat Perodua Myvi dinaiki suspek ketika melakukan jenayah tersebut terus melancarkan operasi khas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, hasil siasatan polis mendapati kereta yang digunakan suspek adalah kereta sewa.

Menurutnya, kesemua suspek berjaya ditahan di Kemaman ketika ingin menghantar kereta berkenaan.

“Hasil siasatan, suspek yang menutup muka serta mengacukan parang kepada pengadu ketika melakukan jenayah itu dikatakan sudah menjual barang kemas yang dirompak kepada seorang peniaga emas di Kuantan, selain barangan elektrik hasil rompakan kepada seorang lagi rakan subahatnya,” katanya.

Menurut Ahmad, susulan penahanan dua rakan kepada kumpulan penjenayah terbabit, polis berjaya merampas emas yang sudah dilebur selain televisyen, telefon bimbit serta komputer riba milik mangsa.

“Dua rakan suspek yang membeli barang curi itu kini ditahan dan didakwa di mahkamah. Manakala, tiga suspek yang terbabit dalam jenayah samun berkumpulan itu juga didakwa mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Israel ambil kesempatan

Tentera Israel membedil mortar dari sempadan Israel ke Genting Gaza, semalam. Foto: AFP
Tentera Israel membedil mortar dari sempadan Israel ke Genting Gaza, semalam. Foto: AFP
KETIKA tumpuan dunia beralih terhadap insiden pesawat MAS, MH17 ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengambil kesempatan melancarkan serangan darat ke atas Genting Gaza.

Operasi Perlindungan Sempadan yang masuk hari ke-11 itu dilancarkan beberapa jam selepas gencatan senjata selama lima jam berakhir.

Saksi memaklumkan kebanyakan kawasan terutamanya di utara wilayah Gaza dibedil secara besar-besaran dari udara, laut dan darat sejurus operasi ketenteraan itu diperluaskan.

Tentera rejim Zionis terus memperhebat serangan mereka, namun tindakan tersebut seakan dipandang sepi masyarakat dunia kerana konflik antara Ukraine dan Rusia telah 'mencuri' perhatian global pada masa ini.

Mahu musnahkan rangkaian terowong rahsia

Dalam satu kenyataan, Netanyahu dengan angkuh memberitahu mereka melancarkan serangan darat tersebut selepas menerima arahan supaya memusnahkan rangkaian terowong rahsia yang menghubungkan Genting Gaza dengan Israel.

"Tindakan ini telah diluluskan Kabinet Keselamatan Israel dan ia juga adalah sebagai respons terhadap serangan roket Hamas," katanya.

Difahamkan, Israel turut mengerahkan 18,000 lagi askar simpanan untuk menyertai operasi terbabit, sekali gus menjadikan jumlah tentera mereka kini mencecah 65,000 orang.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel berkata, serangan darat tersebut dilancarkan kononnya selepas konflik terbabit gagal dihentikan.

"Selain itu, matlamat utama kami adalah untuk memusnahkan infrastruktur dan markas milik Hamas di kawasan utara, timur dan selatan Genting Gaza," katanya.

Kebodohan Israel terserlah

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dengan lantang menyifatkan operasi terbaharu Israel itu jelas menyerlahkan kebodohan Israel.

"Penduduk Palestin tidak gentar dengan serangan bertalu-talu itu. Sebarang tindakan bodoh Netanyahu hanya akan memberi akibat yang lebih buruk," tegasnya.

Sementara itu, bekas penasihat undang-undang berhubung rundingan damai Israel-Palestin, Diana Buttu berpendapat sudah tiba masanya Pihak Berkuasa Palestin (PA) memfailkan dakwaan ke atas Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

"Insiden keganasan seperti ini bukan pertama kali berlaku. Rejim Zionis sepatutnya didakwa atas kesalahan melakukan jenayah perang," katanya.

