- Bayi berusia lima bulan, Fares al-Mahmum antara mangsa korban terbaharu rejim Zionis.
Menurut AFP, jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, angka kematian terbaharu dilaporkan seramai 27 orang termasuk seorang bayi berumur lima bulan.
Difahamkan, lebih 80 peratus mangsa yang terbunuh adalah orang awam manakala kira-kira 1,920 penduduk Palestin cedera akibat serangan ganas sejak 8 Julai lalu.
Sejak 11 hari lalu, hampir 2,000 roket dibedil ke Genting Gaza kononnya sebagai serangan balas ke atas Hamas.
No comments:
Post a Comment