JENNIFER LOPEZ
Mail Online melaporkan, kebanyakan kritikan tersebut memberi fokus kepada penderitaan penduduk Palestin yang tinggal di Gaza dan mempersoalkan tindakan Lopez bagi mengadakan persembahan untuk ‘menghiburkan pembunuh kanak-kanak’.
Media Israel pada minggu lepas melaporkan Lopez bersetuju untuk mengadakan persembahan di Taman Yakorn, Tel Aviv.
Laporan tersebut menimbulkan kemarahan daripada aktivis pro-­Palestin dan penyokong gerakan memulaukan Israel.
Akaun rasmi Twitter milik Lopez dipenuhi reaksi tersebut termasuk seorang pengguna menyatakan ‘Tidak kepada aparteid’.
Seorang lagi pengguna Twitter yang menyokong pembatalan persembahan itu menyiarkan dua gambar di akaun penyanyi tersebut iaitu seorang lelaki memikul seorang kanak-kanak yang cedera di mukanya dan foto Lopez mengadakan pertunjukan memakai pakaian berwarna merah.