Menurutnya lagi, Israel tidak boleh dibiarkan bertindak mengikut sesuka hati mereka dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Sehingga kini, tiada pihak tampil untuk menghukum Israel berikutan kecaman yang dilemparkan banyak pihak ke atas mereka hanya bersifat retorik.

palestin

as Hurricane Israel storms through Gaza, and as hundreds of Palestinians are maimed and murdered by its killing machine, tens of thousands of more Palestinians are fleeing their home for a safer corner of the largest prison camp on earth--look at the face of that Palestinian child--don't look away--every single human being on planet earth (beginning with me) is accountable to that face-- (picture: A Palestinian family fleeing their home in search of shelter in a UN school in Khan Younis--source: http://www.theguardian.com/artanddesign/gallery/2014/jul/19/photography-world-cup-beckham-flight-mh17?CMP=fb_gu#/?picture=442502864&index=6)--

Israel lancar serangan darat

Foto
Kereta kebal tentera Israel melepaskan bedilan ke Semenanjung Gaza, selepas rejim Zionis melancarkan serangan darat di wilayah itu semalam. - Foto REUTER
Foto
Asap berkepul selepas peluru berpandu Israel meletup di Bandaraya Gaza semalam. - Foto AP
 Tindakan ketenteraan terbesar sejak lima tahun gagal hentikan Hamas

Bandaraya Gaza: Kereta kebal tentera Israel yang disokong pesawat tempur, melancarkan serangan darat ke Gaza dan masuk jauh ke wilayah itu sambil melepaskan bedilan meriam dan bertempur dengan pejuang Palestin semalam.

Buat kali pertama semalam, Israel mengesahkan seorang anggota tenteranya maut di tangan pejuang Hamas.
Serangan yang dilancarkan semalam menyusul kempen serangan sejak 10 hari lalu apabila tentera Zionis melancarkan lebih 2,000 serangan udara ke Gaza, tetapi terus gagal menghentikan serangan roket Hamas yang terus membedil wilayah Israel.

Serangan kali ini adalah yang paling besar dalam tempoh lima tahun apabila rancangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir gagal.

Korban serangan Israel meningkat 261

Korban serangan Israel meningkat 261Bandaraya Gaza: Jumlah korban serangan tentera Israel di Gaza mencecah 261 semalam ketika Israel mempergiat serangan darat masuk hari ke-11 operasi menangkis serangan roket militan, kata pihak perubatan.  Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, pasukan perubatan menemui satu mayat korban serangan di selatan bandar Gaza menjadikan jumlah korban pada pagi semalam kepada 20 orang.

Sebelum itu, dua lelaki daripada keluarga Shami terbunuh di bandar selatan Khan Yunis. Malah empat lagi anggota keluarga yang sama turut terbunuh dalam serangan lain di bandar itu, katanya. Tiga lagi dibunuh oleh serangan kereta perisai.

Dua orang meninggal dunia di bandar utara Beit Hanun, selepas dua lagi terbunuh akibat serangan kereta perisai tidak lama selepas tengah malam.

Seorang lagi terbunuh di Shejaiya, di timur bandar Gaza, kata Qudra.

Lima lagi terbunuh dalam serangan berasingan Israel di selatan bandar Rafah, termasuk bayi berusia lima bulan.

Menurut angka yang diberikan oleh Pusat Palestin untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Gaza, lebih daripada 80 peratus daripada mangsa adalah orang awam.
Sekurang-kurangnya 1,920 warga Palestin cedera.

Sejak operasi Israel bermula pada 8 Julai, perangkaan yang dikeluarkan tentera menunjukkan sekurang-kurangnya 1,164 roket yang dilancarkan dari Gaza berjaya mendarat di Israel, manakala 320 lagi ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Iron Dome. - AFP

Rancang luas keganasan


Pegawai kesihatan Palestin berkata, 27 penduduk terbunuh, termasuk seorang bayi, dua kanak-kanak dan seorang wanita berusia 70 tahun sejak rejim Zionis mengerahkan pasukan daratnya menyerang wilayah yang padat penduduk itu. 
Tentera Israel mendakwa membunuh 17 lelaki bersenjata sementara 13 lagi menyerah diri selepas serangan tentera darat dan kereta kebal bermula di wilayah yang dikuasai Hamas itu. 

