- Kesemua tahanan dibawa ke pusat soal siasat di Atarot.
Kumpulan hak asasi mendakwa tentera Israel membuat sekatan itu kononnya bagi memburu remaja Palestin yang menghabiskan malam 10 terakhir Ramadan untuk melakukan ibadat di Masjid al-Aqsa.
Tentera rejim Zionis turut menahan semua bas yang sedang menuju ke Tebing Barat dan memeriksa kad pengenalan kesemua penumpang serta menahan mereka yang memasuki Baitulmaqdis tanpa permit.
Dalam perkembangan lain, Ketua Perunding Pihak Berkuasa Palestin (PA), Saeb Erakat menyelar tindakan biadab Israel memberi kelulusan awal berhubung projek tambahan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, Khamis lalu.
Menurut laporan PIC, menerusi surat yang dihantar kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry Saeb menyifatkan itu jelas menunjukkan sikap sambil lewa dan niat jahat mereka untuk menggagalkan rundingan semula tersebut.
Difahamkan, rundingan itu akan disambung semula di Baitulmaqdis pada 14 Ogos depan selepas kedua-dua negara bersetuju untuk memeterai perjanjian dalam tempoh sembilan bulan.