Saturday 19 July 2014

Korban serangan Israel meningkat 261

Korban serangan Israel meningkat 261Bandaraya Gaza: Jumlah korban serangan tentera Israel di Gaza mencecah 261 semalam ketika Israel mempergiat serangan darat masuk hari ke-11 operasi menangkis serangan roket militan, kata pihak perubatan.  Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, pasukan perubatan menemui satu mayat korban serangan di selatan bandar Gaza menjadikan jumlah korban pada pagi semalam kepada 20 orang.

Sebelum itu, dua lelaki daripada keluarga Shami terbunuh di bandar selatan Khan Yunis. Malah empat lagi anggota keluarga yang sama turut terbunuh dalam serangan lain di bandar itu, katanya. Tiga lagi dibunuh oleh serangan kereta perisai.

Dua orang meninggal dunia di bandar utara Beit Hanun, selepas dua lagi terbunuh akibat serangan kereta perisai tidak lama selepas tengah malam.

Seorang lagi terbunuh di Shejaiya, di timur bandar Gaza, kata Qudra.

Lima lagi terbunuh dalam serangan berasingan Israel di selatan bandar Rafah, termasuk bayi berusia lima bulan.

Menurut angka yang diberikan oleh Pusat Palestin untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Gaza, lebih daripada 80 peratus daripada mangsa adalah orang awam.
Sekurang-kurangnya 1,920 warga Palestin cedera.

Sejak operasi Israel bermula pada 8 Julai, perangkaan yang dikeluarkan tentera menunjukkan sekurang-kurangnya 1,164 roket yang dilancarkan dari Gaza berjaya mendarat di Israel, manakala 320 lagi ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Iron Dome. - AFP

No comments:

Post a Comment