Wednesday, 8 January 2014

Fatah dibenar kembali ke Gaza


8 Januari 2014


GENTING GAZA - Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh, kelmarin membenarkan anggota gerakan Fatah yang meninggalkan Genting Gaza pada 2007 untuk kembali semula ke wilayah itu tanpa sebarang prasyarat.

"Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah," menurutnya.

Pada 2011, kedua-dua gerakan itu telah menandatangani perjanjian perdamaian menubuhkan kerajaan perpaduan bagi membuka jalan untuk pilihan raya yang sepatutnya diadakan pada akhir Mei 2012.

Bagaimanapun, Hamas dan Fatah bersetuju untuk memulakan semula rundingan tersebut pada Januari tahun lalu, namun tiada tindakan susulan diambil sehingga kini, dipetik dari laporan Press TV.

Israel menikam Tayar Kenderaan, Spray-Cat Slogan Perkauman di Yaffa



Israel merosakkan tayar lima kereta milik rakyat Palestin 1948 di bandar Yaffa dalam '48 wilayah dan semburan cat slogan perkauman dan simbol "Kematian untuk orang Arab."

Slogan-slogan perkauman yang dilukis pada waktu awal pagi di Bat Yam Street. Lain-lain slogan perkauman juga didapati di dinding rumah-rumah rakyat Palestin termasuk "Tiada kewujudan bersama dengan orang-orang Arab" dan "orang-orang Arab adalah pembunuh".

Tiada laporan Penangkapan di kalangan pesalah.

palestin

Baitul Maqdis telah dibebaskan di tangan Panglima Sultan Solahuddin Al-Ayyubi pada tanggal 2/10/1187. Beliau dikenali sbg seorang Mujahid dan Pahlawan yang sentiasa menjadikan Al-Quds sebagai Aqidah, amal, jihad, thaqafah, sejarah dan masa depannya…
Solahuddin telahpun pergi dan Al-Quds kembali dijajah dan diperkosa… Al-Quds menunggu seorang pahlawan yang akan menarik tali pengikat kudanya membuka semula untuknya pintu-pintu kemegahan dan kemuliaan….
Wahai Generasi Kemenangan, wahai Generasi Solahuddin serius dan bersungguh-sungguhlah di dalam perjuangan. Sesungguhnya Al-Quds sudah tidak mampu menanggung kebejatan Zionis Yahudi mengotorinya setiap hari dan mencemari maruahnya!!

Anggota Fatah dalam buangan dibenar pulang ke Gaza


GAZA 7 Jan. - Kerajaan Hamas berkata, beratus-ratus anggota pergerakan Fatah yang hidup dalam buangan sejak perang dingin antara pergerakan Hamas dan Fatah pada 2007, kini dibenarkan pulang ke Genting Gaza sebagai satu daripada langkah mewujudkan perpaduan di Palestin.
Langkah itu juga dilihat sebagai satu isyarat perdamaian antara Hamas dan Fatah, memandangkan Gaza kini mengalami masalah ekonomi serta politik ekoran pemulauan oleh Mesir dan Israel.
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh memberitahu satu sidang media, di sini semalam bahawa pihak berkuasa Genting Gaza akan membebaskan beberapa anggota Fatah yang ditahan dalam tempoh terdekat.
"Kerajaan sudah berjanji kepada rakyat untuk mewujudkan perpaduan antara Hamas dan Fatah.
"Mana-mana penduduk Gaza yang sebelum ini hidup dalam buangan kini boleh pulang semula ke kampung halaman mereka dan bersama keluarga," katanya.
Jurucakap Fatah, bagaimanapun menolak langkah itu yang disifatkan sebagai 'superfisial' dan menggesa Hamas melaksanakan perjanjian terdahulu berhubung isu perpaduan Palestin.
Pada 2011, pemimpin Hamas dan Fatah komited melaksanakan perjanjian perpaduan sebelum ia terbatal ekoran pertikaian berhubung perkongsian kuasa dan masalah strategi berkaitan konflik dengan Israel.
Ismail dalam pada itu menolak tuduhan Fatah bahawa kesemua anggotanya yang ditahan itu dijadikan sebagai tahanan politik.
"Semua anggota Fatah ditahan kerana melakukan kesalahan berkaitan 'politik dan keselamatan negara'," ujarnya.
Kumpulan hak asasi manusia sebelum ini mendakwa kedua-dua pergerakan itu melakukan penahanan anggota satu sama lain secara bersar-besaran, selain melakukan penyeksaan terhadap tahanan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140108/lu_08/Anggota-Fatah-dalam-buangan-dibenar-pulang-ke-Gaza#ixzz2pnCtRoye
© Utusan Melayu (M) Bhd