Seorang askar Israel juga terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam operasi yang menyasarkan 150 kawasan dikuasai Hamas.
Foto
PASUKAN perubatan mengejarkan dua rakyat Palestin yang cedera ke unit kecemasan Hospital Shifa awal semalam.
Foto
WANITA Palestin, Netream Netzleam menatap jenazah anaknya, Razel, 1, yang terbunuh semalam akibat kecederaan yang dialami berikutan serangan udara Israel di Rafah kelmarin.
Foto
RAKYAT Palestin dan wartawan media antarabangsa berkumpul di luar sebuah hotel berikutan serangan udara rejim Zionis, kelmarin.

Serangan darat itu menyusuli pengeboman 10 hari terhadap Gaza dari udara dan laut, tembakan ratusan roket oleh Hamas ke Israel dan kegagalan gencatan senjata yang diusahakan Mesir.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam satu taklimat kepada wartawan sebelum mesyuarat Kabinet berkata, tentera rejim mungkin meluaskan serangan mereka. 

“Arahan saya kepada tentera Israel ialah bersiap sedia melancarkan serangan lebih besar,” katanya. 

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai rancangan berkenaan. 

Israel juga mengerahkan 18,000 lagi anggota simpanannya untuk membantu operasi berkenaan, sebagai tambahan kepada 30,000 anggota simpanan yang sudah pun digerakkan. 

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata: “Netanyahu membunuh anak kami dan dia akan membayarnya dengan harga yang tinggi. 

“Serangan darat tidak menggentarkan kami. Mereka akan dimusnahkan.” 

Hamas sebelum ini menolak gencatan senjata Mesir kerana tidak percaya Israel akan menunaikan janji untuk menarik balik kepungan yang dikenakan ke atas Gaza. 

Kumpulan pejuang Palestin itu juga berkata, anggotanya melancarkan serangan ke atas kereta kebal Israel dengan mortar. 

“Malam yang bingit. Pejuang Hamas bertempur dengan kereta kebal yang mara dari arah utara,” kata Amer Yamen, 37, penduduk di Beit Hanoun yang bersempadan dengan Israel. 

Setakat ini, kira-kira 260 penduduk Palestin, hampir semuanya orang awam terbunuh sejak Israel melancarkan keganasan pada 8 Julai lalu, yang turut menyaksikan rejim itu memusnahkan ratusan rumah dan bangunan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

palestin

Warsaw Ghetto 1943 (the site of Jewish uprising against Nazi barbarism)--Gaza 2014 (the site of Palestinian resistance against Zionist militarism)--

