Tuesday 21 January 2014

Hamas ikrar pertahan gencatan senjata dengan Israel


2014/01/21
GAZA: Kerajaan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza hari ini berkata ia mengerahkan pasukan keselamatan untuk "mempertahan gencatan senjata" selepas bedilan roket dari wilayah itu ke Israel.

“Pasukan keselamatan negara sudah di kerah bagi mempertahankan gencatan senjata" yang diatur Mesir dan berkuatkuasa sejak 21 November 2012," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Islam Shawan.


Beliau berkata demikian selepas kumpulan militan di wilayah Palestin itu melancarkan sekurang-kurangnya sebuah roket ke Israel lewat semalam.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan bedilan roket itu.

Kelmarin, dua rakyat Palestin cedera selepas serangan udara Israel ke atas Bandaraya Gaza. - AFP

Israel bebaskan pemimpin Hamas



BEITUNIYA, Tebing Barat 20 Jan. - Israel membebaskan seorang pemimpin terkemuka pergerakan Hamas, Hassan Yousef, semalam selepas beliau dipenjarakan selama lebih dua tahun di penjara Israel.
Hassan yang juga merupakan anggota Majlis Perundangan Palestin selepas pembebasannya berkata, beliau akan bekerjasama dengan 'Fatah dan kumpulan-kumpulan lain dalam Palestin bagi mencapai perpaduan'.
Berpuluh-puluh penyokong Hamas menyambut ketibaan Hassan di sini, berhampiran Penjara Ofer, lokasi beliau ditahan sejak November 2011 kerana didakwa menyertai sebuah pertubuhan 'haram'.
Penahanan Hassan, yang merupakan seorang daripada pengasas pergerakan Hamas ketika itu, menjadi tajuk utama media selepas anaknya, Mossab mendakwa Hassan mengintip Israel dari 1997 hingga 2007.
Mossab kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan menukar namanya kepada Joseph serta memeluk agama Kristian.
Ketegangan berpanjangan antara Hamas dan Fatah tercetus selama seminggu dalam perang 2007 yang menyaksikan pergerakan itu menguasai Gaza. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140121/lu_08/Israel-bebaskan-pemimpin-Hamas#ixzz2qyZmPnhY
© Utusan Melayu (M) Bhd