Wednesday, 25 February 2015

Juri AS perintah Palestin bayar pampasan lebih AS$218 juta





WASHINGTON – Sebuah panel juri di Amerika Syarikat (AS) mendapati Pihak Berkuasa Palestin (PA) bertanggungjawab terhadap enam serangan di Baitulmuqaddis yang menyebabkan beberapa warga AS terbunuh dan cedera.

Panel juri berkenaan memerintahkan pampasan berjumlah AS$218 juta (RM784.2 juta) dibayar kepada keluarga para mangsa.

Enam serangan itu di Universiti Hebrew, Jalan Jaffa, bas nombor 19, Jalan King George dan French Hills dan sebuah penempatan Yahudi di Baitulmuqaddis Timur.

Di bawah akta antipengganas AS, gantirugi yang diputuskan akan meningkat tiga kali ganda sekali gus bermakna PA dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) perlu membayar gantirugi lebih AS$650 juta (RM2.3 bi­lion).

Israel menyambut baik keputusan tersebut sebagai kemenangan moral tetapi pihak Palestin mendakwa saman berkenaan bermotifkan politik dan akan mengemukakan rayuan.

Panel juri itu membuat keputusan selepas bersidang selama dua setengah hari sekali gus mengakhiri perbicaraan yang diketuai Hakim Daerah AS, George Daniels di New York selama lebih lima minggu.

Enam serangan itu menyebabkan 33 orang terbunuh, manakala lebih 390 yang lain cedera antara Januari 2002 dan Januari 2004.

Semua serangan melibatkan pengeboman dan tembakan itu dilakukan oleh Hamas dan Briged Al-Aqsa yang disenarai hitam sebagai organisasi pengganas oleh AS.

Setiap keluarga mangsa yang terjejas akan mene­rima antara AS$1 juta (RM3.5 juta) hingga AS$25 juta (RM89.9 juta) susulan keputusan tersebut. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3SlgJhESc
Hakcipta terpelihara 

Tentera Israel mengganas


Tentera Israel mengganas
Seorang askar Israel mengacukan senjatanya ke arah penduduk Palestin di perkampungan Kfar Qaddum, Jumaat lalu.
TEBING BARAT - PALESTIN. Tentera Israel menggunakan peluru hidup dalam pertempuran dengan penduduk Palestin di tengah Tebing Barat, semalam.

Menurut penduduk di kem pelarian Aida di utara Baitulaham, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera terkena peluru yang dilepaskan tentera rejim Zionis.

Sumber penduduk yang dipetik agensi berita Ma’an berkata, pertempuran tercetus selepas tentera Israel melakukan serbuan di kem berkenaan dengan anjing polis serta gas pemedih mata. Dalam serbuan itu, berpuluh-puluh pemuda Palestin ditahan.

“Tentera Israel juga menyerang ambulans yang cuba sampai ke kawasan ini. Pemandu ambulans itu mengalami sesak nafas selepas diserang menggunakan gas pemedih mata,” kata salah seorang penghuni di kem pelarian tersebut.

Pada 6 Februari lalu, tentera Israel menyerang penunjuk perasaan Palestin yang mengadakan demonstrasi membantah peluasan penempatan haram Yahudi di Ramallah.

Lelaki ditembak mati


Lelaki ditembak mati
Pihak berkuasa rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin.
RAMALLAH - PALESTIN. Seorang lelaki maut ditembak dalam pertempuran dengan pihak berkuasa rejim Zionis di Tebing Barat, semalam sehari selepas insiden keganasan sama tercetus di wilayah tersebut.

Jurucakap hospital memberitahu mangsa berusia 20 tahun itu dikenali sebagai Jihad al-Jaafari.

Menurut Reuters, beberapa saksi di kem pelarian Deheishe di Baitulaham mendakwa penduduk mula membaling batu ke arah tentera Israel selepas mereka menyerbu kawasan tersebut selain turut melepaskan tembakan rambang.

Dalam satu kenyataan lain, pihak berkuasa rejim Zionis berkata mereka terpaksa bertindak sedemikian kononnya untuk mempertahankan diri selepas keadaan menjadi tidak terkawal.