Israel sasar terowong pejuang Gaza



SEJUMLAH kereta kebal Israel meronda di sempadan Israel dan Genting Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA - Israel kini melancarkan serangan darat selepas gagal melakukan serangan bom dari udara dan laut sejak 10 hari yang lalu untuk menghentikan serangan roket militan.
Israel memberi isyarat serangan mungkin terhad dengan menyasarkan terowong yang digali oleh para pejuang Hamas dan bukan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Hamas.
Dalam serangan semalam, sebanyak 20 penduduk Palestin dan seorang askar Israel terbunuh.
Tentera Israel memberitahu, anggota mereka mengalami kematian pertama sejak operasi serangan darat itu bermula, manakala seorang anggota tentera lagi terbunuh di selatan Semenanjung Gaza.
Kedudukan sebenar mengenai jumlah kematian itu tidak dapat dipastikan, Hamas bagaimanapun mendakwa telah melakukan serangan hendap ke atas unit tentera Israel di utara bandar Beit Lahiya. Media Israel pula menafikan dengan menyifatkan ia cuma pertempuran kecil.
Pegawai-pegawai kesihatan Gaza berkata, sebanyak 19 rakyat Palestin terkorban sejak serangan darat dilakukan bermula lewat kelmarin, manakala kumpulan pejuang berkata, 14 pejuang terbunuh dalam beberapa kejadian tembak-menembak berasingan.
Satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau telah mengeluarkan arahan untuk memusnahkan terowong yang digunakan oleh militan untuk menyusup masuk ke Israel dan melakukan serangan.
"Kami memberi amaran kepada Netanyahu kesan yang teruk akan diterima ekoran tindakan bodoh itu," kata seorang jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri pula.
Israel yang melakukan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza selama tiga minggu pada tahun 2008 dan awal tahun 2009 menyebabkan kematian 1,400 orang penduduk Palestin dan 13 penduduk Israel.
Israel menyambung serangan pada Selasa lalu selepas Mesir yang merupakan negara jiran Gaza mencadangkan gencatan senjata, namun Hamas dan kumpulan pejuang Gaza menolak cadangan itu dengan alasan ia tidak menepati tuntutan mereka.
"Serangan darat diluluskan oleh Kabinet selepas Israel bersetuju dengan Mesir mengenai cadangan gencatan senjata di mana Hamas menolaknya dan meneruskan serangan roket ke atas bandar Israel," kata Netanyahu.
Beberapa jam selepas pengumuman itu, dua penduduk Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza berkata, mereka dapat melihat beberapa kereta kebal Israel di wilayah Palestin.
Pegawai kesihatan Gaza berkata, sebanyak 248 warga Palestin yang kebanyakan daripada mereka merupakan orang awam terbunuh sejak Israel memulakan serangan udara dan laut pada 8 Julai lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz37rczbOus 
Hakcipta terpelihara 

Gencatan senjata di Gaza


ANGGOTA perubatan menunjukkan mayat tiga kanak-kanak dari keluarga Shuheiber yang terbunuh dalam serangan udara di daerah Sabra, Gaza City dan Yassin al-Humidi berusia empat tahun yang terbunuh dalam serangan awal di bilik mayat hospital al-Shifa. - AFP
GAZA CITY 17 Julai - Pergerakan Hamas dan tentera Israel mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata selama lima jam bagi memberi laluan kepada misi kemanusiaan di Gaza, hanya beberapa jam selepas kapal tentera laut Israel melepaskan bedilan meriam dari pantai Gaza yang meragut nyawa empat kanak-kanak Palestin yang sedang bermain bola di pantai, semalam.
Gencatan senjata yang bermula pada pukul 10 pagi (3 petang waktu Malaysia hari ini) sehingga 3 petang (8 malam waktu Malaysia) diusulkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menyalurkan bantuan perubatan, makanan dan memberi rawatan kepada penduduk Palestin di Gaza yang terkepung akibat serangan Israel.
Sepanjang tempoh berkenaan, Israel bersetuju tidak melancarkan pengeboman ke atas Gaza dan Hamas juga tidak akan melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.
Bagaimanapun, kereta kebal tentera Israel menembak mati tiga penduduk Palestin hanya beberapa minit sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan, sekali gus menjadikan angka korban akibat serangan kejam rejim Zionis Israel meningkat kepada 230 orang dan 1,690 orang lagi cedera.
Hanya seorang rakyat Israel yang terbunuh akibat serangan roket Hamas.
Dalam pada itu, kerajaan Zionis Israel juga mengaku serangan tentera Israel yang membunuh empat kanak-kanak di pantai dekat Gaza, semalam sebagai 'kejadian yang buruk' dan akan menjalankan siasatan terhadap insiden itu.
Dalam pada itu, Hamas menuntut perubahan dalam usul kerajaan Mesir untuk menamatkan konflik di Gaza yang masuk hari ke-10, hari ini ketika timbalan ketua pergerakan itu mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan Mesir di Kaherah.
Pegawai kanan pergerakan Fatah, Azzam al-Ahmad berkata, Hamas menolak usul yang dibentangkan oleh Mesir dan meminta syarat tambahan termasuk isu sempadan yang melintasi Israel dan menuntut hak menangkap ikan sejauh 19 kilometer dari pantai.
"Hamas juga meminta sekatan ke atas Gaza ditarik balik, selain membuka semua laluan sempadan dan membebaskan penduduk Palestin yang ditahan Israel selepas pembebasan askar Israel, Gilad Shalit pada 2012," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140718/lu_05/Gencatan-senjata-di-Gaza#ixzz37ra2bQmv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima termasuk bayi maut serangan kereta kebal di Gaza


