Menurut kenyataan PBB, tindakan itu dibuat bagi membolehkan mereka menimbangkan bukti-bukti lain yang masih boleh diterima.
Laporan mereka berhubung keganasan oleh tentera Israel dan anggota pergerakan Hamas di Gaza semasa konflik di Gaza antara Julai dan Ogos tahun lalu dijangka dikeluarkan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva pada 23 Mac ini.
Dalam satu kenyataan, Presiden Majlis itu, Joachim Ruecker berkata, beliau menyokong permohonan itu untuk menunda pendedahan laporan itu sehingga Jun 2015 bagi membolehkan pasukan penyiasat menyediakan satu laporan komprehensif.
Majlis yang dianggotai 47 buah negara itu dijangka meluluskan penangguhan berkenaan sebelum sesi tahunan utama mereka tamat pada 27 Mac ini.
Bekas pengerusi suruhanjaya siasatan itu, William Schabas meletakkan jawatan pada bulan lalu, selepas Israel mendakwa berlaku berat sebelah berikutan kerja-kerja rundingan yang dilakukannya untuk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Israel pula mendesak supaya laporan itu ditangguhkan.
Mary McGowan Davis yang menggantikan Schabas sebagai pengerusi suruhanjaya itu dalam sepucuk surat kepada Ruecker yang turut diketahui umum, semalam berkata, dalam konteks ini, suruhanjaya berkenaan mesti menganalisis sejumlah besar bukti dan dokumen tambahan yang diterima sejak beberapa minggu lalu daripada kedua-dua pihak.
– REUTERS