Kelmarin, sekurang-kurangnya tujuh cedera manakala puluhan lagi diberkas selepas tentera Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah penduduk di tengah Tebing Barat.

Tahan 11 anggota Hamas


Baitulmaqdis: Perkhidmatan keselamatan dalam negeri Israel semalam mendakwa menangkap 11 pejuang Hamas di Tebing Barat yang merancang serangan terhadap rakyatnya.
Dalam satu kenyataan, Shin Bet mendakwa menahan kumpulan dari Hebron itu.
“Aktivis itu merancang pelbagai serangan termasuk pengebom berani mati,” katanya.
Menurutnya, ketika disoal siasat kumpulan itu turut mengaku terbabit dalam serangan yang gagal di Tel Rumeida, Hebron.
Ketua kumpulan itu dikenal pasti sebagai Suhaib Mamun Sultan, 20, dan Salem Abbas Sultan, 28.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32695#sthash.KKImzYCd.dpuf

Israel potong bekalan elektrik ke Palestin

Pergerakan Hamas melancarkan serangan berani mati ke atas sebuah
Pergerakan Hamas melancarkan serangan berani mati ke atas sebuah bas pelancong yang mengorbankan 19 orang dan mencederakan 74 yang lain di Baitulmaqdis pada 18 Jun 2002 ketika Intifada kedua menentang kekejaman Israel. – AGENSI
BAITULMAQDIS 24 Feb. – Israel meningkatkan tekanan ekonomi ke atas Palestin apabila memotong bekalan elektrik kepada dua bandar di utara Tebing Barat selama sejam setiap hari, ekoran kegagalan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menjelaskan bil tertunggak.
Pegawai PA yang enggan dikenali dalam kenyataannya berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dilaksanakan di bandar Jablus dan Jenin, menyebabkan beribu-ribu rumah penduduk Palestin terjejas dan rejim Zionis dijangka melanjutkan lagi tempoh pemotongan.
Ketua Eksekutif syarikat bekalan elektrik, Israel Electric Corporation, Yiftach Ron-Tal berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat ekoran kerajaan Palestin belum menjelaskan hutang bil elektrik berjumlah AS$510 juta (RM1.8 bilion).
Namun, seorang pegawai tempatan di Nablus menafikan dakwaan itu dengan berkata, bil yang masih belum dijelaskan hanya berjumlah AS$12.5 juta (RM45 juta) dan ia diberikan hanya dua hari lalu.
“Kami akan membayar bil itu dalam tempoh beberapa hari lagi.” kata pegawai terbabit, sambil menambah kata, tindakan rejim Zionis tersebut sebagai memberi tekanan terhadap PA.
Awal Januari lalu, kerajaan Palestin diterima menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai usaha mengheret Israel ke muka pengadilan atas jenayah perang.
Tindakan tersebut, sekali gus membangkitkan kemarahan Israel yang kemudiannya bertindak membekukan wang cukai milik Palestin bernilai berjuta-juta dolar yang sepatutnya diberikan kepada PA pada setiap bulan.
Sementara itu di Amerika Syarikat (AS), sebuah mahkamah di negara itu mengarahkan kerajaan Palestin membayar ganti rugi lebih AS$218 juta (RM793 juta) atas kesalahan menyokong enam serangan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat AS di Baitulmaqdis, keputusan yang dilihat bakal memburukkan lagi keadaan kewangan Palestin.
Mengikut akta antikeganasan AS, ganti rugi tersebut meningkat sebanyak tiga kali ganda, sekali gus menyebabkan PA dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dikehendaki membayar ganti rugi kepada mangsa dan waris mangsa lebih AS$650 juta (RM2.3 bilion).
PA dan PLO didapati bersalah atas 25 pertuduhan yang mempunyai kaitan dengan enam serangan bom dan tembakan yang dilancarkan oleh pergerakan Hamas dan Briged Al-Aqsa antara Januari 2002 dan Januari 2004, menyaksikan 33 orang terbunuh dan 390 orang lagi cedera.
Serangan terbabit dilancarkan ketika siri kedua kebangkitan Palestin bagi menentang kekejaman Israel. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-potong-bekalan-elektrik-ke-palestin-1.63119#sthash.6Vm8Pj2n.dpuf