GAZA CITY 18 Julai - Lima orang termasuk seorang bayi berumur lima bulan maut apabila kereta kebal Israel melancarkan serangan di Genting Gaza awal pagi ini.
Jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra mengumumkan kematian itu ketika rejim Zionis melancarkan serangan darat selepas hari ke-10 serangan udara ke atas penduduk Palestin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140718/lu_13/Lima-termasuk-bayi-maut-serangan-kereta-kebal-di-Gaza#ixzz37rZkaPGe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hamas yakin serangan darat Israel akan gagal


Pasukan perubatan merawat seorang kanak-kanak perempuan Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel di Hospital Shifa di Gaza City, semalam. - AGENSI
DOHA 18 Julai - Pemimpin pergerakan Hamas, Khaled Meshaal hari ini berkata, operasi serangan darat yang dilancarkan rejim Zionis Israel di wilayah Palestin di Genting Gaza ditakdirkan akan gagal.
“Kiranya Israel gagal dalam operasinya melalui laut dan udara, maka ia juga tidak akan berjaya dalam operasi (serangan) di darat. Ia berpotensi untuk gagal," kata Meshall yang berada dalam buangan di Doha.
Seorang jurucakap Hamas di Gaza berkata, Israel `akan membayar harga yang mahal’ kerana melancarkan serangan darat itu dan pejuang Palestin kini sedang bersiap sedia untuk menggempur mereka.
Meshaal berkata, Hamas hanya membuat permintaan yang munasabah, termasuk menuntut pencerobohan Israel dan hukuman kolektif ke atas rakyat Palestin di Gaza dan di Tebing Barat ditamatkan serta menamatkan kepungan di Gaza.
Beberapa orang penduduk Palestin menyatakan berlaku pertempuran di selatan bandar Khan Younis.
Insiden itu turut disahkan beberapa tentera Israel yang mendakwa kawasan itu merupakan salah satu lokasi operasi darat tentera Israel.
Seorang jurucakap tentera Israel memberitahu AFP, tentera Israel telah melancarkan 36 serangan darat dan udara di Gaza sejak serangan darat itu dilancarkan, semalam.
Sejak bermulanya serangan darat oleh Israel sebanyak 25 roket yang dilancarkan pejuang Palestin mengenai Israel tetapi tiada kemalangan jiwa dan 20 serangan lain berjaya dipintas oleh tentera Israel, kata tentera hari ini.
“Serangan darat yang dilancarkan Israel dijangka memakan diri dan Hamas akan mengambil kesempatan melakukan penculikan tentera Israel beramai-ramai untuk dijadikan tawar menawar bagi memeras ugut Israel.
“Jika mereka melancarkan serangan darat mereka akan memudahkan kami untuk menculik seramai mungkin tentera Israel untuk dijadikan tawaran bagi menamatkan pertumpahan darah dan membebaskan tahanan Palestin seperti yang berlaku sebelum ini," kata jurucakap Hamas, Fawzeh Barhoom, kepada The Daily Telegraph.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140719/lu_05/Hamas-yakin-serangan-darat-Israel-akan-gagal#ixzz37rY5ziQN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serangan darat besar-besaran


Api marak kesan letupan roket yang dibedil tentera Israel ke kawasan utara Gaza menerangi kawasan itu, kelmarin. - REUTERS
GAZA CITY 18 Julai - Israel mula melancarkan serangan darat besar-besaran ke atas Gaza, malam tadi dengan mengerahkan kekuatan 30,000 tentera daratnya untuk menggempur serta memusnahkan keupayaan persenjataan pergerakan Hamas termasuk pelancar roket dan terowong yang digunakan oleh pejuang Palestin itu untuk menyelinap masuk ke wilayah Israel.
Serangan darat itu yang merupakan serangan darat pertama dalam tempoh lima tahun, dilancarkan pada kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia), dengan bantuan serangan laut dan udara secara besar-besaran ke atas Gaza.
Tentera Israel yang dilengkapi senjata moden termasuk jet pejuang, kapal perang, kereta kebal, jentolak DC9, kenderaan perisai, meriam dan unit kejuruteraan melancarkan serangan selama dua jam di bahagian sempadan Palestin dan kawasan pesisir pantai Gaza, sebelum berjaya memasuki kawasan yang dikuasai pergerakan Hamas pada pukul 10 malam waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
Dilaporkan 18,000 lagi anggota tentera simpanan Israel kini sudah bersiap sedia untuk dikerahkan ke Gaza pada bila-bila masa.
Jurucakap tentera Israel, Bridged Jeneral, Motti Almoz berkata, sebelum melancarkan serangan pihaknya sudah memberi amaran kepada penduduk Gaza supaya berpindah dari kawasan sasaran dengan memberi amaran ‘operasi ketenteran kali ini disertai kumpulan tentera yang besar’.
Pada peringkat awal serangan darat dilancarkan, lapan penduduk Palestin dilaporkan terkorban termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga bulan di selatan Gaza.
“Pada setiap minit sepanjang sempadan (Gaza-Israel) kereta kebal Israel melepaskan bedilan. Serangan turut dilakukan dari laut di mana pos kawalan polis Hamas dijadikan sasaran," kata seorang pegawai Israel yang enggan mendedahkan namanya.
Setakat ini, angka korban penduduk Palestin ekoran serangan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-11 hari ini, meningkat kepada 260 orang selepas mencatatkan 19 lagi korban hari ini, dengan kes kematian terbaharu berlaku di Khan Yunis, selatan Gaza, di mana dua penduduk lelaki Palestin terkorban.
Menurut kumpulan hak asasi manusia Palestin, lebih 80 peratus mereka yang terkorban setakat ini adalah penduduk awam.
Selain itu 1,920 orang lagi warga Palestin mengalami kecederaan.
Sejak Israel memulakan serangan udara pada 8 Julai lalu, sekurang-kurangnya 1,150 buah roket telah dilancarkan ke wilayah Gaza, manakala tentera Palestin melancarkan serangan roket sebanyak 311 buah ke wilayah Israel.
Jurucakap pergerakan Hamas, Fawzi Barhum dalam satu kenyataan berkata, Israel perlu membayar ‘harga yang mahal’ atas tindakan mereka melancarkan serangan darat ke atas Genting Gaza.
“Serangan darat Israel merupakan satu langkah yang berbahaya, satu tindakan yang bakal memberi kesan yang sangat serius," ujarnya, sambil menambah kata, Hamas sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140719/lu_04/Serangan-darat-besar-besaran#ixzz37rXw6Tdl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumlah pelarian Gaza mencecah 40,000


BAITULMAQDIS 19 Julai - Jumlah pelarian penduduk Palestin di Gaza meningkat dua kali ganda dalam tempoh 24 jam, mencecah 40,000 orang sejak Israel melancarkan serangan darat, menurut Agensi Kerja-Kerja dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) semalam.
"Jumlah penduduk yang datang ke UNRWA bagi mendapatkan pelindungan akibat pertempuran meningkat dua kali ganda hari ini (semalam), daripada 22,000 orang ke 40,000 orang.
"Kami menempatkan mereka di 34 khemah pelindungan UNRWA," kata jurucakap agensi berkenaan, Chriss Gunness.
Tambahnya, UNRWA juga telah melancarkan rayuan dana sebanyak AS$60 juta untuk kos penempatan pelindungan untuk pelarian sehingga bulan hadapan serta beberapa kos kecemasan lain sehingga akhir tahun ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140719/lu_01/Jumlah-pelarian-Gaza-mencecah-40000#ixzz37rXcBiSI
© Utusan Melayu (M) Bhd